Subscribe:

Labels

Featured Posts

Thursday, November 8, 2012

Tribute to My Beloved Aunt

Di keheningan pagi ini , membuatku teringat beberapa kisah bersamanya .. Izinkan diri ini mencoret kembali , kerana kenangan ini sahaja yang dapat mengubat kerinduan padanya ...

"Hada, tengok siapa datang tu" , "ok, mak !" .. owh , mak teh rupanya . Maila masuk .. Dulu waktu petang, kadang-kadang lepas balik kerja , mak teh datang rumah . Sembang-sembang , semua pun ada. Duduk la kami , berborak-borak  bertukar cerita, minum kopi, makan pisang goreng. Mak teh suka minta doa-doa dan minta tuliskan wirid untuknya. Bagi senang dia nak baca. 

"Nanti k long nak bertunang, kita masak sama-sama. Kita masak asam pedas". Sewaktu kenduri bertunang, masing-masing sibuk memasak, mak teh yang masakkan asam pedas untuk kenduri haritu , sodapnyeee. 

Seronok sangat bila teringat balik , ramai-ramai kumpul , masak-masak , tukar-tukar cerita. Tp , sejak beberapa bulan lepas, senarionya sudah berbeza. Tiba-tiba mak teh hilang selera makan, badan pun susut. Mungkin sebab terlalu penat kot ..

Kalau setahun lalu , mak teh boleh lagi memasak untuk kenduri tunang k long , kini hanya kurang bermaya ketika hari resepsinya. Mak teh dah xlarat , semua org juga. Tapi masih lagi boleh berbual mesra, bergurau senda. 

Wajah yang sentiasa ceria itu bertukar sebaliknya 4 bulan yang lalu . Apapun, kami redha jika itu takdirnya. Tak sanggup lihatkan wajah yang ceria itu sekarang terbaring lesu . Saban hari, ku lihat keadaan semakin lemah. Hanya kupanjatkan doa , supaya sakitnya berkurangan.

Takdir Allah , Ahad lepas, mak teh dimasukkan semula ke hospital. Ya, ku xsmpt nk berjumpa dgn beliau. Ahad tu dah terlalu penat sebab memasak dan ada kenduri tunang anak mak teh n aqiqah cucu beliau. Kekangan masa lagi sebagai seorang student dengan jadual yang pack , membataskan diri ini untuk berjumpa beliau. 
Alhamdulillah , semalam lecturer dismiss awal. Ada peluang la nak melawat mak teh di hospital. Bila sampai je depan pagar rumah , tengok kereta parent tak ada. Sah , pergi hospital. "Ayah & mak kat hospital ke?" , soalku "Tak, semua kumpul kat rumah mak long.", ujar ayah melalui telefon.

"Hurm, nape kat rumah mak long? Maybe balik hospital kumpul sana kot . Tapi , apa maksud semua ada kat sini ye? tak faham .." ku bermonolog sendiri. Lantas, kakiku mula menekan pedal minyak ke rumah mak long. Alhamdulillah , sampai. Ye, pelik , sangat pelik. Ramai betul orang, sedara dari Pahang pun turun, apa halnya ni? Ku masih terpinga-pinga, layan je apa yang berlaku. Bila tanya , "jap lagi mak teh balik, ambulans hantar" balas mak. Eh, balik? Ambulans? Masih lagi tidak faham situasi sebenar. Tunggu punya tunggu, akhirnya ambulans tiba. Mak teh sudah berada dalam keadaan yang sangat tak larat, pernafasan dibantu dengan oksigen. Dan aku, masih terpinga. Orang mula membacakan yasin, mak teh masih lagi sedar saat aku pulang ke rumah pada malam itu. 

Kalau ikutkan hati ini, hari ni tak nak pergi klas. Nak tahu perkembangan mak teh. Tapi, tetap kugagahi juga, menekan pedal minyak membelah kesunyian pagi bagi menuntut ilmu di taman ilmu dan budi. Telah berazam untuk tak datang kelas petang, tapi , pergi jugak. Pukul 1.30 pm sempat telefon ayah bertanyakan keadaan mak teh.Ayah kata, macam semalam.

