Subscribe:

Labels

Monday, August 31, 2009

Hukum Khaliq

Bismillahirrahmanirrahim......

Firstly,shabab ucpkan tahniah kepada Kartika.Ini kerana dia xlari dr hukuman n mengaku bersalah.Cume tang sedihnya,ad org yg sblh2-blhnya mntk saudari Kartika merayu utk tidak dihukum sebatan.

Shabab amat sedih,n pastinya org2 yg fhm ttg hukum hdud juga berasa kecewa dgn umat Islam yg sibuk2 suh mntk Kartika merayu agar tidak dhkum sebat.Shabab kagum dgn Kartika,bukn shj dia xlari dr hukuman,mlh mntk agr dibuat dhdpn org ramai.

Dalam Islam,hukuman yg spttutnye dknakan ialah 40 kali sebatan.Itu ialah hukum Allah,hukum hudud.Siapakah kite ni nk menafikan hukum Allah.....Setiap ap yg dttntukan Allah,ad hikmah disebaliknya.Hmmm,shabab bg satu bnde yg basic la.Knpa kat dunia ni ad manusia,haiwan,tumbuhan dan air? Xblhke klu ad satu je kat dunia ni.Cnthnye,klu manusia,manusia je keseluruhannya.Yela,manusia bknnye kwn n haiwan.Ad ke manusia kwn n ikan keli ke,angsa ke.Klu angsa,kite xsmpt nk pg tnye khabar,die dh keja nk ptuk kite.Cbe pk plak,knape ad air ? Klu xde laut xblhke? luas ckit tmpt nk duduk,blh buat rmh besar2,hrge berjuta2.

Shabab nk citer kat cni,ap2 yg telah dcptakan Allah,termasuk hukum2 Allah,ad hkmah dsebaliknya.Cnthnya,sujud dlm solat yg merupakan rukun solat,klu xbuat,xsah solat.Saintis telah mmbuktikan bhw,tme kte sujud,ad stu part kat brain kte ni yg xdpt dmsuki oleh oksigen,n kalau kite sujud,drh beroksigen akan masuk ke kawsan tu.Sains banyak membuktikan hukum2 Allah.

Tp org skrg silap,die kte sains bukti kn itula,inilah.Padahal Al-quran dtg dlu sblum penemuan2 saintis.Cnthnye penciptaan manusia.Allah dh ceritakan dlm Al-quran ttg kejadian manusia,bru la saintis jmpe ttg proses tu.

Kmbali ke kisah hukuman sebat td,shabab teringat seorg ust ni bercerita.Ttg saidina umar r.a.Pada zaman pemerintahannya,dceritakan pada satu hari,datang seorang perempuan yahudi yg sedang sarat mengandung.Perempuan ini berkta pd umar "Wahai amirul mukmin,aku mengandungkan anak kepada anaka kamu".Saidina umar berkata pada perempuan itu,dia akan siasat perkara ini.

Saidina umar,yang dkenali ramai ialah seorg yang sgt garang.Sewaktu beliau hndak keluar berhijrah ke madinah,beliau mengumumkan kepada semua penduduk Mekah.Tiada siapa berani melawan beliau.Tp,sebagai seorg ketua keluarga,beliau adlh seorg yg sgt penyayang.

Malamnya,ketika makan malam,beliau melayan anaknya denga bgtu kasih sekali.Beliau sendukkan nasi ke pggan anaknya dan menyanduk lauk-pauk utk anaknya.Beliau sekeluarga makan dengan penuh gembira dan bahagia sekali.Setelah selesai makan malam,saidina Umar berkata pada anaknya,"Siang td,ad seorg perempuan yahudi datang,dia kata dia mengandungkan anak kamu".Kemudian anak saidina Umar tunduk,dia menangis teresak2.Dia mengaku bahawa suatu ketika dahulu,dia pernah berzina dgn seorg perempuan yahudi.

Sebagai seorg khalifah,saidina Umar mesti mnjthkan hkman hudud ke ats anaknya.Anaknya sgt2 sdh,ank dia brkata padanya,"Saya dah bertaubat dan berazam untuk tidak melakukannya lagi".Namun,saidina Umar tetap dgn keputusannya utk menjatuhkan hukuman hudud ke atas anaknya.

