Subscribe:

Labels

Monday, April 12, 2010

Mukabuku

Assalamualaikum w.b.t. Syukur pada Allah, saat ini kita masih dikurniakan jasad yang lengkap serta masih bernyawa untuk melihat kebesaran-kebesaran Ilahi. Saban hari, di media massa kerap kali ada berita tentang kematian disana-sini. Syukurlah, dan berdoalah supaya kehidupan yang kita lalui ini diberkati dan bermanfaat buat diri kita serta masyarakat sendiri.

Mukabuku, nama lainnya facebook la. Alhamdulillah, ana sudah menggunakan perkhidmatan ini tidak sampai setahun. Tidak sampai setahun ini jugalah ana melihat banyak benda melalui facebook ini.

Sedih ? Terkilan ? Gembira ? Ana pun tidak tahu kenapa ana buat account facebook ini. Pada mulanya ana tidak mahu buat, tapi memandangkan ianya adalah medium perhubungan, jadi ana pun buatlah account facebook. Mula-mula ana seronok, dapat jumpa kawan-kawan lama, bertukar-tukar informasi dan tahu perkembangan kawan-kawan, at last ana tanya balik diri ana, apa yang dapat dengan facebook ni? hurm, payah nak jawab bila diri sendiri yang bertanya.

Sebenarnya, bagi ana, facebook ni sepatutnya boleh menjadi medium dakwah yang sangat-sangat berkesan. Sebabnya, apa yang kita tulis pada status kita, semua orang boleh baca. Jadi, dakwah sepatutnya boleh tersebar dengan cepat. Tetapi, sebenarnya, apa yang ana perhatikan disini, event ada ahli-ahli gerakan yang menggunakan facebook ini, lebih minat komen status-status yang bagi ana tidak perlu komen apa-apa pun. Nanti bila dah komen banyak-banyak, mulalah mengarut-ngarut cakapnya. Tetapi, bila ada status yang menunjukkan semangat Islami ini, tidak ada siapa yang nak komen. Tidak kurang pula yang terlebih semangat politiknya.Konklusi ana bagi situasi ini ialah, ya umat Islam tidak peduli dengan apa yang orang nak buat dengan Islam. Mungkin itu satu matlamat facebook kerana Mark, pengasas facebook adalah seorang kafir.

Semakin lama ana dengan facebook, semakin rimas hidup ana. Ana terpaksa melihat atau membaca sesuatu yang tidak dijangka. Semoga tulisan ini menjadi peringatan buat ana khususnya, dan umumnya kepada pembaca sekalian. Setiap tulisan yang ditulis ini, ana akan duji setiap satunya, jadi sekadar ini sajalah post pada kali ini.

Wallahua'lam.

2 comments:

Thahar said...

Aku kena buat forum B.I..
Dan tajuk aku adalah, 'Facebook: Opportunities and Threats'.

Best sebenarnya tajuk ini. Kitorang pilih. Banyak benda aku nak sampaikan. Tapi malangnya, dalam Bahasa Inggeris.. Kemungkinan apa yang aku hendak sampaikan terbatas memandangkan aku akan 'blur' bila ber'speaking' di depan. Hehe..

Berkenaan entri kau, aku sekarang ini hanya menggunakan Facebook sebagai medium untuk mendapatkan informasi.

Tapi, kadang-kadang ada juga ter'lagha' sikit. Hehe.

shabab said...

hurm..bagus2, macam nak buat swot pulak.

biasalah manusia, kadang-kadang tu akan terlagha jugak...

pastikan hari ini lebih baik dari semalam. :)

About Me

"Andai diumpama ISLAM seperti sebuah rumah usang yang hampir roboh , maka aku akan berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda...... Aku tak ingin ramainya bilangan mereka Tp aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu.... (As-Syahid Imam Hasan Al-bana)

Followers