Subscribe:

Labels

Friday, June 22, 2012

Coretan Memoriku Terhadapmu .. sahabat

Assalamualaikum , salam pertemuan di entri kali ini. Agak lama untuk ana membuka bicara tentang ini. Kenapa? Ana tak suka berbicara pasal sahabat. Sebab apa? Sebab ana tak suka nak berbicara tentangnya. Tapi ana akan kongsikan serba sedikit , makna sahabat bagi ana. Mungkin serba sedikit tentang kisah persahabatan ana ...

Alhamdulillah, dapat juga update , walaupun jari-jemari ini tak lincah menari pabila bercerita tentang sahabat . Hehe

Bercerita tentang sahabat , pasti ana akan mengimbau kenangan lalu. Ya , bersahabat .. sangat manis mengenang waktu itu . Ana dulu belajar di sekolah berasrama , jadi apa-apa yang berlaku di asrama , pastilah semuanya bersama sahabat. 

Telah ana ceritakan di entri sebelum ini ... Bagi ana, bila berjumpa dengan seseorang , ana akan jadikan ianya 3 kategori. Pertamanya kawan, keduanya teman dan ketiganya sahabat.

Perjalanan ana semasa di sekolah dulu , amat sukar untuk ana berjumpa dengan seseorang yang bernama sahabat. Dari ana jadi junior , sampailah ana senior kat sekolah tu , ana tak berjumpa dengan sahabat .. sehinggalah 1 Ogos 20_ _ .

Walaupun kami dah berjumpa seawal tingkatan 4 , ana tak pernah mengenalinya secara baik. Cuma ana kenali dia sebagai seorang pelajar yang baru berpindah , dan seorang pengawas sekolah. Mungkin kelas kami berada di blok yang berasingan ,kami jarang bertegur sapa. Kalau asrama, akan ada waktu prep  .. maksudnya preparation class. Waktu prep ni je la kami satu blok , tapi kami tak diletakkan di kelas yang sama memandangkan aliran yang kami ambil berbeza. Ana ambil aliran sains , dia ambil aliran sastera. Jika di asrama pula , dorm kami jauh, juga bukan dibawah satu bumbung. Memang tak ditakdirkan langsung untuk bertegur mesra. 

Hari-hari ana berlalu begitu sahaja sewaktu di tingkatan 4 tanpa ada sahabat disisi. Ana tak suka hidup bermember, zaman sekolah dulu la . Member ni bunyi nye macam ganas , dan selalunya member ni macam tunjuk otai sikit kat sekolah. Hehe .. Tapi alhamdulillah , ana mempunyai ramai teman. Al-maklumlah , hidup berasrama, ramai teman boleh dapat. 

Tingkatan 4 adalah tingkatan yang terakhir boleh nak main-main, sebab naik tingkatan 5 kena fokus SPM. Dan tingkatan 5 jugalah , kami tingkatan 4 akan dipilih untuk menerajui kepimpinan asrama pada tahun hadapannya. Banyak amanah yang akan dipikul sewaktu tingkatan 5. 

Maka tibalah waktu peralihan kuasa (cewahhh) .. hehe. Agak cuak waktu MPA (Majlis Perpisahan Asrama)  , waktu ni lah pengumuman legasi kepimpinan baru. Bertambah cuak apabila ana merupakan 5 orang calon yang dipilih untuk menjadi YDPah Asrama. Yela , harapan warden-warden agak tinggi , sehingga membawa kami kesemua 10 calon untuk bertemu dengan kepimpinan Sekolah Syarifah Rodziah, kat Melaka tu. Huhu.. Ana kurang gemar benda-benda gini , lagi seronok kalau tiada apa-apa jawatan. Bebas .. hehe

Baiklah , kembali ke cerita asal. Maka, sewaktu pengumuman , sangat lega apabila ana tak tersenarai dalam Majlis Tertinggi Asrama. Juga ana tak terpilih menjadi Exco Kebajikan & Keselamatan (mantan-mantan exco semua target yang ni) .. fuhhh selamat . Hehe. Sahabat ana terpilih menjadi salah sorang Exco KK  ni la. Ditakdirkan Allah , ana memegang taklifan Exco Musolla & Tarbiyah (unexpected, mengejutkan semua orang .. nakal la katakan zaman dulu-dulu.. hehehe).

