Subscribe:

Labels

Sunday, January 29, 2012

Diari KEPSUL '12

Assalamualaikum, alhamdulillah setelah seminggu baru dapat nak bercerita tentang Kem Kepimpinan Unggul Selangor, KEPSUL '12 . :)

Tarikh : 20-22 Januari 2012
Tempatt : Sg Congkak, Selangor
Anjuran : Ikatan Siswazah Selangor (IKATAN)
Penyertaan : SAMER,SAMTTAJ,SEPINTAR,SAMUS,MAAHAD (104 pimpinan sekolah)

Jumaat

Perjalanan yang agak panjang pada hari ini. Seawal jam 1.00 petang sudah berada di sekolah tercinta, SAMER untuk bersama adik-adik dan manage perjalanan mereka. Dapat 2 surat cinta from my sisters (shine & umirah) :). Tepat jam 4.00 bas bertolak, (3 jam menunggu =.='). Pabila bas dah hilang dari pandangan, baru la ana bertolak. Tapi kena patah balik, sebab seorang adik lagi tertinggal, hehe. SO, bermula la perjalanan yang sangat panjang itu. Perjalanan yang sepatutnya sejam setengah bertukar menjadi 3 jam setengah. :) Hanya tiba di tempat program jam 8.00 malam bersama ummu & izzah. Tak sempat nak masuk kuliah ust zamri, masuk pun dah saat akhir, jadi tak dapat nak beri komen.

Sedang duduk dibelakang dewan, ana didatangi oleh adik-adik SAMER. "Kak syue, garang la abg tu. Takut kitorang". Ana hanya mampu tersenyum. Malam first ana tak dapat recall sangat, agak kepenatan bila habis program di office terus ke SAMER dan Sg congkak. Ice breaking pun tak sempat nak tengok macam mane :)

Sabtu

Dimulai dengan qiamullail. Dengar khabar adik-adik muslimat didenda sebab adik-adik muslimin lambat :) Pagi ni yang ana join bermula pada kuliah Ust Syaari Rahman, berkenaan Kualiti Kepimpinan Al-Fateh. Semua ajk dan fasi nampaknya tidak melepaskan peluang untuk bertemu ustaz Syaari untuk mendengar kisah Al-Fateh. Adik-adik juga nampaknya begitu bersemangat untuk menjadi pemimpin sehebat Al-Fateh. Tak ada apa yang perlu dikomen tentang kuliah ni, sangat mantop dan penuh dengan pengisian. InsyaAllah di program lain boleh menjemput ustaz sekali lagi berbicara mengenai strategi Al-Fateh dalam mentadbir Khilafah Turki Uthmaniyyah.

LDK 2, adik-adik diminta untuk merangka strategi untuk menawan kembali Malaysia yang sudah ditawan oleh musuh. Disini boleh melihat kematangan adik-adik dalam mengeluarkan buah fikiran.

Kuliah ke-3 disampaikan oleh Saudara Syahid, pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional. Banyak input-input baru yang ana sendiri dapat melalui kuliah ini. Oleh kerana kuliah ini dibuat pada waktu petang, dan adik-adik juga keletihan, yang tertidur tu biasalah :)

Riadah petang menyaksikan peperangan diantara adik-adik dan urusetia (ye ke? hehe). Sepatutnya adik-adik ni menyerang urusetia dan memadamkan api kami. Nampaknya mereka berlawan sesama sendiri. Rasanya mereka dah belajar sesuatu daripada sini. :) Lepas acara peperangan, adik-adik diberi 2 biji telur satu kumpulan. Muslimin dan muslimat bercampur dalam satu pasukan. Selain telur, mereka diberikan mancis untuk menghidupkan api. Task adik-adik ni, buatlah macam mana pun, janji telur tu masak then makan. Kalau tak masak, nasibla. Kreatif betul pemikiran adik-adik ni, ada kumpulan yang letakkan telur didalam plastik berisi air. Mungkin untuk direbus. Ada yang tanam dalam tanah liat. Tapi ana tak sempat nak tengok kumpulan mana yang mana berjaya dan yang mana kena makan telur mentah :) Pada petang ini, kami berjaya mengambil panji adik-adik tanpa sebarang rampasan.

