Subscribe:

Labels

Thursday, December 23, 2010

Kita Serupa

Assalamualaikum, sekian lama, akhirnya dapat memikirkan sesuatu untuk dikongsikan bersama.

Didalam Al-quran, mafhum ayat, semua manusia ni sama, yang membezakan antara manusia ini ialah tahap ketaqwaan.

Jika kita lihat, keadaan semasa sekarang ni, manusia hidup berpuak-puak, hatta orang Islam. Kawan dengan set-setnye sahaja. Apa yang ana maksudkan berpuak-puak disini? Ye, kita tidak sama dengan penganut agama lain. Dalam bangsa lain, memang ada puak-puak tertentu. Puak pemimpin, puak hamba dan sebagainya.

Dalam Islam, tidak diajar berpuak-puak begini. Kita semua adalah serupa. Sebab itulah, jika kita menunaikan haji, semua akan berpakaian sama, akan melontar tempat yang sama, wukuf tempat yang sama dan sebagainya. Ini kerana, antara hikmahnya ialah, semua manusia adalah sama. Tak kisah dia adalah menteri ataupun dia adalah petani, tidak ada bezanya. Hakikatnya, bila dia adalah seorang pemimpin, dialah yang akan bertanggungjawab ke atas orang yang dipimpinnya.

Bukan ini yang ana mahu cerita panjang lebar disini. Ana mahu bercerita dalam konteks diri sebagai seorang pelajar.

Mungkin dalam tidak sedar, kita telah mencipta kasta ini. Contohnya, yang selalu terjadi pada diri ramai pelajar ialah, "Nta budak dean list, sapela ana ni", ataupun "Nta belaja IPTA ana IPTS je", "Yela nta budak pandai, budak baik, tak macam ana". Benda-benda sebegini yang kadang-kadang mencipta jurang yang sangat besar dalam sekelompok pelajar.

Bila sudah begini, akan wujud kelompok
1) Budak-budak pandai sahaja
2) Pemimpin-pemimpin pelajar sahaja
3) Budak-budak berkopiah/tudung labuh sahaja

Benda-benda begini tidak sepatutnya berlaku, bagi ana la. Nak berkawan, kawan dengan semua. Tapi tak semua orang boleh mesra dengan cepat. Point ana kat sini, janganlah kita terlalu nak membanggakan orang lain dan terlampau merendah diri sendiri. Ana tak minta sahabat sekalian untuk meninggi diri tapi cukuplah ianya dapat memotivasi diri kearah yang lebih baik. Sampai bila kita nak membanggakan orang lain? Jangan terlampau membandingkan diri kita dengan orang lain sekiranya ia akan menjatuhkan motivasi kita untuk terus bersaing dengan sihat.

Diri anda, anda mampu untuk mengubahnya!!!

Ingat, yang membezakan kita semua hanyalah taqwa.

3 comments:

kak long said...

salam ya ukhti..
ye benar..
semua insan itu sama..Pembezanya adalah taqwa..:)

fariSHaHuSna said...

mudah2an kamu dpt folow blog saye..
harap sngt blog saye terisi dngn mdh2 yg berguna..

fariSHaHuSna said...

mdh2an kamu folow blog saye hrp sngt blog saye terisi dgn mdh2 yg bermanfaat..

About Me

"Andai diumpama ISLAM seperti sebuah rumah usang yang hampir roboh , maka aku akan berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda...... Aku tak ingin ramainya bilangan mereka Tp aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu.... (As-Syahid Imam Hasan Al-bana)

Followers