Maka , bermula episod, kami saling berjumpa dalam meeting-meeting MPP Asrama. Ketika akhir tahun , kami diberi keistimewaan untuk memilih dorm sendiri. Tapi , ana redha je dapat mana-mana pun. Bila ana lihat senarai tingkatan 4 yang dapat dorm dengan ana, ana rasa seronok sangat , sebab sahabat ana tu sama dorm dengan ana. Rasa lega , walaupun time tu belum lagi rapat dan menjadi sahabat. ^_^

Awal-awal tahun tingkatan 5 , bermula dengan kesibukan. Mengurus orientasi dan bagainya. Kemana-mana pun kami bersama, yela kadang-kadang balik lewat malam. Waktu ni, tak terfikir lagi bahawa dialah sahabat ana.

Ana zaman dulu agak aktif kat sekolah, dulu je la. Main itu ini. Ingat lagi sewaktu KAM ABI , ana tak ingat nama penuhnya , dah lama sangat. Kalau sekarang dipanggil KAMIL, Kemahiran Amal Islami .. Kami berlainan firqah/rumah sukan. Dia Abu Bakar dan ana Ali (firqah juara bertahan .. hehe,, dalam sukan je =_='). Antara musuh ketat kami ialah Abu Bakar. Haru biru betulla.. huhu. Alkisahnya , dia masuk acara nasyid, ana masuk nasyid dan juga debat. Ana ingat lagi , malam tu dia dan kawan-kawannya berlatih di Surau. Ana menunggu mereka habis, sebab ana kena tutup surau. Oleh kerana terlalu lama, ana berjalan kearah mereka yang sedang melakukan perbincangan, tiba-tiba ada seorang dari kumpulan dia bersuara, "Ni nak curi rahsia la ni ,, " (lebih kurang begitu) . Ana punya la penat tunggu mereka , tiba-tiba datang tuduhan macam tu , memang darah panas la .. Ana terus berlalu pergi (disebabkan ego yang tercalar) dengan meninggalkan amaran (ceh, garang la konon). Kan surau tu amanah ana, hish .. tak tahu ke .. Ana tak sedar , rupanya dia mengejar ana dari belakang. Terus tak pergi 'supper' , lapar mak aih malam tu.. hehe. Malam tu ana stay up , tiba-tiba datang surat layang ke belakang dorm, tempat ana stay up. Ringkas je dari dia,

 "Minta maaf tentang tadi. Kalau belum sudi maafkan, tak apalah .. Sekiranya maafkan, macam semalam ye ^^, SS" .. 

tak sampai hati la pula. Lalu ana menarik tilam , hamparkan disebelahnya .. Biasalah kat asrama, tidur berjemaah .. Tempat ana mesti di sebelah dia. Malam tu kami mula rapat sebagai seorang teman. Dah jadi macam belangkas dah kat sekolah tu. Nak cari ana, cari la dia. Nak cari dia , cari la ana.. Waktu ni , ana belum lagi nak mengakui dia sebagai sahabat ana (ego gile.. huhu). 

