Subscribe:

Labels

Thursday, November 8, 2012

Tribute to My Beloved Aunt

Di keheningan pagi ini , membuatku teringat beberapa kisah bersamanya .. Izinkan diri ini mencoret kembali , kerana kenangan ini sahaja yang dapat mengubat kerinduan padanya ...

"Hada, tengok siapa datang tu" , "ok, mak !" .. owh , mak teh rupanya . Maila masuk .. Dulu waktu petang, kadang-kadang lepas balik kerja , mak teh datang rumah . Sembang-sembang , semua pun ada. Duduk la kami , berborak-borak  bertukar cerita, minum kopi, makan pisang goreng. Mak teh suka minta doa-doa dan minta tuliskan wirid untuknya. Bagi senang dia nak baca. 

"Nanti k long nak bertunang, kita masak sama-sama. Kita masak asam pedas". Sewaktu kenduri bertunang, masing-masing sibuk memasak, mak teh yang masakkan asam pedas untuk kenduri haritu , sodapnyeee. 

Seronok sangat bila teringat balik , ramai-ramai kumpul , masak-masak , tukar-tukar cerita. Tp , sejak beberapa bulan lepas, senarionya sudah berbeza. Tiba-tiba mak teh hilang selera makan, badan pun susut. Mungkin sebab terlalu penat kot ..

Kalau setahun lalu , mak teh boleh lagi memasak untuk kenduri tunang k long , kini hanya kurang bermaya ketika hari resepsinya. Mak teh dah xlarat , semua org juga. Tapi masih lagi boleh berbual mesra, bergurau senda. 

Wajah yang sentiasa ceria itu bertukar sebaliknya 4 bulan yang lalu . Apapun, kami redha jika itu takdirnya. Tak sanggup lihatkan wajah yang ceria itu sekarang terbaring lesu . Saban hari, ku lihat keadaan semakin lemah. Hanya kupanjatkan doa , supaya sakitnya berkurangan.

Takdir Allah , Ahad lepas, mak teh dimasukkan semula ke hospital. Ya, ku xsmpt nk berjumpa dgn beliau. Ahad tu dah terlalu penat sebab memasak dan ada kenduri tunang anak mak teh n aqiqah cucu beliau. Kekangan masa lagi sebagai seorang student dengan jadual yang pack , membataskan diri ini untuk berjumpa beliau. 
Alhamdulillah , semalam lecturer dismiss awal. Ada peluang la nak melawat mak teh di hospital. Bila sampai je depan pagar rumah , tengok kereta parent tak ada. Sah , pergi hospital. "Ayah & mak kat hospital ke?" , soalku "Tak, semua kumpul kat rumah mak long.", ujar ayah melalui telefon.

"Hurm, nape kat rumah mak long? Maybe balik hospital kumpul sana kot . Tapi , apa maksud semua ada kat sini ye? tak faham .." ku bermonolog sendiri. Lantas, kakiku mula menekan pedal minyak ke rumah mak long. Alhamdulillah , sampai. Ye, pelik , sangat pelik. Ramai betul orang, sedara dari Pahang pun turun, apa halnya ni? Ku masih terpinga-pinga, layan je apa yang berlaku. Bila tanya , "jap lagi mak teh balik, ambulans hantar" balas mak. Eh, balik? Ambulans? Masih lagi tidak faham situasi sebenar. Tunggu punya tunggu, akhirnya ambulans tiba. Mak teh sudah berada dalam keadaan yang sangat tak larat, pernafasan dibantu dengan oksigen. Dan aku, masih terpinga. Orang mula membacakan yasin, mak teh masih lagi sedar saat aku pulang ke rumah pada malam itu. 

Kalau ikutkan hati ini, hari ni tak nak pergi klas. Nak tahu perkembangan mak teh. Tapi, tetap kugagahi juga, menekan pedal minyak membelah kesunyian pagi bagi menuntut ilmu di taman ilmu dan budi. Telah berazam untuk tak datang kelas petang, tapi , pergi jugak. Pukul 1.30 pm sempat telefon ayah bertanyakan keadaan mak teh.Ayah kata, macam semalam.

InsyaAllah, balik kelas nanti , nak pergi jenguk mak teh. Habis kelas pukul 6.30 pm harini , boleh la sampai ke malam tunggu dan berdoa agar kurang sikit sakitnya. Kelas It & Islam berjalan seperti biasa. Ipad menjadi peneman setia. Fon diletakkan dalam silent mode, seperti biasa. Khuatir bunyinya mengganggu kuliah. Habis kelas jam 3.20 pm, sambung pula 3.30 pm. Sambil mengira detik-detik nak pulang ke rumah bersama ahli keluarga yang lain, ku menunggu lecturer datang. Lambat pula sir masuk, cek dulu handphone. Kot la ada mesej yang masuk. Lantas kulihat ada miscall dan mesej. 

Pak njang call ,, kenapa eh? Then, ada mesej. Owh , mak rupanya. Mungkin nak minta belikan sesuatu dalam perjalanan pulang nanti. Buka mesej, "Mak teh dah pergi meniggalkan kita semua". Rasa tak percaya, cuba call pak njang balik. Nampak amjad, I ask the permission to leave early. He said that, we will have a pop quiz. It's ok, I'll do it first , then I go. But, Amjad, slowly approaching me and said, sister, if u have urgent matter, u can leave. Patutla beria dia suruh balik, that is not a real quiz. ^^,

Sampai di kereta, ambil masa untuk hantar email kepada 3 lecturer memaklumkan kemungkinan esok tidak akan hadir, memandangkan esok ada 2 exam yang perlu dihadapi. Juga sempat call adik di Mesir untuk inform apa yang baru sahaja berlaku. Tak semena-mena, tumpah juga ari mataku. Sekian lama ku tahan , tak mahu orang lain menangis menlihat diriku menangis. Lama juga ambil masa untuk drive balik ke rumah. Protonku membelah laju tanpa mengira kenderaan-kenderaan lain pada waktu itu. Sebab itula orang kata, kalau emosi tak stabil, jangan memandu. Bahaya ..

Setibanya dikawasan rumah mak long, ku lohat kereta berderet, bersusun. Ramainya umat manusia. Lantas ku keluar, dan menapak dengan lajunya. Sempat ditegur oleh seorang mak cik.. Kenapa lambat sangat? Allah, lambat sangat ke aku datang. Langkahku semakin laju, menuju ke rumah mak long. Sampai dipintu masuk, ku disapa oleh si comel Tisya, anak sedara ku.. "Mak Ngah, tok mak tenga mandi".  Lantas ku masuk, Ya , memang aku dah lewat! kuletak beg kuliahku , salam sedara mara yang ku jumpa. Terus ku meluru ke dapur, ya , disitulah mak teh dimandikan. Ketika ku sampai, laju sungguh air mata ini mengalir, dan ku sedar, tak elok menangis depan jenazah. Ku kesat-kesat air mata sehingga kering . Ku ikut jenazah ke tempat pembaringan. 

Sempat aku membantu dalam proses mengkafankan, wangi sungguh bau mak teh. Air mata kembali mengalir, disaat muka arwah hendak ditutup. Saudara mara pakat mencium dahi, ku juga tak mahu ketinggalan bagi mengucup dahi buat kali terakhir. Paling sedih , bila nenekku yang dah tak berdaya itu mencium awah anaknya sendiri. Maka mengalir air mata semua disitu . Ya Allah, ku tak mampu menahan air mata, melihat kasih ibu, terhadap anaknya. Hati ibu mana tak sedih, anaknya pergi meninggalkannya terlebih dahulu .

Selesai solat, ku iringi juga jenazah ke kubur. Menemani mak dan saudara-mara yang lain. Hajatnya tak mahu dekati kubur, tetapi bila anak mak teh menangis sebab ku menghalang atas sebab tertentu, lantas ku tarik kakakku itu ke tepi liang lahad, melihat jasad itu dkebumikan. Ya, buat kali terakhir kami melihat arwah. Kini, arwah telah bersemadi. Sepanjang perjalanan ku menangis seorang diri. Hanya Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fuanha yang mampu ku sebut sepanjang perjalanan. Memohon keampunan bagi arwah , supaya dia lebih tenang bertemu Kekasih Teragung.

Ya Allah, Kau ampunilah dosanya, sesungguhnya beliau semasa hidupnya suka permudahkan urusan orang lain. maka , kau permudahkanlah jalnanNya ke syurga. Semoga kau makbulkan ya Allah ...