Lalu,saidina Umar memanggil org2 yg beriman utk berkumpul d satu tmpt bg mnjlnkan hkm hudud ke ats anaknya.Ramai yg terkejut n xpcye n cter tersbt.Mereka mengenali anak saidina Umar seorg yg sgt wara' n alim.Sentiasa brada d msjd n suka menolong org.

Saidina Umar meminta kpd org yg diamanahkan utk menyebat anaknya memumlakan hukuman sebat itu.Tkg sebat itu pn xsggup nk menyebat,tp ats amanah,dia lakukan juga.

Suara anaka saidina Umar menahan kesakitan amt sayu didngari org2 dsitu.Ramai antara mereka yang meminta Umar brhenti,namun saidina Umar berkat,"Kalau dulu aku bunuh anakku kerana kejahilanku,kini aku bunuh anakku kerana imanku kepada Allah".Sebatan diteruskan,tba2 anaknya memanggilnya,"Ayah,saya dahaga".Hukuman diberhentikan seketika.Saidina umar beri air kepada anaknya,lalu memeluk anaknya dan berikan kata2 semanagt.Beliau basahkan kepala anaknya,setelah seketika,hukuman diteruskan.Setelah beberapa kali d sebat,anaknya meanggilnya lagi,"Ayah,lapar,haus...".Situasi itu sgt sayu,saidina Umar mmbrhntikan seketika hukuma tersebut.Beliau menyuapkan anaknya makan,beri anakny minum.Sekali lagi,beliau mmeluk anaknya,dan ber kata2 semangat,"Bersabrlah anakku,ini semua hanya sementara,di akhirat nanti engkau akan terlepas dr hukuman ini".Begitu kuatnya saidin Umar.Hukuma diteruskan,pada sebatan ke 90,anaknya sdh nazak.Segala yg dimakannya td,dmnthkan semual.Melihat keadaan ini,amai yg mnta saidina Umar berhenti,"Wahai saidina Umar,berhentilah,anakmu sudah nazak".Namun,saidina Umar teruskan juga.
91.....92.....93....................................................
Anak saidina Umar sudah meninggal dunia.Ramai yg pengsan,termasuk tkng sebat anaknya td.Melihat keadaan ini,saidina Umar mengambil alih tmpt tukag sbt td.Beliau terus menyebt walaupun anaknya sdh meninggal dunia....ramai yg suruh berhenti Namun saidina Umar berkata"Aku tidak mahu dngan baki sebatan ini,anakku dhukum di akhirat kelak".Begitu kuatnya iman saidina Umar.........maka berakhirka sebatan ke-100.

Pada malamnya,saidina Umar sgt2 sedih,bapa mana yang tidak sedih apabila kehilangan anak tercinta.....beliau menangis.......kemudian beliau tertidu.Dalam mmpinya,beliau nmpk anaknya sedng bermain dengan Rasulullah.......Thula beliau,dosa anaknya diampunkan..

Kepada penentang2 hukuman yang akan dijathkn kpada Kartika,mhn bertaubat kepada Allah.Sesungguhnya,Allah lebih mngetahui ap yg terbaik.........

Thursday, August 20, 2009

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Bulan yang penuh barakah telah tiba......

Adakah umat islam sedunia betul2 bersedia menyambutnya......Kalau syawal kita menyambut dengan persiapan kuih raya,ketupat,rendang,langsir baru,semuanya serba baru,apakah pula yang kita lakukan untuk menyambut Ramadhan?

Shabab sendiri terpikir,apa ye yg shabab wat untuk menyambut Ramadhan.Semalam shabab pergi berjumpa dgn kwn2 utk sesi 'pot mostem'(tbe2 tringat zmn aktf bpgram dlu,hihi)...post mortem.Di mana seorg ukhti ini mmberi peringatan bersama,berkongsi ilmu.

Ukhti menceritakan bagaimana shbt2 Rasulullah menyambut kedatangan Ramadhan.6 bulan sebelum Ramadhan menjelma,para shbt akn berdoa sebnyk2nya supaya mereka dpt melalui Ramadhan..Ini kerana Ramadhan ini adalah bulan utk bribadh,dimana pahala nya berganda bnyknya berbanding pada bulan biasa.

Selepas habis bulan Ramadhan,maka para shbt td akan berdoa pula selama 6 agar semua amalan yang mereka lakukan pada bulan itu,diterima oleh Allah swt.MasyaAllah,mantap sungguh iman para shbt nabi.