InsyaAllah, balik kelas nanti , nak pergi jenguk mak teh. Habis kelas pukul 6.30 pm harini , boleh la sampai ke malam tunggu dan berdoa agar kurang sikit sakitnya. Kelas It & Islam berjalan seperti biasa. Ipad menjadi peneman setia. Fon diletakkan dalam silent mode, seperti biasa. Khuatir bunyinya mengganggu kuliah. Habis kelas jam 3.20 pm, sambung pula 3.30 pm. Sambil mengira detik-detik nak pulang ke rumah bersama ahli keluarga yang lain, ku menunggu lecturer datang. Lambat pula sir masuk, cek dulu handphone. Kot la ada mesej yang masuk. Lantas kulihat ada miscall dan mesej. 

Pak njang call ,, kenapa eh? Then, ada mesej. Owh , mak rupanya. Mungkin nak minta belikan sesuatu dalam perjalanan pulang nanti. Buka mesej, "Mak teh dah pergi meniggalkan kita semua". Rasa tak percaya, cuba call pak njang balik. Nampak amjad, I ask the permission to leave early. He said that, we will have a pop quiz. It's ok, I'll do it first , then I go. But, Amjad, slowly approaching me and said, sister, if u have urgent matter, u can leave. Patutla beria dia suruh balik, that is not a real quiz. ^^,

Sampai di kereta, ambil masa untuk hantar email kepada 3 lecturer memaklumkan kemungkinan esok tidak akan hadir, memandangkan esok ada 2 exam yang perlu dihadapi. Juga sempat call adik di Mesir untuk inform apa yang baru sahaja berlaku. Tak semena-mena, tumpah juga ari mataku. Sekian lama ku tahan , tak mahu orang lain menangis menlihat diriku menangis. Lama juga ambil masa untuk drive balik ke rumah. Protonku membelah laju tanpa mengira kenderaan-kenderaan lain pada waktu itu. Sebab itula orang kata, kalau emosi tak stabil, jangan memandu. Bahaya ..

Setibanya dikawasan rumah mak long, ku lohat kereta berderet, bersusun. Ramainya umat manusia. Lantas ku keluar, dan menapak dengan lajunya. Sempat ditegur oleh seorang mak cik.. Kenapa lambat sangat? Allah, lambat sangat ke aku datang. Langkahku semakin laju, menuju ke rumah mak long. Sampai dipintu masuk, ku disapa oleh si comel Tisya, anak sedara ku.. "Mak Ngah, tok mak tenga mandi".  Lantas ku masuk, Ya , memang aku dah lewat! kuletak beg kuliahku , salam sedara mara yang ku jumpa. Terus ku meluru ke dapur, ya , disitulah mak teh dimandikan. Ketika ku sampai, laju sungguh air mata ini mengalir, dan ku sedar, tak elok menangis depan jenazah. Ku kesat-kesat air mata sehingga kering . Ku ikut jenazah ke tempat pembaringan. 

Sempat aku membantu dalam proses mengkafankan, wangi sungguh bau mak teh. Air mata kembali mengalir, disaat muka arwah hendak ditutup. Saudara mara pakat mencium dahi, ku juga tak mahu ketinggalan bagi mengucup dahi buat kali terakhir. Paling sedih , bila nenekku yang dah tak berdaya itu mencium awah anaknya sendiri. Maka mengalir air mata semua disitu . Ya Allah, ku tak mampu menahan air mata, melihat kasih ibu, terhadap anaknya. Hati ibu mana tak sedih, anaknya pergi meninggalkannya terlebih dahulu .

Selesai solat, ku iringi juga jenazah ke kubur. Menemani mak dan saudara-mara yang lain. Hajatnya tak mahu dekati kubur, tetapi bila anak mak teh menangis sebab ku menghalang atas sebab tertentu, lantas ku tarik kakakku itu ke tepi liang lahad, melihat jasad itu dkebumikan. Ya, buat kali terakhir kami melihat arwah. Kini, arwah telah bersemadi. Sepanjang perjalanan ku menangis seorang diri. Hanya Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fuanha yang mampu ku sebut sepanjang perjalanan. Memohon keampunan bagi arwah , supaya dia lebih tenang bertemu Kekasih Teragung.