Tribute to my belove mak teh .. Zaiton Bt Shafie 8/11/2012 jam 3:20 pm . Semoga bersemadi dengan aman, kami juga akan pasti bersamamu, cuma tarikhnya , Allah yang tentukan. Semoga berjumpa di Syurga .. Love mak teh lillah ..

Thursday, September 6, 2012

Aidilfitri yang Adventure 1

Assalamualaikum , setelah kian lamanya nak menulis tentang ini , alhamdulillah terupdate jugak.

Tahun ni , rayanya lain sikit. Selain daripada beraya sebagai anak tunggal pada tahun ini ,ana juga beraya sebagai seorang musafir walaupun untuk 2 hari sahaja .

Seawal raya ke-5 ana dan seorang sahabat bermusafir ke Kuantan , Pahang untuk memenuhi undangan walimah 2 orang sahabat di Pahang, pangkat kakak la pada ana. Satunya di Kuala Lipis dan satu lagi di Kuantan. Jadi kami bersetuju untuk memulakannya dari Kuantan, then esoknya baru ke Lipis.

Khamis raya ke-5

Kami bertolak dr KL pada jam 3.00 pm menuju ke Kuantan. Ana sendiri drive memandangkan sahabat ana ada lesen untuk hiasan sahaja ,, hehe (biasa r pempuan) . Kami berjanji untuk berjumpa seorang lagi sahabat di RnR Temerloh (mama) sebab dia dari kampung kat Jerantut . Hanya kami sahaja wakil dari KL untuk walimah ni. First day lagi dah ada adventurenye. Kami lost contact dengan sahabat yang sepatutnya tunggu kat Temerloh. Dok send mesej, rupa2 nya dia tak on no tu. Ni first time ana ke Pahang drive sendiri. Dah la tak biasa. huhu .. Alhamdulillah, kami bertemu juga di tempat yang dijanjikan . Oleh kerana lost contact , perjalanan kami delay selama 1 jam 30 min.

Kami meneruskan perjalanan , oleh kerana tak biasa dengan jalan , kena la drive slow. 110 km/j maintain sehingga sampai ke destinasi. Kami ikut kereta kawan kat depan je , memandangkan dia dah biasa jalan di Kuantan. Kami manage sampai di Kuantan jam 7.30 pm. Hari sudah mula gelap , dan ana sedar yang kami asyik pusing ditempat yang sama sahaja. Nampak gayanya orang Pahang kita pun tak pasti jalan , hehe . Takpela , faham . Husband dia yang drive, orang baru balik dari Mesir la katakan. Dah lama tak jejak kaki ke kampung halaman , pasti la ada sesat-sesat sikit.

Oleh kerana dah penat sesat , sahabat ana bawa ke Tg. Lumpur sebentar. Singgah makan . Katanya kepok (keropok lekor) kat Pahang ni sedap . Ok , layan saja. Memang ana tak makan pun dari pagi . Sebatang RM 4 , kami ada 4 orang , order 3 batang. Rupanya , 3 batang tu tersangatlah banyak. Penat ngunyah saja. huhu. Papa (panggilan husband sahabat) kata , kalau nak cari kepok sedap kat Pahang ni , nama dia kepok cap katak baring. Haih , penat je percaya . hehe . Hurm , dengar nama je dah tak lalu nak makan .. apa da mama n papa ni . huhu ..

Habis makan kepok kami bertolak ke rumah kakak mama di Kota Putri. Punya lah jauh kami sesat. Kami lalu jalan ke arah Pantai Sepat. Waktu ni lebih kurang jam 9.00 malam. Jalannya jalan kampung , kecil sahaja. Muat-muat untuk 2 kereta, kiri kanan memang tak nampak apa sebab terlalu gelap. Malam agak mendung , tiada bulan , bertambah gelap jalan. Kami meneruskan perjalanan berpandukan lampu kereta sahaja. Agak jauh tersesat , maka kami ambil keputusan untuk berpatah balik. Sewaktu perjalan patah balik tu , sesuatu yang tak diduga berlaku. Amat pantas ... Tak nampak apa-apa , tiba-tiba kereta mama kat depan berhenti, dan nampak sekawan lembu melintas. Ana lihat ada 2 ekor lembu melambung, tapi pastu dia bangkit balik dan terus melintas jalan. Lantas ana potong kereta mama yang tak bergerak tu. Rupanya mereka terlanggar lembu. Ni pertama kali ana lalui perkara macam ni. Accident sesama kereta tu biasa, tapi dengan lembu , jarang ana dengar.huhu



Kami keluar untuk periksa kereta mama. Agak teruk juga situasinya , nak kata bawak laju , rasanya speed maintain 50 - 60 km/j . Jalan kampung tak boleh laju , lagipun tengah mencari simpang , bertambah slow la kami drive. Penduduk-penduduk disitu sangat prihatin. Owh ye , sewaktu ana keluar , ana sempat la tengok sekeliling kereta , mencari-cari kalau ada lembu cedera parah , boleh terus sembelih . Hehe .. Tapi mak lembu takde , yang ada anak lembu terbaring , pengsan mungkin. Lepas 15 min dia bangun dan melintas jalan. Kami menunggu abang ipar mama sampai untuk setelkan kereta ni. Menurut penduduk kat sini , kawasan yang kami lalu tu memang kawasan lembu. Kereta mama (snow white) adalah kereta ke-2 untuk hari tersebut. Paginya dah ada kereta yang kena , alza kata mereka. Pemandu tu elak , masuk kawasan semak. Kereta tu empat-empat tayar die keatas. Hurm , bagaimanala keadaan pemandu tu ye. Alhamdulillah papa tak elak , emergency break pun tak sebab mama tak pakai seatbelt. Memang dilanggar terus , patut nampak macam pin bowling jatuh. hehe.. Lebih kurang jam 12.30 am juga la semua urusan selesai. Kesian snow white , kena bawa pergi bengkel.

6 syawal
Masing-masing bangun agak lambat kerana keletihan menyelesaikan urusan snow white. Untuk hari ni , ana rancang nak lawat mak cik di Panching Timur, tapi biasalah ... SESAT lagiii . Sebelum tu kami pergi melawat snow white kat tempat yang bernama semambu. Ana memang tak pernah drive sendiri kat Kuantan ni , bila dah drive sendiri ni , memang ikut signboard sahajalah. Memang agak jauh semambu ni , lama juga masa yang diambil untuk ke semambu. Akhirnya tak kesampaian ana nak melawat mak cik ana, agak ralat juga la sebab dah sampai Kuantan tak pergi ziarah. Sempat jumpa abg saudara sahaja , itu pun di kedai dia. Kami kekurangan masa dan terpaksa berkejar ke majlis akad nikah sahabat kami di IPK Kuantan. Ini lah tujuan sebenar datang ke Kuantan ni. Kami tiba awal dari majlis, jadi sempat la berehat-rehat. Kami berbincang sesama sendiri , bilakah masa yang sesuai untuk bertolak ke Kuala Lipis , rumah ke-2. Maka , keputusan yang diambil ialah bertolak pada malam tu jugak . Hailaaaa, i'm the only driver and i'm only a women . Hehe.
Jadi , sejurus selepas tamat malis lebih kurang jam 10.30 pm , kami terus bergerak pulang , tapi singgah di Kedai Ikan Bakar Petai (famous di Pahang) untuk makan-makan dulu. Janji untuk makan bersama keluarga kakak mama perlu ditepati .. JANJI DITEPATI , hehe . Tepat jam 12.00 malam kami selesai makan, dan tanpa buang masa lagi kami mulakan perjalanan ke Kuala Lipis. Thanks to family kakak mama yang provide tempat tidur dan juga belanja makan ikan bakar.

7 Syawal
Seawal jam 00:00 WHX membelah Lebuhraya Pantai Timur menuju ke Kuala Lipis. Ana berasa agak takut untuk drive, pertamanya sebab tak cukup rehat, maka agak penat.Keduanya , ana tak biasa drive malam , tambahan pula ana rabun malam.Ketiganya, Pahang bukanlah tempat ana, jadi ana tak tahu sangat selok belok jalannya. Keempatnya , ana perempuan (tp jangan pandang sebelah mata , kalau race ana boleh menang punya , hehe) . Tapi , walauapapun jadi , kami mesti sampai juga Kuala Lipis seawal mungkin , sebab kena balik KL seawal mungkin untuk mengelak kesesakan lalulintas dan juga memenuhi tuntutan keluarga untuk beraya bersama . Akhirnya , mataku akur dengan permintaan mindaku supaya teruskan saja perjalanan. Perjalanan awal pagi sangat sunyi , ibarat kita sahaja yang berada diatas jalanraya yang panjang itu. Susah nak nampak kereta lain. Cuaca agak sejuk , kelihatan mama seperti demam , trauma dengan apa yang berlaku pada snow white mungkin.