Teringat ana , sewaktu kami pergi ke kem bersama-sama. Kem Kepimpinan Sekolah di Ulu Yam Woods Resort. Kem di bawah ustaz Amin , memang akan direndam. bayangkan pukul 3 pagi , kami semua dipanggil keluar khemah. Lepas tu tiba-tiba ust suruh masuk sungai .. Adala dalam sejam lebih kat dalam sungai tu . Air sungai tu pulak melebihi paras pinggang, lebih daripada separuh jasad terendam di pagi yang hening dan dingin tu. Ana bisik kat dia 'Sejuk la ..' , tiba-tiba dia menarik tangan ana keluar dari air , dan cuba memanaskan tangan ana. Terharu seketika ... Terkejut dan terkedu ana pada waktu tu.. Esoknya , ada satu slot , dimana kami perlu duduk berhadapan dengan rakan, dan memandang tepat ke dalam mata rakan lalu mengatakan 'Saya Sayang Awak' . Muhasabah la ni rasanya .. lepas dimuhasabah dalam air oleh ust Amin.. hehe. Entah mengapa , kami berdua langsung tak boleh nak bertemu mata , nak pandang muka pun tak boleh .. Yang pasti tiba-tiba air mata menitis .. Dalam hati ana berkata .. 'Dia kah sahabat yang ana cari? Kenapa sampai macam ni sekali, rasa tak boleh kehilangan dia '.. Muhasabah ni provok pasal kehilangan kawan .. hurmm. We become closer and closer .. tapi hati ini masih lagi menafikan.

Hari berganti hari , bulan berganti bulan. Masuk bulan seterusnya .. Ana aktif dalam bersukan dulu. KAMIL tak berapa sangat. KAMIL dalam bulan 3 , sukan dalam bulan 5 . Sibuk berlatih , paling sibuk kalau ada latihan Bola Tampar dan Ping Pong, kalau Chess tak ada latihan , terus belasah je .. seb baik boleh bertahan sampai quarter. huhu .. Kalau Bola Tampa, latihan dengan ust Amin, kena dera .. Latihan dari pagi sampai balik sekolah, memang dari secerah-cerah kulit , sampai segelap-gelapnya, tapi ust is the best coach to us la  .. huhu. Waktu latihan, ana memang akan banyak skip makan. Tak sempat .. Tapi , dia tak pernah lupa .. Kadang-kadang ada bekal dia ambil , letak atas katil ana. Bersama sedikit nota .. 'Kalau tak makan, tak nak kawan ' ,, lucu la zaman dulu ..hehe. Dia memang akan ingatkan ana bahawa makan tu wajib 4 kali sehari .. haha .. kena la ikut peraturan dia ...

Hari untuk peperiksaan semakin hampir .. ana asyik main je . isk isk .. Walaupun kami ambil aliran yang berbeza , kami akan study sama-sama. Ana akan ajar dia math mod .. Itu je yang ana mampu lakukan untuk sahabat ana .. 

Tarikh keramat 1 Ogos, takkan ana lupakan. Tarikh itu la menjadi saksi , perjanjian persahabatan kami. Ana masih ingat, ana telah print satu gambar kami berdua , yang kami tangkap bersama sewaktu program di luar. Ana minta pada teman sekelas yang tidak tinggal di asrama untuk belikan satu bingkai gambar , dan beri pada dia pada tarikh 1 Ogos ini. Ana tak bagi sendiri , saje je .. hehe . Kebetulan waktu tu , ana memang tak ada di sekolah , ada tournament Ping Pong di SMK Sg Buloh . Rupanya , dia tunggu ana pulang , baru dia bukak. Bertuah betul la .. wat segan je.. huhu. Malam tu dia bukak , dan malam tu juga ana dapt sepucuk surat .. Ayat yang ana tak pernah lupakan ..

'Ana berasa sangat senang berkawan dengan nti. Dengan nti , ana ketepikan semua ego ana. Ana tak tahu kenapa ana boleh menangis didepan nti, sedangkan ana tak pernah nak menangis dihadapan sesiapapun.. Nti sahabat ana , dunia akhirat' ... Berderai air mata waktu tu, ana jela. Ntum tak payahla ,, surat ni untuk ana ... hehehe

Dalam persahabatan , tipulah sekiranya tidak ada badai yang melanda antara kami ...

