Subscribe:

Labels

Monday, August 17, 2009

Kematian itu satu hikmah

Assalamualaikum........

"sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai mati".....maksud ayat

Beberapa mggu lalu negara kita kehilangan 2 orang yang amat dikenali dan dihormati kerana jasa iaitu ustaz asri rabbani dan yasmin ahmad.

kehilangan 2 nama yang ckp besar dalam industri seni tnh air ini memberikan impak yang amat terhdp peminat dan pejuang2 seni tanah air.Bak kata org, hilang bintang yang menghiasi langit malam.

Kalau kita muhasabah kembali,Allah bagaikan mahu menunjukkan perbezaan antara org yang mmperjuangkan agamaNya dengan org yang kita sendiri blh nilai bagaimana............

Yasmin Ahmad ataupun Zulkifli, satu nama yang dikenali melalui cerita2 beliau yang sangat hebat dan mendapat pengiktirafan banyak pihak, dalam dan luar negara.Antara cerita popular beliau ialah sepet,mukhsin,gubra dan mualaf.Cerita2 ini menyampaikan mesej 'One Malaysia' yang diilhamkan oleh perdana menteri Malaysia ke-5, Dato' Seri Najib.Karya2 beliau tentang kebudayaan,percintaan antara 2 agama n bangsa serta banyak lagi mesej yang lain.Ramai yang sedih atas pemergian beliau......

Ustaz Asri rabbani,nama yang cukup popular dalam industri nasyid tanah air.Beliau menggunakan nasyid sebagai medium dakwah untuk disampaikan kepada umat Islam di seluruh dunia.Namanya di kenali ramai,suara lunak beliau mengalunkan zikir dan juga irama nasyid mampu menginsafkan sesiapa yang menjadi pendengar irama dan alunan suara beliau.Konsert Antara Dunia bersama GAMIS dan penasyid lain merupakan konsert besar beliau yang terakhir.Kehilangan beliau amat dirasai oleh para daie yang bersama2 mggunakan nasyid sebagai medium dakwah serta pendakwah2 yang lain.......

2 nama, satu industri.....................
Jika kita lihat,apakah yang mereka tinggalkan utk umat Islam?
Tak perlulah shabab utk mengupas kerana pembaca sendiri tahu.Tujuan shabab bkan utk mengaibkan mana2 cme ianya jadi pengajaran buat kita yang masih hidup.Sesungguhnya dunia ini adalah tempat untuk mengumpul bekalan untuk akhirat.Jika kehidupan didunia ini hanya 90 tahun,agknya smpat x kalau kita baru nak mengumpul segala bekalan utk akhirat nnti yang kekal selamnya.lebih dari 90 tahun,sedangkan bnyk ulama' mengatakan sehari di akhirat bsmaan dengan seribu tahun didunia........

Bagi kita yang masih hidup ini,buatlah sesuatu yang baik,supaya apabila kita tiada nnti,msh ad yang menjadi bonus kepada kita.Selagi org mendengr dan ingt apa yang kita buat, dan mereka mengikutinya,insyaAllah ad reward utk kita.Ianya sntiasa bertambah..........

wallahualam......shabab doakan supaya roh keduanya aman dan tenang...Al-fatihah

0 comments:

About Me

"Andai diumpama ISLAM seperti sebuah rumah usang yang hampir roboh , maka aku akan berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda...... Aku tak ingin ramainya bilangan mereka Tp aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu.... (As-Syahid Imam Hasan Al-bana)

Followers