Suasana riuh dalam kereta hanya bertahan selama 30 min , selepas daripada itu senyap sunyi semuanya. Hanya zikir menjadi peneman ana sepanjang driving dikeheningan malam. Pesan mama , berhenti di RnR Temerloh saja, tak perlu di Gambang. Tapi ana tak boleh , sebab semua orang dalam kereta tidur , maka ana mengantuk la jugak . Hehe , jadi berhenti di Gambang seketika. 1 tin nescafe dihabiskan then ambil wudhu'. 30 min kemudian sambung perjalanan. Calling-calling my little aisy , k yaya (adik usrah) , takut diorang risau. K yaya je yang selalunya tak tidur lagi , kalau balik rumah , memang tak tidur dia ni. huhu. Tak sampai sejam , sampai ke RnR Temerloh. Dah kejut semua sape2 yang nak pergi tandas, ana pergi cari nescafe lagi. Kali ni 2 tin. Tak tahan mengantok. Renew wudhu' , ambil angin jap. Dah hilang ngantok ana teruskan perjalan ke Kuala Lipis. Alhamdulillah papa kat belakang tidur2 ayam je , jadi ada orang teman.

Seronok tekan pedal minyak , mencari-cari exit nak ke bentong , sebab papa kata keluar ikut situ senang. Tengok jam , dah hampir cecah jam 2.30 pagi. Ana expect tak lama lagi dah ni nak sampai. Sebab kata 3 jam. Dok tengok-tengok signboard , tiba-tiba terbaca KARAK. hehe .. Banyak cerita pasal karak ni , dah la lalu pukul 2.30 pagi , tak ada kereta lain , kita satu-satunya kereta yang lalu. Dengan semua yang dalam kereta tidur. Boleh imagine tak perasaan ana macam mana? haha . Takpe , Allah ada. Tu yang ana pujuk hati. Bila dah lepas karak , baru la lega sikit. Mencari signboard bentong. Ana tanya papa , nak keluar bentong timur ke , bentong barat. Nampaknya, dia pun tak pasti. hehe. Akhirnya guess what? Dalam kegelapan pagi tu , dengan sejuk yang teramat, boleh sesat kat highway. Terlepas exit . Maka terpaksa U-turn , dah nak sampai tol bentong dah pun. Hehe, kalau dah terlepas , memang ana balik KL terus. Bila dah sampai Bentong , dah hilang la sikit risau. Sebab ana tahu dah dekat. Bila tanya kat papa , rupanya kena jalan lagi 1 jam 30 min untuk sampai.

Kat Bentong ni , ingat sikit la jalannya, sebab dulu rajin juga ke Raub, rumah mak cik satu lagi. So, speed maintain 60km/j, sebab jalan dia kecil. Kalau bawak 80 km/j ke 100 km/j , mungkin la sampai dalam 1 jam 30 min , tapi 60 km/j .... hehe. Memang lamaaaa . Perjalanan diteruskan juga, pun tak ada kereta . Lalu pekan Bentong, baru sedar minyak dah tinggal sikit. Kena topup dulu sebelum balik. Jadi sampai di Pekan Raub, mencari Petronas. Jalan yang kami lalu ni adalah jalan utama ke Kelantan. Jadi di sebelah , kelihatan banyak kereta dan bas menuju pulang ke Kuala Lumpur (agaknya). Kereta ana tak takut sangat, tapi bas sangat laju. Dah la tinggi , besar, bawa laju. Bahayakan penumpang je. Ana pernah hampir accident naik bas ke Kelantan. Akhirnya jumpa juga Petronas. Masalahnya ialah Petronas disebelah kanan. Dengan kereta dan bas yang laju , ana terpaksa tunggu lama untuk cross ke Petronas. 2 bas lalu, tapi laju dan tak bagi langsung ana peluang cross ke Petronas. Isk isk ,, teruk betul.

Perjalanan diteruskan , dan ana lalu Dong. Kampung adik usrah ana. Baru tahu betapa jauhnya kampung dia. huhu . Guess what ??? Hanya pada jam 4.30 pg ana sampai kat Kuala Lipis . Jalan nak ke rumah sahabat ana tu , sangat la kecik dan sangat la gelap . Hanya satu kereta sahaja yang boleh lalu jalan tu. Kesian pengantin kena sambut ketibaan kami pada jam 4.30 pg. Kawasan kampung tu tak ada line telefon , ana sempat hantar mesej ke k yaya bagitahu dah sampai.

Selama lebih kurang 5 jam perjalanan ana lalui seawal pagi. Bersiap-siap , sempat lelap 30 min. Pagi tu sambung bantu persiapan dirumah pengantin. Kami terpaksa bergegas pulang ke KL pada jam 9.00 pg. Nak tunggu mama memang tak sempat dah , mama balik Jerantut lepas pinjam kereta pengantin. Maklumlah , snow white ditinggalkan di Kuantan, jadi kena la pinjam kereta pengantin (adik angkat mama). Selepas selesai bersarapan , kami bertolak pulang jam 9.00 pg , dan sampai di KL lebih kurang jam 12.00 tengahari. Sampai KL terus pengsan kepenatan , hehe .. Hampir 24 jam tak tidur, ana manusia, penat tu mesti ada.

Alhamdulillah , perjalanan kami semuanya selamat. Walaupun berlaku insiden langgar lembu , namun nyawa semua selamat. Tinggal snow white sahaja yang terpaksa tinggal di Kuantan. Raya kali ni tak berehat langsung. Next adventure .... ICE SKATE

Monday, August 20, 2012

Keriangan 1 Syawal

Tettt ,, nampak benar kebosanan . Semalam update , hari ni update lagi. Biasalah , meraikan 1 Syawal sebagai anak tunggal , tak ada 'tease tease' hari raya bersama adik-beradik macam biasa, maka alam maya menjadi teman setia seketika.


Keriangan 1 Syawal ,, riang ke? Bibir senyum tanda tak . (acane tuh? hee)

Bersalaman dengan mak, ayah dan tok di pagi Syawal sudah menjadi kebiasaan kami. Rasanya semua pun sama. Balik solat terus beratur nak bersalaman. Hehe , kelakar bila ingat balik. Mula-mula ayah salam tok, pastu mak, then mak salam ayah , pastu baru la kami 3 beradik beratur, salam tok, ayah dan mak dimulai dengan kakak , diri ini dan adik. Lepas tu semua pakat garu tangan , mintak duit raya . hee, ta meced (bak kata adik-adik usrah ana).


Bezanya tahun ni, ana sorang sahaja yang bersalaman dengan ayah,mak & tok. Mak & ayah siap cakap, tahun ni anak mak & ayah tinggal sorang je raya kat rumah (first time kot). Tersekat suara masa salam dengan mak & ayah , nasib baik tak mengalir mutiara suci ni. ^^, .. Kalau tak , pasti mak & ayah juga akan mengalir air mata juga. Bertambah sedih bila ayah cakap 'Ayah tak ada mood nak raya tahun ni' (samala kite ayah .. ).

Setiap tahun pun tak balik kampung (ada kampung ke?) , memang akan beraya di KL. Rumah pertama mesti rumah pak long belah ayah . Best gi sana , anak-anak sedara ramai (anak sedara paling tua, tua 2 tahun dari ana, hehe) , seronok tengok telatah mereka. Sampai-sampai je si kecik cilik Sumaiyah dah tunggu depan pintu jerit duit raya. Haila ,, kanak-kanak , waktu raya itu jela yang mereka fikir. Biasalah .. ^^, .. Waktu ni la nak jumpa semua, walaupun tak ada hati nak keluar beraya , ikut jela . Setahun sekali je boleh kumpul ramai-ramai. Anak sedara yang paling nak jumpa sekali along aka caah . Kami satu sekolah , along senior ana . Ha, pening sudah, anak sedara jadi senior kat sekolah. Hehe .. Seterusnya beraya dirumah mak long belah mak , sini semua adik beradik berkumpul. Lebih bermakna mak teh diberi cuti selama 2 minggu oleh dr untuk pulang ke rumah meraikan Syawal. Nyata ada keriangan semua disitu . semoga Allah berikan kesembuhan kepada mak teh ku yang sakit kritikal itu. Rumah yang terakhir ialah rumah mak cik kat Sg Buloh. Ketiga-tiga rumah ini wajib ziarah pada 1 Syawal.

