Subscribe:

Labels

Monday, March 29, 2010

Selamatkan Sekolah Agama

Assalamualaikum w.b.t

Sekolah agama merupakan satu institusi yang sangat penting bagi melahirkan para da'ie. Hari ini, terlalu banyak perkara-perkara yang tidak sihat yang kita boleh lihat. Jadi, bagi ana sekolah agama ini perlu kita perkasakan dan protect sekolah agama yang ada.

Saban tahun ana sendiri melihat situasi dimana sekolah-sekolah agama kerajaan negeri di ambil alih oleh kerajaan pusat. Tahun ini bagi ana adalah tahun yang sangat-sangat kritikal bagi sekolah-sekolah agama yang berada dibawah kerajaan pusat. Ini kerana, subsidi yang diberi dikurangkan sehingga pihak sekolah terpaksa mengambil langkah untuk memberi arahan untuk balik pada setiap minggu. Tetapi, atas sebab tertentu ianya ditarik balik dan pelajar akan pulang 2 minggu sekali.

Mungkin ada yang akan melihat ini adalah sebagai perkara yang remeh. Tiada salahnya untuk balik setiap minggu ataupun 2 minggu sekali. Tetapi, bagi ana ini adalah masalah yang sangat besar. Bagi sekolah-sekolah agama,hujung minggu adalah waktu yang paling sesuai untuk program-program tarbiyah. Hujung minggu jugalah kebiasaannya pelajar-pelajar asrama khususnya mencipta ukhwah dengan bergotong-royong dan sebagainya. Apabila pelajar balik setiap minggu atau 2 minggu sekali, jiwa mereka sudah keras untuk ditarbiyah. Ini kerana,bukan semua pelajar datang dari background yang islamic. Mengikut pengalaman ana,segelintir sahaja yang betul-betul mempraktikkan kehidupan sebagai Muslim bila berada dirumah.

Situasi sekarang ini, terlalu banyak hiburan-hiburan yang melalaikan. Contohnya,setiap hari Sabtu di astro ada program akademi fantasia,tv3 pula dengan rancangan mentor,untuk kanak-kanak pula ada tom tom bak dan banyak lagi program-program realiti yang melalaikan. Ini semua adalah agenda dari kaum kafir untuk menjauhkan umat Islam dari menjalani kehidupan yang sebenar. Kita pula, sebagai seorang yang Muslim tidak perlu untuk menyokong mereka. Bagi ana, bila pelajar-pelajar ini balik, dan disaji dengan program-program TV sebegitu kita ibarat membantu orang-orang kafir untuk menjauhkan pemuda-pemuda Islam dari ditarbiyah.

Ana tiba-tiba terfikir, apa guna kita terpekik terlolong berdemonstrasi tentang palestin, tentang penghinaan terhadap Rasulullah tetapi kita secara tidak langsung membantu mereka menghakis sedikit demi sedikit Islam yang ada pada pemuda-pemuda kita.

Cuba kita hayati sejarah kegemilangan Islam dahulu. Lihat pada zaman khilafah uthmaniyah dahulu. Bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh dapat mengalah empayar Rom dan menakluki kota costantine? "Sebaik-baik raja,sebaik-baik tentera,sebaik-baik rakyat",itulah janji Rasulullah jika nak takluk kota costantine.Al-Fateh memegang kata-kata itu. Askar-askarnya dan rakyatnya ditarbiyah dengan begitu hebat. Akhirnya, Al-Fateh menguasai juga kota costantine. Ana nak cerita disini, Al-Fateh dan tenteranya berkampung diluar kota costantine dengan begitu lama. Al-Fateh berasa amat hairan,mengapa beliau masih tidak dapat lagi menguasai kota costantine. Lalu beliau meronda pada waktu malam dan terjumpa salah seorang tenteranya sedang minum arak. Tapi beliau tidak marah, malah menyalahkan diri sendiri. Ini kerana,tentera yang minum arak itu baru masuk Islam,dan rindu pada keluarganya.Untuk hilangkan rasa rindu,tentera itu minum arak.

Dari apa yang ana dapat simpulkan, umat Islam tidak akan menang selagi mana ada seorang dari kalangan umat Islam tidak amalkan kehidupan Islam dengan sempurna.Keduanya, yang ana dapat simpulkan bahawa tarbiyah itu sangat penting untuk membina kekuatan umat Islam dan juga untuk mendapat keredhaan Allah.Ketiganya,pemimpin tidak boleh menyalahkan orang yang dipimpin. Mungkin kesalahnan yang di lakukan tu puncanya adalah dari pemimpin sendiri.

Wallahua'lam....Tarbiyah adalah sangat penting bagi memastikan Islam kuat di bumi ini. Tawakkal kepada Allah sahaj tidak cukup jika tidak disertai dengan usaha.

2 comments:

Thahar said...

Sedih masa baca artikel ini..
Rasa diri ini bertanggungjawab membantu anak bangsa kita.

Lagi-lagi yang di sekolah agama. Rasa berdosa sangat sebab bila kita keluar, kita tidak membuat apa-apa untuk memartabatkan kembali sekolah agama.

Bila nak buat program? Hehe.

jundulislami said...

hurm..insyaAllah akan diusahakan.doakan program nanti akan dapat kelulusan sari pihak sekolah

About Me

"Andai diumpama ISLAM seperti sebuah rumah usang yang hampir roboh , maka aku akan berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda...... Aku tak ingin ramainya bilangan mereka Tp aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu.... (As-Syahid Imam Hasan Al-bana)

Followers