Subscribe:

Labels

Wednesday, March 7, 2012

Al-Fatihah Sahabat


Assalamualaikum w.b.t

6 Mac 2012 - Berita kemalangan maut di Baling, Kedah telah melibatkan 5 Mahasiswa UPSI. 2 pelajar siswi Pengajian Pendidikan Islam semester 6 telah selamat kembali ke rahmatullah 9 pagi tadi dan 3 sahabat yang lain

mengalami kecederaan dan kini dirawat di hospital. Almarhumah FATINI BT MUHAMMAD yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan manakala NURUL HIDAYAH BT ABDUL AZIZ berasal dari Bachok, Kelantan. Semoga roh mereka ditempatkan sebaris dengan roh para solehin dan syuhada. Bersama juga kita mengiringi doa kepada tiga orang lagi rakan mereka yang masih tidak sedarkan diri di Hospital Kedah.

Latest Update
Cedera :

1. HAMIDAH BT MAMAT - Pelajar Semester 4, Program Pend. Awal Kanak-kanak
2. AISYAH MARDHIAH BT KAMIL - Pelajar Semester 6, Program Pend. Islam
3. ABQARIYYAH BT GHAZALI - Pelajar Semester 6, Program Pend. Islam


Sumber : Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UPSI

Menurut sumber yang UPSIdaily perolehi, 5 sekawan ini telah berhajat untuk melawat ayah kepada salah seorang di antara mereka yang sedang sakit. Di perjalanan pulang, mereka telah mengalami kemalangan dipercayai untuk mengelak seekor babi yang sedang melintas jalan.

UPSI telah menghantar 1 rombongan bas melawat mangsa dan keluarga mangsa. Rakan-rakan sepengajian meluangkan masa untuk memberi penghormatan terakhir kepada dua orang sahabat ini dan menziarahi 3 sahabat yang lain, yang kini dirawat di hospital Kedah.

Sebarang bentuk bantuan dan sumbangan bolehlah disalurkan melalui badan-badan yang dilantik dan dipercayai. Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Kediaman, Majlis Perwakilan Pelajar dan Pusat Islam perlu mengambil peranan untuk mengumpul sumbangan-sumbangan ikhlas dari sahabat Mahasiswa UPSI. Melalui saluran yang betul, semoga dengan sumbangan yang diperolehi dapat diserahkan terus kepada keluarga mereka.

Pemergian mereka berdua ibarat hilangnya sinaran mutiara berkedipan di UPSI tercinta. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kalian. Sesungguhnya telah tertulis segala liku-liku hidup kita yang tak mampu kita lawan takdir dari yang Maha Esa. Ini selaras dengan firman Allah S.W.T

Bahawasanya seseorang dari kamu itu dikumpulkan kejadiannya dalam kandungan ibunya 40 hari, masih berujud air mani. Lalu jadilah segumpal darah selama 40 hari juga. Kemudian Allah taala mengutuskan malaikat lalu meniupkan roh di dalam tubuhnya dan diperintahkan dalam empat perkara iaitu menuliskan ketetapan tentang rezekinya, ajalnya, amalannya, dan menjadi orang yang celaka atau bahagia (Al-Mu’minun : 12-14)

Kehidupan kita ibarat satu pengembaraan yang dimulai dengan alam roh dan diakhiri dengan alam akhirat. Pertemuan kita hanya sementara di alam syahadah yang bersifat sementara malah alam akhirat merupakan alam yang hakiki yang kita kan temui kembali setelah terpisah antara roh dan jasad. Bagi mereka berdua, sudah tersurat bahawa usia mereka hanya sekadar di sini sahaja. Sebagai yang masih hidup, kita perlu meneruskan kehidupan dengan tidak melupakan yang telah pergi buat selama-lamanya sebagai tanda kasih dan sayang kita pada sahabat.

AL-FATIHAH...


Terberhenti seketika degupan jantung tatkala menerima mesej masuk pada jam 11.00 pagi tentang berita kemalangan ini. Salah seorang yang terlibat ialah sahabat ana sendiri Aisyah Mardhiah. Very shocked. Terus call aisyah untuk bertanya kesahihan berita, alhamdulillah sahabat ana tak cedera parah. Al-fatihah buat 2 orang sahabat yang ana tak pernah jumpa, tapi nampaknya dengan jalan perjuangan ini, Allah telah mengikat hati kami. Meski tidak pernah bersua, perasaan yang amat sedih itu singgah jua jauh di dasar hati. Inilah yang dikatakan penghubung roh keimanan. Ukhwah yang bersaksikan kalimah Lailahaillallah.

Buat sahabatku Aisyah ,
Semoga dikau tabah dengan ujian ini. Pemergian sahabat-sahabat ini sudah ditakdirkan Illahi. Janganlah bersedih, sungguh mereka telah menghadap Illahi. Teruskanlah perjuangan, jalan terus kehadapan. InsyaAllah, demi Islam kita berjuang ^^,

0 comments:

About Me

"Andai diumpama ISLAM seperti sebuah rumah usang yang hampir roboh , maka aku akan berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda...... Aku tak ingin ramainya bilangan mereka Tp aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu.... (As-Syahid Imam Hasan Al-bana)

Followers