Macam diary sudaaa .. ^^, suka hatila blog ana kan ... ^^,

Pada tahun ini, setiap kali kunjungan pasti ayat yang sama keluar. Amazing , macam mana la ayat mereka semua boleh sama? Dari rumah pertama hinggalah rumah ke-3. Ayatnya lebih kurang begini ... 'Raya sorang sorang je la tahun ni ' (memang sangat sedih bila orang cakap macam ni ,, touching!! hehe) . Abang sedara datang rumah tadi pun kata benda yang sama juga . Haila .. tak apa la ,, tarbiyyah !!!

Hari ni ayah keluarkan album yang dihantar oleh adik dari Mesir. Satu satu diselaknya . Maka tahulah ana bahawa memang semua pun dalam kerinduan yang amat sangat. Album tu juga ayah bawa ke rumah mak cik. Kalau dikira ,genap 9 bulan kami tak berjumpa. Hanya berhubung melalui skype sahaja. Sebolehnya pada hari ini , ana akan tahan air mata dari keluar. Kalau ana start dulu , maka berderailah air mata semua yang nyata sedang rindukan adik kat Mesir. Oh ye , hari ni 19 Ogos , maka esok 20 Ogos. You know what? (mestila don;t know kan . hehe) . Sebenarnya esok adalah harijadi adik yang kat Mesir. Dah besar dah adikku. Tergelak pula bila teringat dia pesan, raya ke-2 nak cek akaun tengok duit raya ada masuk tak . hee ..Apa da, kalau ada rezeki insyaAllah . Nak jadi orang pertama ni wish ni . hehe.

Ok lah , sudah lewat dan sudah penat satu hari beraya. Walaupun dalam keadaan yang kurang stabil , aidilfitri tetap dirai. Dan hari ni ada tetamu tak dijangka , adik usrahku datang beraya. Nasib baik la ada dekat dengan rumah. Thanks Ummu Aiman with her siblings Amir,Azam & Iman sudi bertandang ke teratak kecilku. Ingat lagi jalan ke rumah ye .. Jazakillah ^^,


Last family picture before adik fly ke Mesir .. Rindu this moment ...

:: Tahun ni jalan-jalan raya tak bawak DiSeLaR , not in the right mood to capture any picture ^^, ::



Saturday, August 18, 2012

Ceritera Syawal

Alhamdulillah , sebulan kita mengumpul amalan di bulan Ramadhan , maka Syawal patut dirai atas kemenangan kita berjihad melawan hawa nafsu sendiri.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini , Syawal dirumah pasti meriah. Selalunya sehari sebelum raya , kami 3 beradik akan bahagi tugas , memandangkan kami ber 3 , seorang akan cuci semua cermin-cermin yang ada , seorang akan bersihkan rumah , seorang lagi ditugaskan untuk cuci kipas-kipas dan jaga api ketupat & rendang. Seminggu sebelum raya pasti semua dah berkumpul , main-main tepung buat kuih. Wajib setiap tahun Almond London (paling susah nak salut coklat, kena buat dengan penuh kesabaran) dan Cornflake madu (yang ni kalau buat , malam tu separuh dah habis). Rumah memang sangat meriah dengan kami , walaupun ber 3 sahaja.

Tapi , itu semua dulu punya cerita. Tahun ni , semua hanya mampu bermain diminda. Bila terfikir , mata terus berkaca , menitiskan butir-butir mutiara yang tersimpan rapi . Hanya mampu mengukir senyuman , penguat kepada bonda dan ayahanda tercinta supaya mereka tidak merasa sedikit kehilangan pada tahun ni. Kakak kini sudah berumah tangga dan pastinya raya pertama dirumah mentua , adik pula berada jauh di rantau orang, mengutip mutiara ilmu di bumi Anbiya, Mesir. Hanya seawal raya ke-4 baru dapat berkumpul , itu pun 2 orang dengan kakak. Adik memang tak dapat la nak balik , jauh. Tak pela , asalkan my parents happy.

For the first time , rumah ni tak raya. Alhamdulillah , ketupat & rendang still buat macam biasa. Itu pun esok akan dibahagikan pada saudara-mara. Siapa larat makan 100 biji ketupat + 9 ekor ayam , raya ber 3 je dengan mak ayah , selalunya kami sekeluarga berlima . Baju raya sememangnya tak beli untuk tahun ni , kuih raya langsung tak buat. Langsir baru? Pun tak ada .. Kan dah kata tak raya . Sambutan tahun ini pastinya berbeza dari tahun-tahun yang lepas, tak raya tak bermakna tak kembali kepada fitrah , maknakan Aidilfitri dengan sesuatu yang berharga. Yang pasti , jangan biarkan 1 syawal anda mensia-siakan ibadah anda selama sebulan di bulan Ramadhan.

Hari ni ada buat kerja editing sedikit , 2 kad raya , from me dan juga my beloved usrah ..

Here it goes . ^^,

 This is from me ^^,

This is my usrah ^^,

Lastly , kullu am wa ntum bikhair. Taqabalallahu minna wa minkum .. ^^,



Monday, July 30, 2012

Warkah buat pejuang

Salam Ramadhan ke-10, penuh kesyahduan , fasa pertama berlalu sudah , kini tiba fasa kedua , iaitu fasa Maghfirah, yakni fasa keampunan.

"Dan hendaklah diantara kamu ada segolongan orang yang  menyeru kepada kebaikan , menyuruh yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung." (Ali-Imran : 103) 

Wahai pejuang agama sekalian , 

Kamu adalah manusia , yang mana Allah pilih untuk melakukan kerja-kerja menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini. Kamu merupakan tapisan Allah , berbahagialah atas pilihan ini. Kadangkala , sebagai seorang pejuang , langkah kamu seakan terhenti. Ujian dan dugaan silih berganti , menemani hidup kamu dari sehari ke sehari. Kamu berasa ingin rebah , mungkin lebih teruk adakalanya kamu rasa ingin berhenti.

Wahai pejuang agama ,

Sekiranya terjadi perasaan yang sebegitu , kembalilah kepada Allah. Perjuangan untuk menegakkan aqidah bukannya mudah. Kamu adalah mata rantai perjuangan Rasulullah dan para sahabat. Tidak dinafikan , dalam berjuang , masa yang ada itu , tidak cukup untuk diri sendiri dan keluarga. Akan tetapi , ingatlah bahawa , Allah telah berfirman : 

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin , baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar dari Allah didalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu,dan demikian itulah kemenangan yang agung." ( At-Taubah : 111 )

Wahai pejuang agama , 

Allah dah beli harta dan jiwa kamu. Maka harta dan jiwa kamu dah menjadi milik Allah. Allah beli , dan ALlah gantikan dengan syurga. Janji Allah itu , sememangnya benar. 

Mari kita soroti sebentar , kisah perjuangan Rasulullah dan para sahabat. Sebagai pembakar semangat untuk kita terus-terusan berjuang.

Teringat ana pada satu kisah , yang ana dapat sewaktu berusrah dengan seorang yang alim. Dikisahkan pada satu hari , seorang sahabat diseksa dengan hebat. Lalu sahabat itu berjumpa dengan Rasulullah. Sahabat itu meminta Rasulullah , agar baginda mendoakan beliau supaya tidak diseksa dengan sebegitu. Maka , apa kata Rasulullah? Rasulullah berkata kepada sahabat tersebut , wahai sahabat, bersabarlah kamu dengan seksaan tersebut. Ini adalah ujian . Umat terdahulu , ada yang diseksa lebih teruk lagi dari sekarang. Mereka diseksa dengan disikat oleh sikat besi , sehingga terkeluar daging-daging mereka ...

Allahuakbar , wahai pejuang agama . Mahukah kamu berhenti hanya dengan ujian yang kecil itu? Perjuangan yang kita lalui ini , ujiannya tidaklah sehebat ujian yang diterima oleh umat-umat terdahulu , dan juga para sahabat. 

Wahai pejuang agama ,

Teruskanlah langkah perjuanganmu itu. Kejapkan langkah mendepani semua mehnah yang ditimpakan keatas kamu. Senyumlah , teruskan berbakti kepada agama. Tempatmu mungkin sudah tersedia di syurga. Semoga syahid dijalan juang ini. Allahuakbar, allahuakbar , allahuakbar.

