Subscribe:

Labels

Saturday, April 10, 2010

Macam-Macam

Assalamualaikum w.b.t. Terdahulu diucapkan selamat bercuti kepada warga kampus UIA. Tahniah kerana berjaya menamatkan sem ini dengan jayanya. Mohon kepada Allah agar keputusan final exam nanti gempaq blake.

Hurm, sejak akhir-akhir ni ana rajin turun ke Kuala Kubu Bharu untuk menguruskan adik bongsu ana yang mengambil stam di SAMT KKB. Macam-macam karenah adik yang seorang ni. Tak nak duduk asrama, nak duduk rumah sewa. Dah duduk rumah sewa, nanti kena pegi sekolah malam-malam. HUrm, layan jela adik yang sorang ni.

Ada satu hari ni, ana tersekat di batang kali, fuh,traffic conjusted, naik cramp kaki ni tekan clutch. Ana takut xsempat solat di rumah, jadi ana memutuskan untuk solat di masjid berhampiran. Dah sampai masjid dah ni, tiba-tiba segan pula nak masuk, bukan sebab apa, ada majlis rupanya. Hairan juga ana, siapalah yang nak buat majlis kat masjid ni, dah la waktu tu lepas solat jumaat. Siapalah yang rajin sangat ni, tak ada kerja ke, yela hari jumaat.

Tidak mengapalah, ana masuk juga dalam masjid, ana nak jumpa Allah abaikan sajalah mereka-mereka itu. Lepas itu, nak masuk masjid tu terjumpa la seorang mak cik ni, Baik mak cik ni, tapi pelik gak, bukan main lawa lagi pakai, pergh macam ada orang besar nak datang je ni. Usai solat zohor dengan mak ana, ana pun jalan la ke kereta. Adik ana ngan kawan-kawan dia tunggu dalam kereta je, sebab mereka dah solat kat sekolah. Lepas tu terjumpa dengan mak cik tadi, tanya la ada apa. Rupa-rupanya TPM datang, padanla macam meriah je masjid tu. Mak cik tu cakapla, TPM sekarang ada kat SMK Sains Hulu Selangor. Huhu, tak tanye pun

Ana pun masuklah dalam kereta lepas tu. Then terfikir la, nape ye TPM nak datang? Hurm, selalunye orang-orang besar ni susah nak nampak. Kalau nak nampak, pergi majlis yang ada press, ha, nanti nampakla. Then baru la teringat, hari tu ada berita tentang kematian ahli politik, maksudnya ada satu kerusi kosong la.

Huhuhu, patutla. Macam-macam hal la. Ana tak suka sangat nak bincang isu politik, tapi ana suka ambil tahu tentang politik. Yang ana perhatikan, apabila ada pilihanraya, fuh, harapan yang setinggi gunung bagi kat rakyat. Lepas pilihanraya....hilang. Ish, ish, ish...

Persoalan yang timbul disini, kenapa bila waktu pilihanraya baru ada orang-orang besar nak tengok keadaan rakyat dan janjikan macam-macam? Kalau macam ni la, ana sokong pilihanraya setiap tahun, boleh dapat macam-macam.

Ana akhiri post ini dengan persoalan tadi..wallahua'lam

4 comments:

Thahar said...

Ha?? Ada 1 kerusi kosong??
Aku nak! Aku nak!
Kau sokonglah aku.. Huhu..

shabab said...

sokong ko? huhu...
bawakla Islam yang sebenar..t aku sokong

Thahar said...

Hehe. Nanti tunggu aku habis menuntut dulu. Hehe..

shabab said...

ok... :)

About Me

"Andai diumpama ISLAM seperti sebuah rumah usang yang hampir roboh , maka aku akan berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda...... Aku tak ingin ramainya bilangan mereka Tp aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu.... (As-Syahid Imam Hasan Al-bana)

Followers