Hari2 shabab ad pergi satu pgrm,dmana ad atu ucapan yg shabab sntiase teringt2.dlm majlis penutup,seorg akh berucap.Pgrm ini sbnrnya bermula apbila sya berkata "sy merasmikan pgrm ini dgn lafaz Bismillahirrahmanirrahim".Smela mcm kehidupan kita,dunia ini hanyalah tempat kita mengumpul bekalan utk diakhirat.shabab analogikan dngn sebuah kereta.andaikata la kereta ini menyertai sebuah 'road tour' sempena kemerdekaan.Kereta in akn bergerak bermula dari Perlis dan melalui semua negeri dan akn berakhir di Kelantan.Tapi,kereta ini hanya akan mengisi minyk sekali shj,iaitu sblum memulakan perjalanan.Secara logiknya,minyk kereta itu akan habs sejurus kereta itu sampai di Johor.Shabab kaitkan balik dngan ucapan tadi,mksdnya tak logik sbnrnya umur kita didunia ini yg rata2 blh thn 63-80 tahun shj.Bygkan utk mengumpul bekalan utk akhirat yg kekal abadi..........

Namun,Allah itu maha adil dan maha pengasih kepada hamba2Nya.Dalam bulan Ramadhan,ad satu malam yg dipanggil sebagai 'lailatulqadr'.Brg siapa yg melakukan ibadah pd mlm tersebut,phlnya sama seperti beribadh 1000 bulan.Blum lagi kita total up semua ganjaran yang Allah bagi pada umat nabi Muhammad....

Oleh itu,manfaatkan sepenuhnya bulan Ramadhan yang kita hanya dpt temui setahun sekali.Belum tentu lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya......

Wallahu'alam.........

Di sebalik H1N1

Salam 'alaik...

Shabab rase terpanggil utk menulis ttg tjuk ini........
Sdh bbrapa bulan dunia deserang dng pandemik influenza A ini.Dh berjuta yang positif pnyakit ini...
Dunia skrg amat kecoh krn penularan wabak ini.Semua pemimpin negara hnye mmperkatakan ttg wabak ini n cre2 mengatasinya.........

Siapakah yang thu disebalik wabak ini sbnrnye trselit kisah2 len? Ya,tiada siapa yang thu kecuali org2 yg bnr2 prihatin.....

Sudah sebulan kes dr. marwa yg syahid didalam mahkamah.Namun siapakah yg thu insiden ini?
Tak siapa yg ambil peduli......Manekh umat2 islam? Manekh pemimpin2 yg knnnye menjadikn islam sbgi panduan kerajaan? Dimanakah mrk? Saat kejadian ini berlaku....ramai lg yg tdk thu.Media msa seolah2 tdk mnjlnkn tugas.Apakah isu ini tidak sensitif bg mereka?

Shabab ceritakan sedikit kisah dr ap yg shabab bc melalui internet,yg shabab dpt dr org2 yg prihatin dgn kisah seorg umat islam......

Thn lalu,dr. marwa menfailkan smn trhdp jirannya,Alex.Ini krn,Alex tlh mmaggilnya terorist ataupun pengganas kerana bealiau bertudung.Lalu,pd awl thun ini,stlh disiasat,Alex ddpti bersalah kerana mmggil dr marwa terorist dan perlu mmbyr sjmlah wang smn kpd dr marwa.
Oleh kerana terlalu marah,Alex terus menerjah dr marwa dan menikam beliau di dalam kantor mahkamah..............

Adakah umat islam di Malaysia thu ttg ini? Mmg xsensitif langsung.Dr marwa ditikam sbnyk 18 tikaman,beliau ditikam sambil mmluk anaknya.....Org2 dlm mahkamah diam seribu bhs,xbrtndk.Takkan xsempat nk halang? Satu persoalan....Logikke dalam mase 1 saat ssorg blh menikam org sbnyk 18 kali? Melihat keadaan itu,suami dr. marwa dgn pantas brlari mendptkan isterinya dgn niat utk mghalang Alex dan menyelamatka isternya.Anda thu ap jadi selepas i2? Ya,mmg anda tidak thu.....suaminya telah ditembak olh seorg polis dalam mahkamah itu kerana dikatakan suaminya hndk menyerang Alex.Cbe fikir....sbnrnye siapa yang serang siapa dulu?

Cerita ini dikaburi dgn sume berita2 yg dbw olh kafir la'natullah..............
Seorg muslimah syahid mmpertahankan tudungnya,sape yg thu? Seorg artis yang mati,mgapa smpai mermggu2 certanya? Media masa di Malaysia pn sme je........