Teruskan melangkah , walaupun payah. Umat Islam menantikan kegemilangan Islam itu kembali. 

Hingga berjumpa di syurga

Kalam Insan yang Lemah
10 Ramadhan 1433H
9.13 am


Wednesday, July 18, 2012

Study should be FUN !!! ^^,

Alhamdulillah , salam Syaaban semua. Menantikan Ramadhan yang penuh makna .


Study should be FUN , tiba-tiba terasa nak coretkan tentang ini . Alhamdulillah , masih diberi rezeki untuk mengajar part time sebagai guru tuisyen subjek Mathematics. 

Acapkali mendengar keluhan adik-adik ni ( 2 org je pon .. =_=' ) , "kak , apsal lah Math ni susah sangat?" . Hailaaa .. hehe . Oleh kerana budak-budak , ana layan kan aja .

In fact , sebenarnya ana cukup tak suka Math . Gila x suka .. lebih kurang macam tu la . Dulu , waktu ana masih di tingkatan satu , the subject that I hate most is Mathematics. Why??? Because I couldn't find the answer. Lagi-lagi bab algebra tu , ya Allah , memang tak faham . Masuk tingkatan 2 pon sama je . Don't like gilak . Sampai satu hari , ana mencabar diri , buat sampai dapat jawapan. Kebetulan waktu tu ada kokorikulum , kena la turun padang . Hehe , nak mengelat punya pasal , ana bawa buku math , buat latihan kat situ . Sejak daripada tu , ana rasa Math ni tak ada la susah sangat . Banyak juga soalan terjawab. Naik tingkatan 3 , ana pula yang jadi guru Math kat kawan-kawan ... 

Cukup bab sejarah diri . heee


Satu hari ,

Is : Akak , bukak la lagu . Boring la
Ana : Boleh , no problem. Tapi akak ada lagu nasyid je , xpeke?
Is : gulp .. hehe
Ana : Ha , kan bawak fon . Bukak la lagu awak tu
Is : boleh ke?
Ana : Xpe , bukak je la . Tak de masalah . Nak study, kena la happy happy.
Alin : Kaakkkk , tahu x , kitorg kalau kat rumah tak boleh sambil study sambil dengar lagu . Nanti ayah cabut wayar radio.
Is : eeee ,, tahu xpe . Tension tau kak 
Ana : err , yeke? xpla , kalau dengan akak .. bukak je la lagu . Kamu yang nak study , kamu kena la happy waktu study , baru la semangat
Alin : tu la , dah la kitorg kena study sehari tu 4 jam . 4 jam tak boleh keluar bilik
Is : tension tau kak , semua tak boleh . asyik dok kena ngadap buku jee
Ana : ha , dah la .. bukak la lagu tu
Is : boleh ek kak .. saya punye lagu english je
Alin : lady gaga la tu ,, 
Ana : layan je la .. dengar lagu boleh .. jangan trikut-ikut sudaa

Ok la , apa yang dapat disimpulkan ialah , budak zaman sekarang kalau nak belajar , dorong mereka melakukan sesuatu yang mereka suka sewaktu belajar. Ana amat memahami situasi ibubapa. Kebanyakan ibubapa mahukan anak-anak mereka cemerlang. Sebab itu lah mereka akan suruh anak-anak mereka study bagai nak rak . Padahal , anak-anak zaman sekarang hakikatnya tak boleh dipaksa kalau mereka tak nak . Even , ana sendiri pun , kalau nak study , ana hanya bertahan selama 20 minit sahaja . Zaman dulu mungkin lain caranya , tetapi zaman sekarang tidak sama seperti anak-anak zaman dahulu yang mengikut kata orang-orang tua. Give freedom to them .. 

Ana sarankan kepada yang sudah lama berumah tangga, yang baru berumahtangga dan yang akan berumah tangga , sertailah seminar-seminar keibubapaan. Kadang-kadang kita rasa ilmu kita dah banyak , tapi banyak lagi yang perlu kita tahu tentang ilmu kekeluargaan . Kalau anak-anak kita boleh hantar pergi seminar, WHY NOT US??? ^^, 

Tepuk DADA , tanya HATI , apa kata IMAN ...


Aha ,, study should be FUN . Untuk anak-anak VU , jom study kat tepi sungai . Bila la ek dapat wat macam tu .. Ummi je yang boleh drive . ^^,

Friday, July 13, 2012

Kembara Alam Barzakh + Kem ICT

Alhamdulillah ,, update lagi ..

Dalam masa sebulan , 3 program kena handle. Alhamdulillah, dengan semangat dari anak-anak usrah dan sahabat-sahabat alumni , kudrat  dikerahkan sepenuhnya untuk membantu adik-adik.

Alhamdulillah , tanggal 30 Jun 2012 melakar satu pengalaman baru kepada ana dan yang pastinya kepada adik-adik SAMeR. Program Kembara Alam Barzakh sebenarnya adalah cetusan idea beberapa orang sahabat, yang mana program ini telah dijalankan di sekolah-sekolah harian, dan ana membawa masuk program ini khas untuk adik-adik yang ana sayangi.

Program yang dibawakan kali ini boleh dikira lain dari yang lain. Pendek kata, kesimpulan dari ana , ianya ialah program mendengar, merasa dan membau. Mengapa ana berkata begitu? Ini kerana, program ini berbentuk muhasabah yang ber'checkpoint' dimana checkpoitn pertama anda akan mendengar mayat sedang diseksa didalam kubur dan anda boleh bau kapur barus dan air mawar. Checkpoint kedua anda akan merasai betapa bahangnya api neraka dan yang ketiga anda akan melalui satu laluan yang direka khas supaya anda boleh merasa berjalan diatas titi yang sgt sempit.

Sepanjang pengembaraan , mata peserta akan ditutup .. bagi menambahkan lagi debaran, menantikan setiap checkpoint. Alhamdulillah , respon-respon yang positif diterima dari pihak adik-adik dan BADAR sekolah. Next time buat lagi ...

________________________________________________________________________________

Next 10 & 11 Julai 2012 , ana dan seorang lagi sahabat diminta untuk membantu ustaz 'handle' kem kelab ICT SAMeR. Sangat seronok , sebab ana dapat belajar skill-skill photography yang baru .

Kem ni supersantai , hari pertama tiada apa aktiviti sangat. Cuma bengkel photography sahaja . Yang mencabar ialah hari kedua ..

Hari kedua , seawal 8.30 pagi kami semua masuk ke dalam hutan untuk jungle trekking. Pada awalnya , biasa sahaja jalannya, sebab renjer bawa kami melalui jalan pacuan 4 roda. Setelah 1jam perjalanan , kami tiba disatu lokasi, dimana kami perlu mendaki sebuah bukit .. hailaaaaaaa

Bukit tu tak ada la tinggi mana , tapi cukup untuk buat ana semput, dehydrated ( first time ana jungle trekking tak bawa air) , macam nak pengsan. Bukit yang perlu didaki setinggi 500 m. Ana kira ada la dalam 30 min juga nak mendaki. Kenapa ana teruskan pendakian? Ni semua Canopy Walk punya pasal. ^^,  . Mencabar diri agar tidak terus takut pada ketinggian.. Selepas tiba di puncak , kami diberitahu bahawa kami akan meniti Canopy Walk sejauh 150m dengan ketinggian titi tersebut setinggi 500m paras laut. Huh, kecut perut mak aih .. Teruskan mencabar diri .. Subhanallah , dipertengahan perjalanan, boleh nampak bandaraya Kuala Lumpur.

Cabaran diteruskan dengan menuruni bukit tersebut dalam keadaan cuaca yang hujan lebat , sambil jalan sambil perah pakaian. ^^, Perjalanan diteruskan ke air terjun, lebih kurang 30 min berhenti di air terjun untuk menghilangkan penat lelah. Cukup 3 jam 30 min kami tiba di tapak kem. First time bagi ana untuk jungle trekking selama 3 jam 30 min.






Alhamdulillah , selesai sudah 2 kem .. Yang ketiga akan menyusul dalam masa 2 minggu lagi ..

Friday, June 22, 2012

Coretan Memoriku Terhadapmu .. sahabat

Assalamualaikum , salam pertemuan di entri kali ini. Agak lama untuk ana membuka bicara tentang ini. Kenapa? Ana tak suka berbicara pasal sahabat. Sebab apa? Sebab ana tak suka nak berbicara tentangnya. Tapi ana akan kongsikan serba sedikit , makna sahabat bagi ana. Mungkin serba sedikit tentang kisah persahabatan ana ...