Ya Allah, Kau ampunilah dosanya, sesungguhnya beliau semasa hidupnya suka permudahkan urusan orang lain. maka , kau permudahkanlah jalnanNya ke syurga. Semoga kau makbulkan ya Allah ...

Tribute to my belove mak teh .. Zaiton Bt Shafie 8/11/2012 jam 3:20 pm . Semoga bersemadi dengan aman, kami juga akan pasti bersamamu, cuma tarikhnya , Allah yang tentukan. Semoga berjumpa di Syurga .. Love mak teh lillah ..

Thursday, September 6, 2012

Aidilfitri yang Adventure 1

Assalamualaikum , setelah kian lamanya nak menulis tentang ini , alhamdulillah terupdate jugak.

Tahun ni , rayanya lain sikit. Selain daripada beraya sebagai anak tunggal pada tahun ini ,ana juga beraya sebagai seorang musafir walaupun untuk 2 hari sahaja .

Seawal raya ke-5 ana dan seorang sahabat bermusafir ke Kuantan , Pahang untuk memenuhi undangan walimah 2 orang sahabat di Pahang, pangkat kakak la pada ana. Satunya di Kuala Lipis dan satu lagi di Kuantan. Jadi kami bersetuju untuk memulakannya dari Kuantan, then esoknya baru ke Lipis.

Khamis raya ke-5

Kami bertolak dr KL pada jam 3.00 pm menuju ke Kuantan. Ana sendiri drive memandangkan sahabat ana ada lesen untuk hiasan sahaja ,, hehe (biasa r pempuan) . Kami berjanji untuk berjumpa seorang lagi sahabat di RnR Temerloh (mama) sebab dia dari kampung kat Jerantut . Hanya kami sahaja wakil dari KL untuk walimah ni. First day lagi dah ada adventurenye. Kami lost contact dengan sahabat yang sepatutnya tunggu kat Temerloh. Dok send mesej, rupa2 nya dia tak on no tu. Ni first time ana ke Pahang drive sendiri. Dah la tak biasa. huhu .. Alhamdulillah, kami bertemu juga di tempat yang dijanjikan . Oleh kerana lost contact , perjalanan kami delay selama 1 jam 30 min.

Kami meneruskan perjalanan , oleh kerana tak biasa dengan jalan , kena la drive slow. 110 km/j maintain sehingga sampai ke destinasi. Kami ikut kereta kawan kat depan je , memandangkan dia dah biasa jalan di Kuantan. Kami manage sampai di Kuantan jam 7.30 pm. Hari sudah mula gelap , dan ana sedar yang kami asyik pusing ditempat yang sama sahaja. Nampak gayanya orang Pahang kita pun tak pasti jalan , hehe . Takpela , faham . Husband dia yang drive, orang baru balik dari Mesir la katakan. Dah lama tak jejak kaki ke kampung halaman , pasti la ada sesat-sesat sikit.

Oleh kerana dah penat sesat , sahabat ana bawa ke Tg. Lumpur sebentar. Singgah makan . Katanya kepok (keropok lekor) kat Pahang ni sedap . Ok , layan saja. Memang ana tak makan pun dari pagi . Sebatang RM 4 , kami ada 4 orang , order 3 batang. Rupanya , 3 batang tu tersangatlah banyak. Penat ngunyah saja. huhu. Papa (panggilan husband sahabat) kata , kalau nak cari kepok sedap kat Pahang ni , nama dia kepok cap katak baring. Haih , penat je percaya . hehe . Hurm , dengar nama je dah tak lalu nak makan .. apa da mama n papa ni . huhu ..

