Subscribe:

Labels

Wednesday, February 3, 2010

Jangan Sekat Minda ...


Me : "Sir I one to ask one question about the use of word Allah.I want to know what is your opinion about this matter.Can the other religion use this word in their teaching?"

Ust : "This is controversional matter and I can't talk about it,but Allah is God for everyone.Since the court had decide,we can't say about it"

My Friend : "But sir,I think that the other religion must not use the word Allah because we know that Allah is specific for Muslim."

Me : "For me sir,I think that Allah is for everyone and we can't stop them from using the word of Allah"

Ust : "Yes,Allah is for everyone, Allah will take care about this matter"


Assalamualaikum.....


Semalam ana belajar tentang Tauhid,Syirik dan Kufur.Tiba-tiba tergerak hati nak bertanya tentang hal ni pada pensyarah ana.Jawapan pensyarah ana ada dalam dialog diatas.Tapi ana kurang berpuas hatila,kalau boleh ana nak jawapan yang beserta dengan dalil-dalil nas dan hadith.Walaupun ana boleh baca dari blog-blog tokoh-tokoh,tapi ana rasa 'kureng' sikit,rasa macam tak cukup.


Ana agak terkilan la,apa yang menyebabkan ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang menjadi warga pendidik kadang-kadang seperti tak mahu mengulas lanjut tentang sesuatu perkara.Adakah wujud peraturan-peraturan tertentu yang menyekat mereka dari bersuara? Jika ada peraturan-peraturan seperti ini,maka ianya akan menyebabkan pemikiran pelajar atau mahasiswa juga tersekat.Pelajar,mahasiswa terutamanya mempunyai satu perasaan yang amat kuat untuk mengetahui sebab musabab tentang sesuatu perkara yang dibangkitkan.Sebab tu kita tengok sekarang,mahasiswa berdemonstrasi jika suara mereka tidak didengari.Mahasiswa berdemonstrasi jangan salahkan mereka,cari puncanya instead mengatakan mereka tidak matang dan sebagainya.


Adakah tugas seorang pelajar hanya belajar? Kalau tugas pelajar hanya belajar,maka tidak akan majulah bangsa.Kenapa? Ini kerana,mereka tidak akan ambil tahu hal ehwal semasa.Sebab apa? Sebab mereka kata tugas kami hanya belajar.

Kalau bangsa mundur,salahkan siapa? Fikirkanlah.


Kesimpulannya disini,janganlah menyekat minda pelajar atau mahasiswa dengan wujudnya peraturan-peraturan yang dapat membataskan suara pendidik dan juga pelajar sendiri.Bagaimana Islam akan berkembang kalau suara-suara umat Islam disekat oleh peraturan-peraturan yang dicipta oleh manusia? Pantang bercakap benar pasti akan ada padahnya.




"OUR VOICES ARE FOR THE FUTURE.WE ARE THE FUTURE LEADERS"
Wallahu'alam.

3 comments:

Thahar said...

Kalau aku nak bersangka baik, aku rasa pensyarah kau tak nak bagi keliru lagi pada pelajar-pelajarnya. Mungkin selepas dia menerangkan sesuatu itu, dan ia bertentangan dengan keputusan mahkamah, ia akan menjadi satu isu. Mungkin. Dan akan didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 dan boleh dikenakan hukuman ISA.

Tapi itu kalau aku nak husnuzzon. Hehe.

Betul juga cakap kau. Aku pun kadang-kadang rasa keliru dengan isu ini dan perlukan pencerahan.

Pandangan peribadi aku, Allah boleh digunakan oleh agama lain. Selain alasan 'Allah adalah Tuhan sekalian makhluk', pada zaman pemerintahan Islam dahulu, orang Kristian juga menggunakan kalimah Allah dalam pembelajaran agama mereka. Dan tidak pula timbul isu. Walhal, Khalifah pada masa dahulu begitu tegas dalam hal berkaitan agama.

Dan ingatlah. Allah Maha Kuasa dan tiada siapa dapat mencabuli hak Allah.

Sekarang dah nampak sangat akhir zaman. Sampaikan nama Allah pun dipermainkan. Umat Islam ada yang cepat melatah. Bakar gerejalah. Tak menggambarkan keperibadian seorang Muslim langsung.

Tunggulah balasan yang akan Allah berikan.

Wallahu A'alam.

syuhada said...

hurm...betul tu.orang-orang Islam sekarang lebihkan emosi daripada menggunakan ilmu yang ada.Ana lihat,untuk situasi begini diorang lebih banyak mempolitikkan isu ni dari melakukan perbincangan ilmiah...risau ana dengan keadaan umat Islam sekarang

k u f a i z said...

Assalamuálaikum, moga terus maju dalam dakwah via blog :)

bismillahirrahmanirrahim,
ana brpndgan, mmg btul tindakan ust tu.. sbb isu kalimah Allah tidak layak sebenarnya dibicarakan lebih2 oleh orang2 biasa sprti kita. bukannya menyekat minda. walaupun masing2 mmpunyai pndapat masing2. khair tidak mengapa. cuma nya takut2 kalau dilanjutkan pbincangan oleh kita, trkeluar pula fatwa2 daripada kita sndiri bukannya mengambil fatwa asal. ataupun bleh jadi kita merendah2kan ulama lain secara x sengaja, wanaúzubillah... mungkin ada sstgh ust yang mampu mmbicarakan hal ini, tp bg yang x mampu, khair, jangan dibicarakan kerana xde ilmu.. ambil contoh sprti Ulama2 terdahulu, sprti Imam Malik, Imam Hanbali... mereka tidak segan mengatakan jawapan ' aku tidak tahu ' apabila ditanyakan ttg ssuatu soalan.. sedangkan mereka bukannya orang biasa malah mnjadi org y dikatakan plg tinggi ilmu dan mnjadi rujukan orang pd zaman mereka. apa y dpt disimpulkan adalah mereka mengambil sifat berhati2 dalam mengeluarkan hukum. apatah lagi isu kalimah Allah ini yang melibat isu aqidah itu sendiri sebenarnya...

utk pngthuan, ada sstgh ulama mmbenarkn pnggunaan kalimah Allah ni, cth sprti Syeikh Yusuf Al-Qardhawi, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Haji Hadi, dan lain2. tetapi. ada juga ulama y berbeza pndapat. sprti y telah difatwakn oleh majlis fatwa kebangsaan tahun 2008, juga Us. Harun Din, dan lain2. Malah ada yang mengatakan hukum kafir..

wallahua'lam, barakallahufiik..

About Me

"Andai diumpama ISLAM seperti sebuah rumah usang yang hampir roboh , maka aku akan berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda...... Aku tak ingin ramainya bilangan mereka Tp aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu.... (As-Syahid Imam Hasan Al-bana)

Followers