Alhamdulillah, dapat juga update , walaupun jari-jemari ini tak lincah menari pabila bercerita tentang sahabat . Hehe

Bercerita tentang sahabat , pasti ana akan mengimbau kenangan lalu. Ya , bersahabat .. sangat manis mengenang waktu itu . Ana dulu belajar di sekolah berasrama , jadi apa-apa yang berlaku di asrama , pastilah semuanya bersama sahabat. 

Telah ana ceritakan di entri sebelum ini ... Bagi ana, bila berjumpa dengan seseorang , ana akan jadikan ianya 3 kategori. Pertamanya kawan, keduanya teman dan ketiganya sahabat.

Perjalanan ana semasa di sekolah dulu , amat sukar untuk ana berjumpa dengan seseorang yang bernama sahabat. Dari ana jadi junior , sampailah ana senior kat sekolah tu , ana tak berjumpa dengan sahabat .. sehinggalah 1 Ogos 20_ _ .

Monday, June 11, 2012

Diari Kem PTRS

Assalamualaikum .. Maaf la, post tentang ni dulu. Patutnya bercerita tentang persahabatan dulu. huhu

...................................................................................................................................................................

Kem Motivasi PTRS 2012

8 & 9 Jun 2012 , Kem Nur Laman Bestari , Ulu Yam

Dua hari bersama adik-adik tuisyen, sangat best. Adik-adik sangat happening. Memegang taklifan sebagai pengarah program memang agak payah. Dengan fatrah exam (last paper 7 Jun 5.30 pm ok !!), ana perlu mengendalikan kem ini. Terus terang, agak kelam kabut. Asalnya kem ni 23 n 24 Jun, tetapi terpaksa diawalkan atas sebab tapak kem ini penuh pada bulan Jun. Maka tarikh 8 & 9 Jun 2012 menjadi pilihan kami.

Pada hari Jumaat, program dimulakan terus dengan sedikit briefing. Akibat kelewatan bas, maka peserta lambat sampai. Ice breaking tak dapat dilakukan (tak pe je pun kalau xde.. ^^, semua dah kenal). Program terus bermula dengan explorace. 7  checkpoint kesemuanya. Bermacam ragam dapat dilihat. Kalau Tamrin Nuqaba awal tahun ini explorace dapat bahan untuk memanggang ayam, explorace kali ini adik-adik diberi bahan untuk salad buah. Nyum nyum ^^, . Ce bayangkan kalau buat macam Tamrin Nuqaba ,, hehe .. tak dapat nak bayangkan. Agaknye adik-adik ni kena kejar ayam satu tempat kem la jawabnya. Semua checkpoint pon best, rasa nya yang paling mencabar ialah cari botol dalam sungai. Air sungai dah la takat pinggang dalamnya.

Selesai bab explorace ..

Camping without nightwalking is not camping , but for me la. hehe
 Ok ,, setelah dikira-kira , inilah kali pertama selepas tahun 2008 ana melakukan aktiviti nightwalking. 4 tahun syeikh tak naik bukit. Semput jugak la ,, kesian k yaya kena tunggu ummi. huhu. Rasa macam melelong-lelong pulak (baru baik demam, dah wat aktiviti-aktiviti berat, sape suruh?). First checkpoint, ada seorang adik cedera. Terseliuh . Hurm, maka mereka terpaksa berpatah balik. Maaf akak tak dapat nak hantar balik sekali, akak pun tengah melelong. Silap haribulan akak pengsan dulu kalau akak yang memapah adik. Perjalanan diteruskan, masa yang diambil  untuk menamatkan pengembaraan kami lebih kurang 1 jam 30 minit. Waktu nightwalk ni, terpisah dengan orang depan tu biasa. ^^, Alhamdulillah, rezeki kami , kem kali ni disediakan walkie talkie. Jadi call orang depan je minta tunggu kami yang dibelakang ni. Lebih kurang 12.30 malam kami tiba di penginapan.

Dah sampai penginapan maka ..... belum habis lagi malam kami. Adik-adik semuanya dah lena dibuai mimpi..

Beruntungnya kami, di kem ini ada kolam. Hati urusetia yang matang bertukar menjadi kebudak-budakan. Bila kem dah sunyi sepi, kami menjalankan projek "Usrah Dalam Air" . Kolam yang ada gelongsor itu kami tawan sehingga jam 2.30 pagi. Lama tu .. ^^, Memori yang pasti tak dapat dilupakan.

Esok harinya .. aktiviti yang tinggal hanyalah berakit. Oleh kerana urusetianya memang baik hati, selepas subuh, kami beri aktiviti bebas. Maka pilihan yang ada ialah, mandi sungai .. Jam 9.00 pagi adik-adik berakit. So syok tengok. Nak join, tapi tak ada kudrat dah.. Rakit tu perlu diikat sendiri , main 2 round plak tu.. Penat =_=' .. yang tengok pon penat, apatah lagi kalau join. ^^,

Lepas berakit ----> Mandi sungai lagi .. Memang sempoi la program ni.

Selepas Zohor , ada lagi aktiviti. Yang ni ana serah kepada fasilitator untuk handle. Terbaek la minda adik-adik. Kreatif !! Sebenarnya fasilitator yang dibawa juga adalah tingkatan 5, adik-adik usrah ana juga tu. Saja ana tak bagitahu kat adik-adik kem. Sebab fasinya sebaya je. Hehe..

Maka selesai kem pada jam 4.00 . Bas sampai, semua pun bertolak pulang. Macam biasa, ana tak boleh pulang awal ^^, Ana mengamanahkan diri ana untuk hantar adik-adik fasi aka usrah pulang sampai depan rumah. Maklumlah, kem sampai sabtu, ahad nak kena balik asrama. Tak sanggup nak biarkan. Kalau lelaki tak apa, ana percaya dengan adik-adik lelaki. Adik-adik perempuan ni, nak kena jaga sikit. Bahaya, dah la penat. Kang apa-apa jadi tengah jalan .. hurm. Ana juga yang risau nanti. Maka bermulalah pengembaraan Ulu Yam -> Rawang -> Batu Arang -> Subang. Alhamdulillah, selepas selesai hantar semua, baru ana rasa mengantuk. Sekurang-kurangnya apa-apa jadi nanti, kena kat ana sorang je la. Ana bertawakkal sampai la sampai depan rumah. Berapa kali tertukar lorong pun tak tahu la. Co - pilot kat sebelah pun tidur sama, ana pun lelap la.. Bahaya drive macam tu.. huhu

Apapun, akhirnya selamat sampai jam 11.30 malam. ^^,

Di kesempatan ini, ana mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung.

Kepada adik-adik kem, memang hajat akak nak beri kem yang super santai, dalam masa yang sama ada pengisian. Ya, pengisian dia hanyalah satu. Setiap apa yang kami buat, matlamat dia untuk beri tahu kepada adik-adik bahawa, harga kejayaan itu adalah usaha yang bersungguh-sungguh. Harga kejayaan itu adalah kesakitan. Nak berjaya, perlu ada sesuatu untuk dikorbankan. Semoga adik-adik dapat membantu antara satu sama lain demi kecemerlangan PMR & SPM nanti. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik. InsyaAllah.

Kepada adik-adik fasilitator yang disayangi. Adik-adik usrahku. Syazreen, Haris, Nabil, Faris, Muiz, K yaya, K nana, K long n ucu, terima kasih kerana membantu akak/ummi pada kem kali ni. Walaupun kamu semua sangat sibuk, dengan kerja sekolah yang menimbun, tapi kamu tetap sudi meluangkan masa untuk membantu akak/ummi. Terima kasih banyak-banyak. Semoga kecemerlangan SPM menanti kamu semua. Ingatlah adik-adikku pada ayat Allah , Intansurullaha Yansurukum . InsyaAllah, adik-adik bantu akak dalam kem ni, Allah akan beri rewards nanti. Janji Allah tu kan pasti. ^^, Kita jumpa pada usrah akan datang ye ^^,

Wallahua'lam. InsyaAllah, lepas ni akan update tentang sahabat pula. ^^,
p/s pengalaman baru = dapat guna walkie talkie.. hehehehehe

Sunday, June 3, 2012

Ma Ma'na Sohabah? (Apa itu sahabat)

Assalamualaikum, alhamdulillah. new entry ----------> padahal tenga exam ni. huhu =_='

Terasa diri ini nak mencoret sesuatu, melakar 'something' (semoga ianya bermanfaat) kepada sesiapa yang singgah di page ini.

