Subscribe:

Labels

Monday, January 16, 2012

Catatan Tamrin Nuqaba SAMER

Alhamdulillah, puji-pujian kepada Allah, tuhan pencipta sekalian alam. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan para sahabat baginda.

Setelah sekian lama dibiarkan berhabuk dan bersawang, akhirnya ada sesuatu untuk dicoretkan. Alhamdulillah, tanggal 13-14 Januari ternyata menukilkan kenangan terindah bersama adik-adik SAMER. Walaupun tidak pernah bersama-sama sepanjang perjalananku di SAMER, namun ukhuwah yang baru tercipta ini seperti kami sudah lama bertemu dan berkenalan.

Banyak peristiwa yang menarik berlaku sepanjang tamrin ini, yang pastinya takkan dilupakan.

Jumaat 13 Januari 2012

Walaupun berlaku sedikit masalah teknikal pada awal program, ianya tak melemahkan semangat kami untuk membantu adik-adik. Ice breaking yang pertama kali dibuat modulnya ini ternyata satu aktiviti baru yang sangat tidak dapat dilupakan. Setiap peserta diberikan 1/3 batang tebu untuk di makan bersama-sama ahli kumpulan masing-masing. Sementara itu, kami (fasilitator) sibuk mengumpulkan kasut adik-adik peserta. Setelah itu, dengan memegang tisu yang diberikan, adik-adik perlu bergerak untuk mencari kasut masing-masing di pusat pengumpulan kasut di belakang dewan. Keletah adik-adik peserta sangat mencuit hati.


Sabtu 14 Januari 2012

Riadah pagi di kendalikan oleh Amir Syauqi, sangat unik. Kelihatan adik-adik sangat enjoy dengan aktiviti ini. Ada 2 , 3 perkara yang menarik pada hari ini. Apabila diri ini perlu mengendalikan usrah yang agak happening, layan je la. :) . Letih melayan adik-adik tingkatan 5 ni, tapi seronok dengan karenah mereka. LDK sambil main basikal, memang tak pernah kot dibuat orang.

Aktiviti mencabar ialah explorace pada petang hari. Idea-idea bernas dari akhi Fauzan untuk aktiviti ini telah banyak memberi pengalaman pada adik-adik. Checkpoint pertama ialah menangkap ayam hidup. Ayam tersebut perlu dibawa ke setiap checkpoint. Terbaik la adik-adik SAMER terutamanya yang muslimat, sekejap je dapat tangkap ayam tu. Checkpoint satu lagi yang pastinya mencabar ialah checkpoint membeli garam dan kunyit. Dimana disini adik-adik perlu membeli kedua benda ini dengan harga RM0.65. Yang diterima ialah RM 0.10 sebanyak 6 keping dan sekeping RM0.05. Menariknya, adik-adik perlu mencari wang tersebut didalam sebuah bekas dimana bekas itu dipenuhi oleh cacing dan katak. Walaupun ada yang menangis (minta maaf kepada adikku ummu) tapi alhamdulillah, mereka berjaya melepasinya.Yang paling menarik sekali, di checkpoint terakhir, adik-adik peserta perlu menyembelih ayam yang telah ditangkap dan memprosesnya.Setelah itu perlu memerap ayam tersebut hanya dengan garam dan kunyit. Ini pastinya memberi pengalaman yang cukup berharga pada adik-adik, sepanjang ana sendiri di sekolah, tak pernah lagi merasa memproses ayam hidup. :).

Siri-siri ceramah pada hari ini banyak mengajar adik-adik dan fasilitator sendiri. Ceramah yang banyak memberi input tentang pengendalian usrah, supaya usrah tidak lesu dan juga bagaimana untuk mengikat hati ahli-ahli usrah. Terima kasih kepada Bro Yusri (creativesifu) dan juga Bro Faiz (e-usrah). Ternyata banyak ilmu yang berguna dan bermanfaat telah dikongsikan bersama.