Habis makan kepok kami bertolak ke rumah kakak mama di Kota Putri. Punya lah jauh kami sesat. Kami lalu jalan ke arah Pantai Sepat. Waktu ni lebih kurang jam 9.00 malam. Jalannya jalan kampung , kecil sahaja. Muat-muat untuk 2 kereta, kiri kanan memang tak nampak apa sebab terlalu gelap. Malam agak mendung , tiada bulan , bertambah gelap jalan. Kami meneruskan perjalanan berpandukan lampu kereta sahaja. Agak jauh tersesat , maka kami ambil keputusan untuk berpatah balik. Sewaktu perjalan patah balik tu , sesuatu yang tak diduga berlaku. Amat pantas ... Tak nampak apa-apa , tiba-tiba kereta mama kat depan berhenti, dan nampak sekawan lembu melintas. Ana lihat ada 2 ekor lembu melambung, tapi pastu dia bangkit balik dan terus melintas jalan. Lantas ana potong kereta mama yang tak bergerak tu. Rupanya mereka terlanggar lembu. Ni pertama kali ana lalui perkara macam ni. Accident sesama kereta tu biasa, tapi dengan lembu , jarang ana dengar.huhu



Kami keluar untuk periksa kereta mama. Agak teruk juga situasinya , nak kata bawak laju , rasanya speed maintain 50 - 60 km/j . Jalan kampung tak boleh laju , lagipun tengah mencari simpang , bertambah slow la kami drive. Penduduk-penduduk disitu sangat prihatin. Owh ye , sewaktu ana keluar , ana sempat la tengok sekeliling kereta , mencari-cari kalau ada lembu cedera parah , boleh terus sembelih . Hehe .. Tapi mak lembu takde , yang ada anak lembu terbaring , pengsan mungkin. Lepas 15 min dia bangun dan melintas jalan. Kami menunggu abang ipar mama sampai untuk setelkan kereta ni. Menurut penduduk kat sini , kawasan yang kami lalu tu memang kawasan lembu. Kereta mama (snow white) adalah kereta ke-2 untuk hari tersebut. Paginya dah ada kereta yang kena , alza kata mereka. Pemandu tu elak , masuk kawasan semak. Kereta tu empat-empat tayar die keatas. Hurm , bagaimanala keadaan pemandu tu ye. Alhamdulillah papa tak elak , emergency break pun tak sebab mama tak pakai seatbelt. Memang dilanggar terus , patut nampak macam pin bowling jatuh. hehe.. Lebih kurang jam 12.30 am juga la semua urusan selesai. Kesian snow white , kena bawa pergi bengkel.

6 syawal
Masing-masing bangun agak lambat kerana keletihan menyelesaikan urusan snow white. Untuk hari ni , ana rancang nak lawat mak cik di Panching Timur, tapi biasalah ... SESAT lagiii . Sebelum tu kami pergi melawat snow white kat tempat yang bernama semambu. Ana memang tak pernah drive sendiri kat Kuantan ni , bila dah drive sendiri ni , memang ikut signboard sahajalah. Memang agak jauh semambu ni , lama juga masa yang diambil untuk ke semambu. Akhirnya tak kesampaian ana nak melawat mak cik ana, agak ralat juga la sebab dah sampai Kuantan tak pergi ziarah. Sempat jumpa abg saudara sahaja , itu pun di kedai dia. Kami kekurangan masa dan terpaksa berkejar ke majlis akad nikah sahabat kami di IPK Kuantan. Ini lah tujuan sebenar datang ke Kuantan ni. Kami tiba awal dari majlis, jadi sempat la berehat-rehat. Kami berbincang sesama sendiri , bilakah masa yang sesuai untuk bertolak ke Kuala Lipis , rumah ke-2. Maka , keputusan yang diambil ialah bertolak pada malam tu jugak . Hailaaaa, i'm the only driver and i'm only a women . Hehe.
Jadi , sejurus selepas tamat malis lebih kurang jam 10.30 pm , kami terus bergerak pulang , tapi singgah di Kedai Ikan Bakar Petai (famous di Pahang) untuk makan-makan dulu. Janji untuk makan bersama keluarga kakak mama perlu ditepati .. JANJI DITEPATI , hehe . Tepat jam 12.00 malam kami selesai makan, dan tanpa buang masa lagi kami mulakan perjalanan ke Kuala Lipis. Thanks to family kakak mama yang provide tempat tidur dan juga belanja makan ikan bakar.