Mengapa tajuk persahabatan yang dipilih kali ini? Salah satu sebabnya ada beberapa pertanyaan mengenai ini.  (tengok status-status fb my friends banyak masalah pasal ni jugak)

Persahabatan itu sangat berharga. Ianya adalah tautan dua hati, yang saling mendoakan antara satu sama lain. Sahabat kerana Allah, akan terasa manisnya. Dua orang yang bersahabat kerana Allah pastinya akan dijaga olehNya sehingga ke syurga.

bersahabat tu BEST!! ^_^
Pada ana, tingkatan kita berhubung dengan seseorang ada 3 tingkat. Pertamanya kawan, keduanya teman ketiganya sahabat. Kiranya sekarang ana ingin bercerita tentang tingkatan yang paling tinggi. Hanya mereka yang pernah bersahabat tahu apa erti sahabat. Sahabat itu bukanlah satu lafaz sahaja, tapi ianya lebih dari lafaz perkataan --------> kau sahabat aku. Sekali lagi, sahabat itu bukan hanya pada lafaz sahabat. [this is just opinion]

Sebenarnya sahabat juga ada beberapa tingkatan. Persahabatan itu merupakan satu tali ukhuwah, maka disitu terdapat beberapa tingkatan ukhuwah. Ayuh koreksi diri ---------> sahabat ditingkat manakah kita?

1) Salamatussadri
2) Kesamarataan
3) Ithar

Salamatussadri merupakan serendah-rendah ukhuwah. Apakah salamastussadri ini? Salamatussadri ialah berlapang dada sesama sahabat. Sahabat kita buat sesuatu yang kita tak suka---> berlapang dadalah. ^^,

Berlapang dada akan mengelakkan kita dari berasa dendam terhadap sahabat kita.

Kesamarataan, layanlah sahabat-sahabat yang kita ada secara sama rata. Ya, tak dinafikan kita mempunyai sahabat yang teristimewa kita sendiri. Tetapi sekiranya ianya boleh menimbulkan satu perasaan cemburu terhadap sahabat yang lain (manjenye yang cemburu tu ^_^ ) , maka elakkah menampakkan kemesraan yang lebih dihadapan sahabat-sahabat yang lain.

Ya, dah disebutkan tadi, ianya dapa mengelakkan dari perasaan cemburu.

Persahabatan / tingkatan uhwah yang tertinggi ialah ithar. Ma ma'na ithar ya ustazah? ^_^

Baiklah, ithar bermaksud mendahulukan sahabat dalam apa jua keadaan. Kadang-kadang kita terlepas pandang yang ni. Kita akan melepaskan diri kita, kadang-kadang lupa sahabat. Sedih sahabat kita =_='.

Bercerita tentang ithar, ana teringat sebuah kisah :

Abu Jahm bin Huzaifah r.a menceritakan, ”Semasa peperangan Yarmuk, saya telah pergi mencari saudara sepupu saya yang telah menyertai peperangan itu. Saya telah membawa air di dalam sebuah bekas kulit untuk memberi beliau minum sekiranya beliau kehausan. Secara kebetulan saya telah menemui beliau terlantar di suatu tempat dalam keadaan nazak. Saya telah bertanya, ”Adakah kamu inginkan air?” Beliau menjawab dengan isyarat, ”Ya.” 


Dalam pada itu, seorang lagi sahabat yang terlantar berhampiran sepupu saya mengerang kesakitan. Beliau juga dalam keadaan hampir mati. Sepupu saya telah mendengar suaranya lalu dengan isyarat telah mengarahkan saya pergi ke tempat sahabat tersebut. Saya pun pergi membawa air kepada beliau. Beliau ialah Hisyam bin Abil A’s r.a. 


Sesampai sahaja di sisinya, seorang lagi sahabat yang terlantar dalam keadaan nazak juga sedang mengerang kesakitan. Hisham r.a pun mengarahkan saya melalui isyaratnya supaya pergi kepada sahabat itu. 


Setibanya saya di sisi sahabat tersebut dengan membawa air saya mendapati beliau tidak bernyawa lagi. Lalu saya kembali ke tempat Hisham r.a, beliau juga telah meninggal dunia. Dari tempat Hisham r.a, saya kembali ke tempat sepupu saya, beliau juga telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. 
(sumber masjidnegara.gov.my)

Allah, besar sungguh pengorbanan mereka terhadap sahabat-sahabat mereka. Perang syeikh, perang. Perang dulu penat syeikh, tak cukup bekalan, jauh dari rumah. Allahu Allah. Kadang-kadang kita pun tak macam tu. ---------> yuk muhasabah!


Kita kata kita bersahabat, tang mana tahap persahabatan kita tu? Kita kata kita bersahabat, sahabat kita cuit sikit, melenting tak tentu pasai. Sahabat apa yang tak boleh bersabar dengan sahabatnya?

--------------------> cont next entry tentang kisah sahabat. Nak tulis panjang-panjang kat satu entry, lenguh otak nak baca. (lenguh otak? =_='). InsyaAllah lepas habis exam esok mecoretkan beberapa kisah ana sendiri.

Ada satu persoalan yang dilontarkan kepada ana ----> macam mana nak pulihkan hubungan persahabatan. InsyaAllah, i'll give my opinion about that for the next entry. ^_^

::for the next entry::

p/s --> maap le, entry ni cam serius je ^_^

Monday, May 21, 2012

That day has come ^^,

Alhamdulillah, ter'update' sekali lagi.

Genap 22 tahun 11 hari dilahirkan di muka bumi. Maka genap 22 tahun 11 hari mak & ayah sudah menjaga diri ini. Cuba yang terbaik, sedaya upaya membalas kasih mereka, walaupun harga setitis susu ibu itu tidak mampu ku bayar.

Biasanya tak ada nak sambut hari ulangtahun. Tapi tahun ini berkesempatan meraikannya sebanyak 4 kali. Huuuu, banyak tu. Hehe.

1 st of course bersama mak dan ayah. Sekarang dah jadi anak tunggal, so memang jadi anak manja la. 2nd with sahabat-sahabat Nisa Selayang. You all memang superb. Nak sambut birthday from Mac to Mei, kebetulan hari yang dipilih tepat pada hari ku. Hehe..macam tahu-tahu je. 3rd bersama sahabat-sahabat Nisa Templer aka Genxy, memang best. Sanggup tunggu adik yang paling kecik ni, eventhough memang dah lewat sampai kat meeting. 4th, yang ni memang tak dapat dilupakan sama sekali, bersama dengan Vanilla Ukhwah. Long lasting till Jannah insyaAllah.

Kisah yang 4th ni memang tak boleh lupa. Padanlah beria telefon tanya datang sekolah ke tak untuk buat usrah. Ada agenda tersembunyi rupanya ye. Biasanya usrah buat kat surau, sebab malas nak ganggu asrama. Tiba-tiba semalam nak buat kat asrama. Suspicious ....

Kalau bulan 1 VU mandikan naqibahnya dengan sebaldi air dan beberapa peluru berbentuk belon berisi air, bulan 5 ni VU memandikan naqibahnya dengan sebotol bedak wangi. Nasib baik bukan tepung. Kalau tak, haru..haru... Huhu. This will give me the great memory with them. Adik-adik yang menjadikan usrah sangat best. Rasa macam nak buat usrah setiap hari je. hehe

Whatever pun. sayang you alls, vanilla ukhwah. Long Lasting till jannah. Walaupun semalam ada 3 orang tak dapat bersama, but it is still speacial for me. Uhibbukum lillahi ta'ala.

special from them.warna-warni seceria senyuman mereka ^^,

Monday, April 23, 2012

Khas Buat Wanita

Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Khas untuk dirimu…Dirimu yang sedap mataku memandang.Cantik itu subjektif!!

Tuesday, March 20, 2012

MuKA bERserI-seRi ???