Malamnya, LDK tentang sekolah harapan. Yang ni pun ana tak sempat nak tengok. Then masuk group by sekolah untuk perbincangan SWOT dan program. Disini adik-adik perlu merencana sebuah program, untuk direalisasikan di sekolah masing-masing. Untuk SAMER, adik-adik nak buat program cakna diri. Sekolah lain tak pasti, sebab ana duduk dalam kumpulan SAMER. InsyaAllah kami akan membantu adik-adik dari belakang :)

Selepas selesai LDK SWOT, adik-adik diminta untuk berkumpul. Ana pun kurang pasti apa yang berlaku, tapi selepas itu adik-adik berkumpul didataran luas. Ada yang bawak bantal.. hurm, pelik. Then, adik-adik dibahagi kepada 3 kumpulan utama. Kumpulan 1 kena buat penginapan, kumpulan 2 kena buat dewan kuliah, dan kumpulan ketiga kena buat toilet. Dalam masa setengah jam, adik-adik perlu menyiapkan task ini. Untuk aktiviti malam ni , anan boleh simpulkan, "APA YANG KAMU USAHAKAN, ITULAH YANG KAMU DAPAT". Penginapan tak siap, jadinya adik-adik sekalian terpaksa tidur berlantaikan tanah, berbumbungkan langit.Ditemani bunyi cengkerik dan juga hujan renyai. Kami ajk pun join sekali berbasahan dan bertanahan (grammar tak betul :) ).

Seawal jam 3 pagi adik-adik dikejutkan. Pagi-pagi lagi kem komandan dah suruh warm up. Jogging keliling tanah lapang.Pastu sambil dukung kawan kat belakang pulak tuh. Hehe... Then adik-adik diminta untuk menyalakan unggun api. Setelah lebih kurang 5-10 minit, api tak berjaya dinyalakan. Akhirnya, kami ajk yang menyalakan api tersebut. Thanks to ili dan najiha (muslimat power). Muhasabah.....

Ahad

Adik-adik diberi rehat sehingga jam 9.00 pagi. Diteruskan dengan sesi perbentangan SWOT. Majlis penutup jam 12.30 dan tepat jam 3.30 kawasan kem clear :)

Walaupun kem habis awal, tapi ana hanya sampai rumah jam 11 malam. hehe. Time kasih ummu bagi tumpang parking jap depan uma utk lelapkan mata :)

Alhamdulillah, perjalanan 3 hari 2 malam yang sangat mencabar bagi adik-adik. Dan juga tidak dilupakan juga kepada ajk-ajk, perjalanan yang mencabar , merencana program dari bulan 10 meeting pertama di UM sehingga benar-benar berakhirnya semalam 28 Januari 2012 jam 8.00 malam dengan meeting terakhir di Shah Alam. Tahniah kepada semua, peserta mahupun ajk dan fasi. Ana pasti, semua peringkat belajar sesuatu dari kem kali ini :)

Untuk adik-adik peserta, akak mewakili keseluruhan ajk dan fasilitator muslimin dan muslimat ingin memohon maaf sekiranya terlalu banyak bagi pressure buat adik-adik dalam kem pada kali ini. Setiap apa yang kami lakukan, bukanlah tujuannya untuk berseronok. Makan dalam masa 5 saat,tidur atas tanah, segala denda yang kami berikan. Kami cuma hendak memberi sesuatu kepada adik-adik. Pemimpin itu perlu bersatu dibawah satu kesatuan. Menjadi seorang pemimpin bukan lah senang. Pemimpin perlu pandai mengawal tekanan dan juga pantas dalam mengeluarkan idea. Salah langkah pemimpin, bawa padah kepada keseluruhan rakyat dibawahnya. Ada adik SAMER jumpa akak, "KAK, SAYA TAK PERNAH PERGI KEM MACAM NI. SELALUNYA, KEM YANG SAYA PERGI, KAMI KENA BERLAWAN SETIAP KUMPULAN. TENGOK KUMPULAN MANA LEBIH HEBAT". Ni bukan yang kami nak terapkan pada adik-adik. Apa yang penting ialah KERJASAMA.

As-Saff 4 : Sesungguhnya Allah amat menyukai mereka yang berjuang dijalannya dalam keadaan saff yang tersusun rapi seperti sebuah bangunan yang kukuh.

Bergeraklah secara organisasi yang terancang,seorang ketua memainkan peranan yang sangat penting. Ahli-ahli dibawahnya juga memainkan peranan yang sangat penting untuk menggerakkan organisasi. Kita bukan GROUP tetapi TEAM. InsyaAllah kami mendoakan yang terbaik buat adik-adik. Semoga adik-adik menjadi pemimpin yang hebat, bukan untuk sekolah sahaja tetapi pemimpin yang hebat untuk ISLAM. InsyaAllah...

Akhirulkalam... sehingga bertemu lagi dengan adik-adik KEPSUL '12.

Yang merindui suasana itu
SITI NORSYUHADA ZAINUDIN
TIMB PENGARAH KEPSUL '12

0 comments:

About Me

"Andai diumpama ISLAM seperti sebuah rumah usang yang hampir roboh , maka aku akan berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda...... Aku tak ingin ramainya bilangan mereka Tp aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu.... (As-Syahid Imam Hasan Al-bana)

Followers