7 Syawal
Seawal jam 00:00 WHX membelah Lebuhraya Pantai Timur menuju ke Kuala Lipis. Ana berasa agak takut untuk drive, pertamanya sebab tak cukup rehat, maka agak penat.Keduanya , ana tak biasa drive malam , tambahan pula ana rabun malam.Ketiganya, Pahang bukanlah tempat ana, jadi ana tak tahu sangat selok belok jalannya. Keempatnya , ana perempuan (tp jangan pandang sebelah mata , kalau race ana boleh menang punya , hehe) . Tapi , walauapapun jadi , kami mesti sampai juga Kuala Lipis seawal mungkin , sebab kena balik KL seawal mungkin untuk mengelak kesesakan lalulintas dan juga memenuhi tuntutan keluarga untuk beraya bersama . Akhirnya , mataku akur dengan permintaan mindaku supaya teruskan saja perjalanan. Perjalanan awal pagi sangat sunyi , ibarat kita sahaja yang berada diatas jalanraya yang panjang itu. Susah nak nampak kereta lain. Cuaca agak sejuk , kelihatan mama seperti demam , trauma dengan apa yang berlaku pada snow white mungkin.

Suasana riuh dalam kereta hanya bertahan selama 30 min , selepas daripada itu senyap sunyi semuanya. Hanya zikir menjadi peneman ana sepanjang driving dikeheningan malam. Pesan mama , berhenti di RnR Temerloh saja, tak perlu di Gambang. Tapi ana tak boleh , sebab semua orang dalam kereta tidur , maka ana mengantuk la jugak . Hehe , jadi berhenti di Gambang seketika. 1 tin nescafe dihabiskan then ambil wudhu'. 30 min kemudian sambung perjalanan. Calling-calling my little aisy , k yaya (adik usrah) , takut diorang risau. K yaya je yang selalunya tak tidur lagi , kalau balik rumah , memang tak tidur dia ni. huhu. Tak sampai sejam , sampai ke RnR Temerloh. Dah kejut semua sape2 yang nak pergi tandas, ana pergi cari nescafe lagi. Kali ni 2 tin. Tak tahan mengantok. Renew wudhu' , ambil angin jap. Dah hilang ngantok ana teruskan perjalan ke Kuala Lipis. Alhamdulillah papa kat belakang tidur2 ayam je , jadi ada orang teman.

Seronok tekan pedal minyak , mencari-cari exit nak ke bentong , sebab papa kata keluar ikut situ senang. Tengok jam , dah hampir cecah jam 2.30 pagi. Ana expect tak lama lagi dah ni nak sampai. Sebab kata 3 jam. Dok tengok-tengok signboard , tiba-tiba terbaca KARAK. hehe .. Banyak cerita pasal karak ni , dah la lalu pukul 2.30 pagi , tak ada kereta lain , kita satu-satunya kereta yang lalu. Dengan semua yang dalam kereta tidur. Boleh imagine tak perasaan ana macam mana? haha . Takpe , Allah ada. Tu yang ana pujuk hati. Bila dah lepas karak , baru la lega sikit. Mencari signboard bentong. Ana tanya papa , nak keluar bentong timur ke , bentong barat. Nampaknya, dia pun tak pasti. hehe. Akhirnya guess what? Dalam kegelapan pagi tu , dengan sejuk yang teramat, boleh sesat kat highway. Terlepas exit . Maka terpaksa U-turn , dah nak sampai tol bentong dah pun. Hehe, kalau dah terlepas , memang ana balik KL terus. Bila dah sampai Bentong , dah hilang la sikit risau. Sebab ana tahu dah dekat. Bila tanya kat papa , rupanya kena jalan lagi 1 jam 30 min untuk sampai.