Aktiviti yang paling adik-adik tunggu ialah muhasabah, walaupun tak ada dalam tentatif, masing-masing menjangkakan apa yang akan berlaku. Ternyata sangkaan mereka meleset.Kakak garang tak beraksi malam tu... hehe. Tahniah kepada akhi Fauzan yang berjaya menyentuh hati adik-adik peserta. Semoga malam itu menjadi titik tolak yang pertama, menyuntik semangat adik-adik menjadi nuqaba' yang cemerlang.

Selepas muhasabah diadakan sesi bbq. Seronok tengak adik-adik bekerjasama. Semoga malam itu menjadi saksi pengorbanan dan ukhuwah kita semua :).

Ahad 15 Januari 2012

Masing-masing agak keletihan pada hari ini. Riadah pagi ini dibuat berasingan. Ana kendalikan muslimat. Pagi ni adik-adik bermain permainan yang ana panggil sailorman.Barang yang digunakan ialah belon berisi air dan juga sebaldi air. Walaupun masing-masing keletihan, tapi agak hyper. Hari ni, yang paling tak dapat dilupakan ialah apabila ana dikhianati adik-adik usrah sendiri. Nampaknya prank mereka menjadi.Sabar je la. :). Pagi ni adalah kenangan terindah bersama adik-adik. Tak pernah lagi ana tengok fasi kena prank macam ni sekali. Bila adik-adik peserta menyerang ana dengan belon berisi air dan sebaldi air.Ni anak usrah ana punya kerja la ni, buat pakatan rahsia mengenakan ana.Lepas tu nyanyi lagu Allah selamatkan kamu. isk isk, terpaksa ke meeting dalam keadaan yang agak lencun dan terlewat mengendalikan slot seterusnya. Nasib baik ketua fasilitator tak marah. :). Adik-adik vanilla ukhuwah yang sangat-sangatla bertuah.. huhu

Pengendalian slot resolusi oleh ana sendiri. Nampaknya adik-adik usrah ana belum habis lagi mengenakan ana. Masuk dewan je, sekali lagi lagu Allah selamatkan kamu bergema. Isk Isk.. Sehinggakan pada penghabisan program ramai yang mengucapkan sanah helwah. Awal 4 bulan la dik.. :)

Alhamdulillah, segalanya berjaya diselesaikan. Walaupun mandat menguruskan program ini diterima seminggu dan persiapan yang diberikan cuma 2 hari dengan final exam yang baru sahaj selesai, namun sahabat-sahabat fasi tetap bersemangat bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Jazakallah kepada sahabat-sahabat sekalian terutamanya akhi Fauzan dan juga Kamilin yang banyak memberikan idea dalam pengendalian program kali ini. Juga tidak lupa kepada adik-adik yang sanggup datang membantu, Anuar,Amir,Amira syuhada dan juga Khadijah. Tidak lupa juga kepada Kak Shuhada yang sanggup meluangkan masa walupun banyak kerja-kerja yang beliau perlu uruskan. Jazakallahu Khairal Jazak

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tak langsung. Kepada ustaz ustazah SAMER, terima kasih kerana masih memberikan kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan program ini. Dan terakhir sekalinya, terima kasih kepada adik-adik NUQABA' SAMER 2012 yang sangat komited dengan program ini. InsyaAllah , semoga ukhuwah yang terbina ini akan kekal selamanya..

~RINDU SAMER~

2 comments:

'Aisy El Haura said...

"Budi pekerti yang baik ialah jika Engkau menyambungkan silaturrahim kepada org yg memutuskan persahabatan denganmu... (maksud hadith)

jundulislami said...

Syukran Haouri Haura.. Now I know you ^^,

About Me

"Andai diumpama ISLAM seperti sebuah rumah usang yang hampir roboh , maka aku akan berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda...... Aku tak ingin ramainya bilangan mereka Tp aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu.... (As-Syahid Imam Hasan Al-bana)

Followers