Skrg ni,ap dh jadi n gaza? ad sape2 peduli? sape yg thu kes penyemblhn beramai2 yg bru trjadi? Mmg xsapepn thu...................

Sape yg xthu micheal jackson mati? sume thu........Ksh artis,sume org thu...smpikan hal rmh tgga artis pn sume org thu.Ap nak jd n umat islam skrg ni?

Bnyk blog shabab bkk,REMAJA...........APA NAK JADI NI? Sume brg nk tnjk,islam ke xislam tu............

wallahu'alam...hanya Allah shj yg thu n hanya Allah shj yg menghkm.sbgi manusia ap yng kita nmpk,itulah persepsi kita.shabab hnya berdoa agr shabab dttpkan hati n terus sensitif dan umat islam kmbali pd landasan syariat,ajaran Al-quran n As-sunnah

TAKBIR!!!

Monday, August 17, 2009

Kematian itu satu hikmah

Assalamualaikum........

"sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai mati".....maksud ayat

Beberapa mggu lalu negara kita kehilangan 2 orang yang amat dikenali dan dihormati kerana jasa iaitu ustaz asri rabbani dan yasmin ahmad.

kehilangan 2 nama yang ckp besar dalam industri seni tnh air ini memberikan impak yang amat terhdp peminat dan pejuang2 seni tanah air.Bak kata org, hilang bintang yang menghiasi langit malam.

Kalau kita muhasabah kembali,Allah bagaikan mahu menunjukkan perbezaan antara org yang mmperjuangkan agamaNya dengan org yang kita sendiri blh nilai bagaimana............

Yasmin Ahmad ataupun Zulkifli, satu nama yang dikenali melalui cerita2 beliau yang sangat hebat dan mendapat pengiktirafan banyak pihak, dalam dan luar negara.Antara cerita popular beliau ialah sepet,mukhsin,gubra dan mualaf.Cerita2 ini menyampaikan mesej 'One Malaysia' yang diilhamkan oleh perdana menteri Malaysia ke-5, Dato' Seri Najib.Karya2 beliau tentang kebudayaan,percintaan antara 2 agama n bangsa serta banyak lagi mesej yang lain.Ramai yang sedih atas pemergian beliau......

Ustaz Asri rabbani,nama yang cukup popular dalam industri nasyid tanah air.Beliau menggunakan nasyid sebagai medium dakwah untuk disampaikan kepada umat Islam di seluruh dunia.Namanya di kenali ramai,suara lunak beliau mengalunkan zikir dan juga irama nasyid mampu menginsafkan sesiapa yang menjadi pendengar irama dan alunan suara beliau.Konsert Antara Dunia bersama GAMIS dan penasyid lain merupakan konsert besar beliau yang terakhir.Kehilangan beliau amat dirasai oleh para daie yang bersama2 mggunakan nasyid sebagai medium dakwah serta pendakwah2 yang lain.......

2 nama, satu industri.....................
Jika kita lihat,apakah yang mereka tinggalkan utk umat Islam?
Tak perlulah shabab utk mengupas kerana pembaca sendiri tahu.Tujuan shabab bkan utk mengaibkan mana2 cme ianya jadi pengajaran buat kita yang masih hidup.Sesungguhnya dunia ini adalah tempat untuk mengumpul bekalan untuk akhirat.Jika kehidupan didunia ini hanya 90 tahun,agknya smpat x kalau kita baru nak mengumpul segala bekalan utk akhirat nnti yang kekal selamnya.lebih dari 90 tahun,sedangkan bnyk ulama' mengatakan sehari di akhirat bsmaan dengan seribu tahun didunia........

Bagi kita yang masih hidup ini,buatlah sesuatu yang baik,supaya apabila kita tiada nnti,msh ad yang menjadi bonus kepada kita.Selagi org mendengr dan ingt apa yang kita buat, dan mereka mengikutinya,insyaAllah ad reward utk kita.Ianya sntiasa bertambah..........

wallahualam......shabab doakan supaya roh keduanya aman dan tenang...Al-fatihah

About Me

"Andai diumpama ISLAM seperti sebuah rumah usang yang hampir roboh , maka aku akan berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda...... Aku tak ingin ramainya bilangan mereka Tp aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu.... (As-Syahid Imam Hasan Al-bana)

Followers