Kat Bentong ni , ingat sikit la jalannya, sebab dulu rajin juga ke Raub, rumah mak cik satu lagi. So, speed maintain 60km/j, sebab jalan dia kecil. Kalau bawak 80 km/j ke 100 km/j , mungkin la sampai dalam 1 jam 30 min , tapi 60 km/j .... hehe. Memang lamaaaa . Perjalanan diteruskan juga, pun tak ada kereta . Lalu pekan Bentong, baru sedar minyak dah tinggal sikit. Kena topup dulu sebelum balik. Jadi sampai di Pekan Raub, mencari Petronas. Jalan yang kami lalu ni adalah jalan utama ke Kelantan. Jadi di sebelah , kelihatan banyak kereta dan bas menuju pulang ke Kuala Lumpur (agaknya). Kereta ana tak takut sangat, tapi bas sangat laju. Dah la tinggi , besar, bawa laju. Bahayakan penumpang je. Ana pernah hampir accident naik bas ke Kelantan. Akhirnya jumpa juga Petronas. Masalahnya ialah Petronas disebelah kanan. Dengan kereta dan bas yang laju , ana terpaksa tunggu lama untuk cross ke Petronas. 2 bas lalu, tapi laju dan tak bagi langsung ana peluang cross ke Petronas. Isk isk ,, teruk betul.

Perjalanan diteruskan , dan ana lalu Dong. Kampung adik usrah ana. Baru tahu betapa jauhnya kampung dia. huhu . Guess what ??? Hanya pada jam 4.30 pg ana sampai kat Kuala Lipis . Jalan nak ke rumah sahabat ana tu , sangat la kecik dan sangat la gelap . Hanya satu kereta sahaja yang boleh lalu jalan tu. Kesian pengantin kena sambut ketibaan kami pada jam 4.30 pg. Kawasan kampung tu tak ada line telefon , ana sempat hantar mesej ke k yaya bagitahu dah sampai.

Selama lebih kurang 5 jam perjalanan ana lalui seawal pagi. Bersiap-siap , sempat lelap 30 min. Pagi tu sambung bantu persiapan dirumah pengantin. Kami terpaksa bergegas pulang ke KL pada jam 9.00 pg. Nak tunggu mama memang tak sempat dah , mama balik Jerantut lepas pinjam kereta pengantin. Maklumlah , snow white ditinggalkan di Kuantan, jadi kena la pinjam kereta pengantin (adik angkat mama). Selepas selesai bersarapan , kami bertolak pulang jam 9.00 pg , dan sampai di KL lebih kurang jam 12.00 tengahari. Sampai KL terus pengsan kepenatan , hehe .. Hampir 24 jam tak tidur, ana manusia, penat tu mesti ada.

Alhamdulillah , perjalanan kami semuanya selamat. Walaupun berlaku insiden langgar lembu , namun nyawa semua selamat. Tinggal snow white sahaja yang terpaksa tinggal di Kuantan. Raya kali ni tak berehat langsung. Next adventure .... ICE SKATE

Monday, August 20, 2012

Keriangan 1 Syawal

Tettt ,, nampak benar kebosanan . Semalam update , hari ni update lagi. Biasalah , meraikan 1 Syawal sebagai anak tunggal , tak ada 'tease tease' hari raya bersama adik-beradik macam biasa, maka alam maya menjadi teman setia seketika.


Keriangan 1 Syawal ,, riang ke? Bibir senyum tanda tak . (acane tuh? hee)

Bersalaman dengan mak, ayah dan tok di pagi Syawal sudah menjadi kebiasaan kami. Rasanya semua pun sama. Balik solat terus beratur nak bersalaman. Hehe , kelakar bila ingat balik. Mula-mula ayah salam tok, pastu mak, then mak salam ayah , pastu baru la kami 3 beradik beratur, salam tok, ayah dan mak dimulai dengan kakak , diri ini dan adik. Lepas tu semua pakat garu tangan , mintak duit raya . hee, ta meced (bak kata adik-adik usrah ana).


Bezanya tahun ni, ana sorang sahaja yang bersalaman dengan ayah,mak & tok. Mak & ayah siap cakap, tahun ni anak mak & ayah tinggal sorang je raya kat rumah (first time kot). Tersekat suara masa salam dengan mak & ayah , nasib baik tak mengalir mutiara suci ni. ^^, .. Kalau tak , pasti mak & ayah juga akan mengalir air mata juga. Bertambah sedih bila ayah cakap 'Ayah tak ada mood nak raya tahun ni' (samala kite ayah .. ).

