Subscribe:

Labels

Thursday, March 8, 2012

Semalaman Bersama SAMeRian


Alhamdulillah, selawat serta salam buat junjungan besar Rasulullah S.A.W serta keluarga dan para sahabat baginda.

Seharian sebenarnya di SAMeR ni. Tapi tak sempat nak jumpa semua. Ingat nak ajar adik-adik ni addmath, tapi tak sempat. Mintak maaf nooi and ummu. Tunggu jugak sampai malam, tapi tengok rileks je, so akak wat conclusion, kome tak ada masalah kat addmath ni ^^,

Disebabkan menunggu sehingga malam, maka adik-adik minta untuk bagi tazkirah. Ringkas je, 15 minit. Asalnya gurau-gurau sahaja ngan sahabat (Aisyah -> syafakillah ukhti) , sekali Exco Musolla minta semua kumpul dibelakang surau, naya. Tak buat preparation. After short brainstorm dengan Aisyah, alhmdulillah ada point sikit nak cakap


Sedikit perkongsian ana bersama adik-adik ketika itu (maaf nak guna ayat tak formal)

Dan (ingatlah) tatkala Tuhan engkau berkata kepada Malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi seorang khalifah. Berkata mereka : Apakah Engkau hendak menjadikan padanya orang yang merusak di dalam nya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau ? Dia berkata : Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu
ketahui. (Al-Baqarah : 30)

Allah inform kat Malaikat, aku nak cipta khalifah kat muka bumi. Sapa khalifah ni? Manusia la, kita semua. Malaikat kata, nak wat gapo. Deme seme ni kaki perosak jah kat dunia ni. Allah kata kat Malaikat, Aku lebih tahu daripada kamu.

Kita semua ni Allah panggil khalifah. Bahasa mudahnya, pemimpin la. Pemimpin negara ka, pemimpin negeri ka, ahli parlimen ka. Tak dapat hat yang ni, kalau kat sekolah, jadi la ketua pengawas ka, ketua asrama ka, ketua badar ka semua yang ketua la. Kalau perempuan selalunya timb ketua la. Tak dapat jugak hat ni? Hangpa jadi la ketua kat diri sendiri. Pandu diri sendiri, namapun ketua jadi sepatutnya kita ni dapat mengawal la diri sendiri.

(selingan) Time tengah dok cakap pasal khalifah ni, ada binatang terbang, besar. Semua dok pakat nak jerit. Muslimat tu muslimat juga la, jerit tu dah adat kalau takut or terkejut. Macam ni ka khalifah? (soal ana sambil tersenyum, melawak ja). Khalifah mana takut kat kumbang? Adoyai, berat nanang bak kata ustaz azhar, berat dooh kata nooi.

So, sebagai khalifah, kita kena la kawal diri. Nak wat perkara yang Allah larang, beringat sikit. Kita ni khalifah, malu kat diri sendiri kalau tak dapat kawal. Nak wat mende Allah larang tu, gi depan cermin. Tengok diri sendiri time nak wat salah tu, ha, konpem malu kan? Kalau malu tu, maknanya konpem la kita tengah wat salah ^^,

“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepadaKu”

(Az-Zariyat : 56)


Khalifah tu khalifah jugak, tapi jangan kita lupa. Nak perintah orang wat hat tu, wat hat ni memang seronok. Allah bagi kita jadi khalifah, tapi dalam masa yang sama tugas kita ni, hidup kita ni, semuanya untuk beribadah kepada Allah.


Ibadah ni, ada ibadah khusus, ada ibadah umum. Senang sikit nak cita kalau buat 'classification' (kuaq dah omputeh ^^,). Ibadah khusus ni macam yang semua sedia maklum la, (ibadah umum semua maklum jugak.. kan kan? ). Solat, puasa, zakat .. Hat ni wajib buat, buat dapat pahala, tak buat dosa teruih (terus). Ibadah umum ni, buat dapat pahala, tak buat tak dapat apa-apa. Senang kan Islam tu, nak pahala buat je apa Allah suka, insyaAllah pahala ganjarannya.

Jadikan 'study' sebagai ibadah (SAMeR time ni fatrah exam). Fatrah tu apa kak? (tanya adik-adik). Fatrah tu macam musim la. ^^,




Time-time nak exam ni niat selalu lari. "Aku study gile-gile ni sebab nak dapat A", "Bek aku study , kang fail pulak","Aku kena blaja sungguh-sungguh ni, kalau tak, tak dapat g overseas","Kena dapat A gak, straight A nanti ayah nak bagi IPAD" ==> contoh je ni, ni bukan adik-adik SAMeR, ni adik-adik SAMuuR (melawak ja). Basically yang ni la selalu terjadi tanpa sedar. Sebab tu la , kita manusia (yang memang sifatnya pelupa) nak-nak Melayu (Tun kata Melayu mudah lupa) kena selalu tajdid niat. Kepende plak akak ni, tadi fatrah , ni tajdid. Tajdid ni, melayunya memperbaharui. Selalulah kita memperbaharui niat kita, supaya hidup kita ni sentiasa dipandu niat yang betul untuk menggapai redha Illahi.

Buat terakhir sekali, napa kita semua kena tajdid niat. Ni hadith Rasulullah, adik-adik yang ambil SMA "confirm" dah hafal hadith ni. Hadith pertama dari Hadith 40 Imam Nawawi

Umar bin Alkhatthab r.a. berkata, “Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya sesuatu amal itu bergantung kepada niat. Penilaian Allah bagi setiap orang, ialah apa yang dia niatkan. Maka sesiapa berhijrah (dari daerah kafir ke daerah Islam) semata-mata kerana ta’at kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, maka hijrah itu diterima oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Sebaliknya sesiapa berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya bergantung kepada apa yang dia niatkan ketika berhijrah ke sesuatu tempat itu.”

(Bukhari, Muslim).


Dah habis slot ni, adik-adik banyak tanya soalan. Nak taip kat sini kang entry ni jadi cerpen pulak.

Berat nanang ^^,

Sekian, wallahu'alam. Nak wish good luck kat sini pun, UP1 dah setel. Apa-apapun good luck untuk next exam, yang paling penting exam kubur ngan mahsyar nanti. Yang mana baik, ambil yang mana buruk put aside ok.

If anything wrong, let me know. Ana just insan biasa yang selalu melakukan khilaf.

Rindu dengan "Vanilla Ukhwah" Tamrin Nuqaba' and "Zinirah" Nadwah Kepimpinan Islam.

May tomorrow better than today, and today better than yesterday. Ilalliqa'

0 comments:

About Me

"Andai diumpama ISLAM seperti sebuah rumah usang yang hampir roboh , maka aku akan berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda...... Aku tak ingin ramainya bilangan mereka Tp aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu.... (As-Syahid Imam Hasan Al-bana)

Followers