Sewaktu kami sedang bermesyuarat MPP asrama, tiba-tiba ada seseorang beri surat layang kepada ana. Hehe .. apa da.. zaman dulu-dulu . Main surat-surat. Surat tu untuk ana dan sahabat ana, daripada 5 orang kawan-kawan kami..Balik dari mesyuarat MPP , ana buka dulu surat tu . Tanpa pengetahuan dari sahabat ana. Bagaikan halilintar, pantas menusuk ke kalbu . Rasa macam dunia berhenti berputar, dan rasa seperti gelap gelita ... lalu air mata turun tanpa dipinta. Betulkah apa yang ana baca? Sahabat ana ternampak , lalu dia mengambil warkah itu ...

Benarlah , fitnah itu lebih besar daripada membunuh. 

Warkah itu telah memberikan kesan yang amat mendalam kepada kami. Sehingga pernah terlintas di fikiran , ya .. kami akan pindah keluar dari asrama. Tapi , apa guna lari dari masalah. Agak lama kami tak bertegur sapa .. Akhirnya , kami berdua nekad untuk mengharunginya bersama. Nyahkan semua itu , berapa bulan lagi kami akan berada di sekolah tercinta ini? Lebih baik kami terus mencipta sesuatu yang indah untuk dikenang, berbanding mencipta sesuatu perkara yang akan kami sesali seumur hidup kami.

Akhirnya kesemua itu dapat kami atasi , walaupun terpaksa hidup dalam kegelapan sementara menunggu tamatnya SPM.

Ana masih lagi contact dengan sahabat ana , sebab dia adalah sahabat ana . Dialah guru, doktor, emak , kakak dan sahabat ana dunia akhirat. Keluarga ana adalah keluarga dia dan keluarga dia adalah keluarga ana. Ana mengenali kesemua ahli keluarganya, besan-besan sekali .. Sebab apa? Sebab , dialah sahabat. Sahabat bagi ana , bukan untuk ditinggal pergi. Ana akan cuba sedaya upaya untuk memelihara ikatan persahabatan ini. Sebab itu lah ana cuba mengenali kesemua ahli keluarganya ...

Sahabat adalah anugerah Allah yang tak terhingga. Jagalah sahabat anda, sementara dia masih ada. Janganlah bergaduh atas perkara yang remeh temeh. Cipta kenangan indah selagi masih bersama. Esok lusa kita tidak tahu masih adakah senyumannya untuk kita ataupun senyuman itu hanya terpahat diingatan setelah jasadnya dikebumikan...

Kepada yang mengenali diri ini , minta maaf kerana ana jangka post ini akan memakan hati beberapa pihak. Tulus ikhlas ana memohon kemaafan kepada ntum semua. Apapun, anda semua pernah hadir sebagai memori terindah saya .. Mohon Maaf sekali lagi ...

3 comments:

'Aisy El Haura said...

Teringat dekat si kecik ^^, macam sahabat ummi , always care about me . Betullah , kasih sayang perlukan kesederhanaan...kelak badai melanda , hanya luka sementara , tiada parut selamanya ^_^

'Aisy El Haura said...

Teringat dekat si 'kechik' tu ... Kisah kita macam samalah ummi , saat indah bersahabat..Benarlah , kasih sayang itu perlu kesederhanaan..Kelak badai melanda , hati akan terluka tapi tidak meninggalkan parut yg kekal selamanya ... Be tough ummi ^_^

mawaddah marjan said...

Ahhaha..masing masing punye kisah drama yg trsendiri..hadirnye dlm hidup kte,,kte menangis..perginye dye dpn mate kte..turut jugak kte menangis..pastu ??? Smbg laaa..hehehe. ^^ ,,.apeelaa..

About Me

"Andai diumpama ISLAM seperti sebuah rumah usang yang hampir roboh , maka aku akan berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda...... Aku tak ingin ramainya bilangan mereka Tp aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu.... (As-Syahid Imam Hasan Al-bana)

Followers