Subscribe:

Labels

Sunday, May 23, 2010

Politik atau Isu semasa???

Assalamualaikum, alhamdulillah hari ini masih diberi ruang untuk bernafas di bumiNya. Meneruskan sisa-sisa hidup yang tak pasti apakah kesudahnnya. Mungkin bahagia yag menanti, mungkin juga sebaliknya..nauzubillah. Sesungguhnya hanya Dia yang tahu keputusannya. Sudah lama ana membiarkan blog ini berhabuk dan bersawang. Alhamulillah, hari ini ada sedikit masa untuk update isi blog ini, setelah hari-hariku dipenuhi taklifan-taklifan yang diberi. Esok hariku akan bertambah kurang masa senggangnya, ya Rabb, bantulah aku.

Banyak perkara yang rasanya ingin dikongsi dalam post kali ini,ada q yang panjang dalam kepala ana ketika ini. Tapi rasanya tak tertulis kesemuanya disini. Oleh kerana kecelaruan yang sedang melanda ketika ini. Terlalu banyak perkara sedang bemain di fikiran.

Minggu lepas ana ada pergi interview di sebuah pejabat. Peng'interview' bertanya kepada ana, 'Baiklah, ceritakan sedikit isu semasa yang sedang hangat sekarang ni". Huhu, terkedu juga ana. Bukan ana tak tahu, sebenarnye waktu tu hangat tentang kemenangan PR di Sibu. Teragak-agak ana nak jawab. Hurm, pe yang sebenarnye ye? Ana jadu kurang jelas dengan istilah politik dan isu semasa. Kalai ikutkan pemikiran minda ana, politik adalah isu semasa. Mengapa kalau kita bercakap tentang politik, orang akan buat tak dengar? Pelik ana dengan situasi ini. Meninggalkan post ini dengan persoalan.


Politik dan isu semasa, adakah ianya sama atau dua benda yang berbeza? Wallahua'lam

Thursday, May 6, 2010

Kerajaan timbang beri lesen judi Piala Dunia

Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram)."
-------------------------------------------------------------------------------------------------
'----' berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

sumber : Malaysiakini

Assalamualaikum w.b.t. Hamdalillah, wa astaghfirullah. Sambil menghitung hari menantikan saat bersejarah, ana mengambil peluang untuk menulis sesuatu di laman ini.

Satu berita yang menarik untuk ana kongsikan bersama pembaca semua, tentang Kerajaan Timbang Beri Lesen Judi Piala Dunia 2010. Diatas adalah petikan-petikan perenggan yang ana rasa cukup untuk menyimpulkan berita ini.

Persoalan yang ana hendak garapkan disini :

1) Apakah maksud pertaruhan dan perjudian haram? Bukan kah sememangnya ianya haram di sisi undang-undang Islam? Seandainya haram itu tanpa lesen, maka adakah dengan adanya lesen ia menjadi halal di negara ini?

2) Adakah mengeluarkan lesen judi ini benar-benar memberi kebaikan kepada kepada rakyat? Bala Allah tidak khusus kepada seseorang, tetapi akan datang kepada satu kaum (negara).

3) Bagaimanakah dengan hasil yang haram dapat memastikan pembangunan dalam negara ini?

4) ADAKAH NEGARA INI BETUL-BETUL MENJADIKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH SEBAGAI PANDUAN?

Wallahu'alam. Ana harap pembaca dapat tinggalkan komen/pendapat supaya kita berbincang tentang perkara ini. Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan tetapi

"MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA"

About Me

"Andai diumpama ISLAM seperti sebuah rumah usang yang hampir roboh , maka aku akan berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda...... Aku tak ingin ramainya bilangan mereka Tp aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu.... (As-Syahid Imam Hasan Al-bana)

Followers