Alhamdulillah,syukur diatas nikmatNya yang tidak terhingga. Hari ini sudah selesai segala kerja yang perlu ana setelkan untuk sem ini. InsyaAllah,paper exam terakhir khamis 8 apr 2010,paper math.
Berbalik kepada tajuk, disini ana cuba nak bawa betapa kita ni sebagai manusia perlu cuba untuk outspoken. Means that, kalau boleh apa yang kita tidak puas hati cakap depan, jangan cakap belakang. Dikhuatiri bila cakap belakang kita lebih kepada mengumpat dan berdosa bila kita buat begitu. Ana merasa amat-amat kerdil bila berbicara tentang ini. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita yang kita tidak sedar,sengaja atau tidak sengaja.
Mungkin ada yang cakap, nak buat apa cakap depan-depan, benda dah jadi, tidak boleh nak patah balik. Tapi sebenarnya itulah yang amat penting, terutamanya selepas program. Kalau dalam program ianya dinamakan post mortem. Sewaktu post mortem, kita perlu menyuarakan segala ketidakpuashatian supaya kita dapat mendengar dari banyak pihak. Lebih baik daripada kita cerita belakang dan buat kita bertambah tidak puas hati dan seterusnya akan terputus la ukhwah kita dengan orang yang kita tidak puas hati itu.
Akan tetapi, untuk outspoken pun ada caranya. Lihat pada orang yang kita nak cakap tu, bagaimana sifatnya. Janganlah kita tegur depan khalayak secara terang siapa empunya diri. Pepatah melayu siapa makan cili dia terasa pedasnya. Tidak perlu untuk kita mention siapa orangnya, tambah lagi dalam mesyuarat. Then, tegurlah dia dengan penuh perasaan kasih dan berdoa supaya dia dapat berubah. Apabila menegur, janganlah kita menjadi seperti api yang membara, jadilah api yang sedang mereda. Pandai-pandai lah untuk cool down. Kalau nak tegur berlainan jantina, mintak lah tolong orang tengah takut nanti ada pihak ketiga yang mengganggu perasaan.
Semoga kita dapat mencuba sehabis baik untuk tidak cakap belakang dan cakap depan sememangnya lebih berkesan..
Wallahualam.
1.0 Siri ummahatul mukminin : Semulia Khadijah at-Tahirah
-
"Jam menunjukkan 2.30 petang
Ketika enak menghabiskan juz 21
Dia tertidur tanpa menanggalkan pakaian solatnya
Terlalu letih barangkali meratib satu persa...
7 years ago
0 comments:
Post a Comment