Subscribe:

Labels

Thursday, May 6, 2010

Kerajaan timbang beri lesen judi Piala Dunia

Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram)."
-------------------------------------------------------------------------------------------------
'----' berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

sumber : Malaysiakini

Assalamualaikum w.b.t. Hamdalillah, wa astaghfirullah. Sambil menghitung hari menantikan saat bersejarah, ana mengambil peluang untuk menulis sesuatu di laman ini.

Satu berita yang menarik untuk ana kongsikan bersama pembaca semua, tentang Kerajaan Timbang Beri Lesen Judi Piala Dunia 2010. Diatas adalah petikan-petikan perenggan yang ana rasa cukup untuk menyimpulkan berita ini.

Persoalan yang ana hendak garapkan disini :

1) Apakah maksud pertaruhan dan perjudian haram? Bukan kah sememangnya ianya haram di sisi undang-undang Islam? Seandainya haram itu tanpa lesen, maka adakah dengan adanya lesen ia menjadi halal di negara ini?

2) Adakah mengeluarkan lesen judi ini benar-benar memberi kebaikan kepada kepada rakyat? Bala Allah tidak khusus kepada seseorang, tetapi akan datang kepada satu kaum (negara).

3) Bagaimanakah dengan hasil yang haram dapat memastikan pembangunan dalam negara ini?

4) ADAKAH NEGARA INI BETUL-BETUL MENJADIKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH SEBAGAI PANDUAN?

Wallahu'alam. Ana harap pembaca dapat tinggalkan komen/pendapat supaya kita berbincang tentang perkara ini. Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan tetapi

"MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA"

3 comments:

Thahar said...

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya (Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein).

Tak perlu sorok-sorok nama dah. Beritahu saja, Datuk Awang Adek Hussein orang yang bertanggungjawab tersebut.

Tersentak aku baca tajuk kau. Lepas baca blog ini, aku terus pergi MalaysiaKini.

Adeh.. Alasan bodoh yang pernah aku dengar. Nak menghalalkan yang haram. Apa dah jadi kat kerajaan? Dah terdesak sangatkah mencari duit?

Jika sekarang perjudian yang HARAM sudah diberi lesen, jangan terkejut suatu hati nanti aktiviti pelacuran yang HARAM juga akan diberi lesen. Na'uzubillah..

Sebab apa? Point dia mungkin sama.

"Jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa" - point perjudian.

"Jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti pelacuran dan sindiket anak ayam tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa" - point pelacuran

Lagi banyak duit boleh dapat. Lagi banyak pembangunan boleh buat.

Ya Allah, selamatkanlah negara Malaysia.


p/s: Nak tengok pandangan ulama'. Tunggu statement berani dari ulama' Islam yang berani, bukan ulama' pengecut.

shabab said...

Salam. Mana perginya mufti-mufti yang ada kat Malaysia ni? Kenapa mufti-mufti tak keluarkan fatwa? Kerajaan lebih sanggup menghalalkan yang haram untuk mengelakkan yang haram itu berleluasa. Kenapa tidak digunakan hudud? Allah, selamatkan negaraku dari pemimpin yang jahil...

Thahar said...

Dah diluluskan........

http://www.malaysiakini.com/news/131567

About Me

"Andai diumpama ISLAM seperti sebuah rumah usang yang hampir roboh , maka aku akan berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda...... Aku tak ingin ramainya bilangan mereka Tp aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu.... (As-Syahid Imam Hasan Al-bana)

Followers