Alhamdulillah, once again updating this blog. ^______^

Kali cuma nak buat satu lontaran sahaja, macam mana nak bagi wajah sentiasa berseri-seri. ^^,


Alkisahnya, hari Ahad hari tu, students ana menegur, awat nampak cam lain macam je hari ni. Macam pelik sikit katanya, petang pun ditegur oleh member. Rupanya macam dalam hati ada taman. huhu.Okeh, nak bagitahu sikit macam mana.. hehe
thanks to my friend, thahar for this cute picture ^_^

Bagi ana, nak muka berseri-seri senang je.
1) Pastikan diri semua, sentiasa berwudhu. Berwudhu ni menyucikan diri. InsyaAllah, dengan berwudhu, kita akan sentiasa rasa bersih. Dengan berwudhu juga, kalau kita masuk kelas nak belajar, insyaAllah dengan mudahnya kita akan mendapat pelajaran yang kita dapat pada haritu. Bagi ana sendiri, memang ana wajibkan diri ana untuk sentiasa berwudhu. Sebabnya tadi la, dan ia juga membantu ana menjaga diri dari segala perkara yang boleh ana membatalkan wudhu', contohnya tersentuh dengan lelaki ajnabi (bukan mahram la kiranya). Ianya satu praktis yang amat bagus.

2) Rajin kan diri kita solat sunat dhuha. Kita solat dhuha ni, automatikla kita ada wudhu' kan? hehe. Solat dhuha ni geng, Rasulullah kata apa, Rasulullah kata, dengan solat dhuha ni, ia menarik rezeki dan menolak kepapaan.(mafhum hadith). Sebab tu, insyaAllah, akan berseri muka kita sepanjang hari.

Atas ni dua benda la yang berkait rapat dengan ibadah, yang akan membuat kita berseri-seri sepanjang hari. ^_^
Ok, antara lain yang boleh dilakukan ialah

3) Sentiasa berpandangan positif. Hurm, yang ni lebih tepatnya kita husnu zhan la.Kebende ni? Husnu zhan ni, kita sentiasa bersangka baik, dengan bersangka baik, kita akan sentiasa berfikiran positif. Bila kita sentiasa berfikiran positif, kita akan sentiasa tersenyum. Senyum awet muda. Adik usrah ana selalu pesan, kalau ana macam serabut sikit, kak, smile shinely k. ^^, Ok shine (nama panggilan ana kat adik ni), I'll always remember that my ukhtii.

macam ni boleh shine? hihi

Kadang-kadang, orang ingat, padiaaa la dak ni.Asek senyum je, tak betoi apaaa. Member ana klu cam pelik sikit je, depa kata..motippppp. Haaa, tak salah senyum, kan sedekah tu. Ana ni dah la tak banyak duit lagi. Senyum jela. Dengan senyuman, kita mampu membuatkan orang lain juga memandang positif pada kita. Kuasa minda positif, teringat Prof Muhaya. Beliau selalu kata, always be positive. Because what? Sebab, pandangan positif menjadikan kita kuat. ^^, . That's why, jom always positive, always husnu zhan ngan orang lain. What you give, you get back. InsyaAllah, orang lain pun akan pandang kita begitu.

4) Sentiasa ceria, ni yang terakhir. Disebabkan tadi kita da positif, so mesti la kena ceria-ceria. Macam ana, biar kan hidup ini diselubungi ceria. Handphone hilang (baru pakai sebulan) pon redha jela. Galaxy plak tu, tapi nak wat cane, hilang pun , hidup kena sentiasa ceria.

dalam kenangan T.T

Hehe.. Oleh kerana kehidupan ana banyak dalam kereta, ana akan cari sesuatu yang boleh membuatkan diri ini ceria, lebih tepat lagi bahagia. Hakikat dalam kereta, stress, ruang yang kecik, tak boleh gerak kemana-mana. ^___^. Apa ana buat, ana burn lagu-lagu yang boleh membahagiakan jiwa. Mungkin sebab ni ana selalu smile shinely. Credit to shine juga dengan list-list lagu tu.

Ok guys, dah tamat. So, ceria-cerialah selalu, smile and always be positive. Jangan lupa sentiasa berwudhu' dan kalau boleh lakukan solat sunat dhuha ye. ^________^ peace no war, jumpa next entry. (tah bila la nak update plak)


Saturday, March 17, 2012

CouPLe JOm!!!







Assalamualaikum w.b.t

Rasa terpanggil la wat entry pasal ni. Kenapa? Sebab ana dikelilingi oleh mereka-mereka yang sweet ^^, especially adik-adik usrah Vanilla Ukhwah.

Baru-baru ini bersama ngan adikku Ummu dan Nurul (no0i), bercerita tentang ni kat dalam kete time on the way ke setiawangsa.


Ku khabarkan pada mereka, kalau adik-adik nak couple tak de masalah. Couple je la.. boleh x macam ni? Aigoooo.. nti ni awat cakap macam tu, couple tu haram!!! Lek r der.. hehe

Nak couple? Boleh, tak de masalah. Couple la lepas kawen... Sweet gitu. Kawen tu kan berdua, couple la jugak tu istilahnya. Apa barang couple sebelum kawen, nanti dah kawen boring. Semua bende dah tahu.Kan kan kan? Sebelum kawen dah sayang sayang, nanti lepas kawen? Hehe, lontaran untuk semua.

Ada juga berbincang tentang perkara ni dengan adik tercinta di Mesir, ana tanya pendapat dia. Maklumlah, ilmu ana ni kurang, banyak lagi yang masih perlu belajar. Kebetulan sekeliling ana ialah mereka-mereka yang kebanyakannya mengalami Ujian ni, tu yang tanya tu.

Adik ana buat satu lontaran soalan kepada ana.

"Da (panggilan), apa tugas yang da ada sekarang? Cuba buat list."

Contohnya (ana ambil zaman sekola dulu2 ^^, ):

1) Tanggungjawab sebagai seorang anak
2) Tanggungjawab sebagai seorang pelajar
3) Tanggungjawab sebagai pemegang amanah di asrama
4) Tanggungjawab sebagai pemegang amanah BADAR
5) Tanggungjawab sebagai naqibah
6) Tanggungjawab sebagai pemegang amanah kelab khat
7) Tanggungjawab sebagai pemegang amanah kelab bola tampar
8) Tanggungjawab sebagai pemegang amanah team bola tampar sekolah
9) Tanggungjawab sebagai kakak dorm

Adik ana tanya lagi, rasanya dengan adanya tugas-tugas ni, cukup tak masa 24 jam sehari. Hassan Al-Banna kata, الواجبات اكثار من الاوقات, kewajipan yang kita ada (segala tanggungjawab yang telah diberi dan diamanahkan kepada kita) melebihi masa yang kita ada. Maksudnya kat sini, kita tiada masa buat kerja lain, memandangkan tugas-tugas yang kita ada ni terlalu banyak. Selalu sangat kita kata tak cukup masa, assignment tak sempat buat, kerja sekolah tak sempat nak siap.

Memang, kalau ana sendiri, ana jawab kat adik ana, rasa macam tak cukup masa, kadang-kadang sampai curi masa makan ngan tido. Sampai doktor pon cakap, jaga timing makan tu.Huhu.. berat nanang.

Adik ana balas, dah tu macam mana boleh ada masa nak couple-couple ni (before kawen)?

er er.. tak terjawab juga kat adikku ni. Bernas analogi nya. ^^,


Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji(pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik(pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia(syurga). An-Nur : 26





Nah, tu dia Allah dah kata. Sapa tak nak percaya? Angkat tangan, ada berani? Hehe.

Maksudnya apa kat sini? Hurm, maksudnya, Allah bagi kita confirmation, kalau kita baik, baik la pasangan kita. Kalau kita tettt.. tettt la pasangan kita. Ada paham? Hehe. Apa barang kalau kita nak pasangan kita baik dan soleh/solehah, tapi kita sendiri tak jadi macam tu. Iyeee, betul kita saling melengkapi, tapi agak-agakla, tak kan air kopi boleh campur ngan air susu. Iye dak? Jadi tak sedap la air susu tu. Ta paham? Tak pe, nanti tinggalkan soalan. Hehehe

So readers, nak couple tak? Jom la couple. Couple ngan mak kita, ayah kita, sahabat kita. Jom couple ngan semua. Opsssss...no no no, ngan yang mahram je, yang ajnabi( yang ni kalau sentuh batal air semayang/wudhu ) jangan ye.

Lagi best, jom couple lepas kawen. So sweet ^________^




Ok, sampai sini saja. Minta maaf jika penggunaan bahasa kurang tepat. Yang paling penting, kalau ana salah, tolong betulkan ye. Wajib betulkan, takut apa yang ana cakap ni, menyimpang dari apa yang sepatutnya. Thanks ya... ^^,

About Me

"Andai diumpama ISLAM seperti sebuah rumah usang yang hampir roboh , maka aku akan berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda...... Aku tak ingin ramainya bilangan mereka Tp aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu.... (As-Syahid Imam Hasan Al-bana)

Followers