Setiap tahun pun tak balik kampung (ada kampung ke?) , memang akan beraya di KL. Rumah pertama mesti rumah pak long belah ayah . Best gi sana , anak-anak sedara ramai (anak sedara paling tua, tua 2 tahun dari ana, hehe) , seronok tengok telatah mereka. Sampai-sampai je si kecik cilik Sumaiyah dah tunggu depan pintu jerit duit raya. Haila ,, kanak-kanak , waktu raya itu jela yang mereka fikir. Biasalah .. ^^, .. Waktu ni la nak jumpa semua, walaupun tak ada hati nak keluar beraya , ikut jela . Setahun sekali je boleh kumpul ramai-ramai. Anak sedara yang paling nak jumpa sekali along aka caah . Kami satu sekolah , along senior ana . Ha, pening sudah, anak sedara jadi senior kat sekolah. Hehe .. Seterusnya beraya dirumah mak long belah mak , sini semua adik beradik berkumpul. Lebih bermakna mak teh diberi cuti selama 2 minggu oleh dr untuk pulang ke rumah meraikan Syawal. Nyata ada keriangan semua disitu . semoga Allah berikan kesembuhan kepada mak teh ku yang sakit kritikal itu. Rumah yang terakhir ialah rumah mak cik kat Sg Buloh. Ketiga-tiga rumah ini wajib ziarah pada 1 Syawal.

Macam diary sudaaa .. ^^, suka hatila blog ana kan ... ^^,

Pada tahun ini, setiap kali kunjungan pasti ayat yang sama keluar. Amazing , macam mana la ayat mereka semua boleh sama? Dari rumah pertama hinggalah rumah ke-3. Ayatnya lebih kurang begini ... 'Raya sorang sorang je la tahun ni ' (memang sangat sedih bila orang cakap macam ni ,, touching!! hehe) . Abang sedara datang rumah tadi pun kata benda yang sama juga . Haila .. tak apa la ,, tarbiyyah !!!

Hari ni ayah keluarkan album yang dihantar oleh adik dari Mesir. Satu satu diselaknya . Maka tahulah ana bahawa memang semua pun dalam kerinduan yang amat sangat. Album tu juga ayah bawa ke rumah mak cik. Kalau dikira ,genap 9 bulan kami tak berjumpa. Hanya berhubung melalui skype sahaja. Sebolehnya pada hari ini , ana akan tahan air mata dari keluar. Kalau ana start dulu , maka berderailah air mata semua yang nyata sedang rindukan adik kat Mesir. Oh ye , hari ni 19 Ogos , maka esok 20 Ogos. You know what? (mestila don;t know kan . hehe) . Sebenarnya esok adalah harijadi adik yang kat Mesir. Dah besar dah adikku. Tergelak pula bila teringat dia pesan, raya ke-2 nak cek akaun tengok duit raya ada masuk tak . hee ..Apa da, kalau ada rezeki insyaAllah . Nak jadi orang pertama ni wish ni . hehe.

Ok lah , sudah lewat dan sudah penat satu hari beraya. Walaupun dalam keadaan yang kurang stabil , aidilfitri tetap dirai. Dan hari ni ada tetamu tak dijangka , adik usrahku datang beraya. Nasib baik la ada dekat dengan rumah. Thanks Ummu Aiman with her siblings Amir,Azam & Iman sudi bertandang ke teratak kecilku. Ingat lagi jalan ke rumah ye .. Jazakillah ^^,


Last family picture before adik fly ke Mesir .. Rindu this moment ...

:: Tahun ni jalan-jalan raya tak bawak DiSeLaR , not in the right mood to capture any picture ^^, ::



About Me

"Andai diumpama ISLAM seperti sebuah rumah usang yang hampir roboh , maka aku akan berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda...... Aku tak ingin ramainya bilangan mereka Tp aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu.... (As-Syahid Imam Hasan Al-bana)

Followers