Assalamualaikum...rasanya dah lama tidak mencoret sesuatu dalam blog ni.
Alhamdulillah,hari ini ana masih lagi bernafas di bumi Allah, diberi kudrat lagi untuk terus menggalas misi sebagai seorang jundi.Lama berdiam diri sebenarnya untuk mengubat hati yang agak tersentuh dengan tulisan sebuah akhbar yang menjadi bahan bacaan ana setap hari dan juga terlalu banyak kewajipan yang ana perlu laksanakan,yang lebih penting dari update blog ini.
Belajar dari sejarah tajuk yang ana pilih kali ini.Ini kerana gara-gara tulisan sebuah akhbar yang menjadi teman mahasiswa kerana harganya yang murah.Ana tidak ingat sepenuhnya tajuk artikel dalam akhbar,tetapi secara ringkasnya menceritakan tentang kemajuan di Turki.
Ana tidak tahu siapa penulisnya,kerana ana sangat-sangat teruja bila ada cerita tentang Turki.Ana nak sangat kenal Turki ini bagaimana dari segi sistem pemerintahan,sistem pembelajaran dan lain-lain lagi.Tambah lagi,ana teringin hendak tahu perkembangan Turki setelah berabad-lamanya jatuhnya sistem khilafah.
Perenggan pertama lagi telah menyentap hati ana.Perenggan pertama mengatakan bahawa Mustafa Kamal Attartuk Laknatullah yang membawa perubahan yang sangat mengagumkan di Turki.Dia yang membawa kemodenan,mengeluarkan rakyat Turki dari kemunduran dari segi politik,sosial dan sebagainya.Itulah yang ana dapat rumuskan dari pembacaan ana pada perenggan pertama,yang memuji dan menyanjung tinggi Mustafa Kamal Attartuk Laknatullah.Ana tidak boleh nak teruskan pembacaan ana kerana ana tidak dapat nak bertahan apabila orang mengangungkan orang yang menjadi punca kepada kejatuhan sistem khilafah islamiyyah.Ana mengambil masa yang agak panjang untuk recover dari serangan emosi yang sangat dahsyat.Tapi,ana tengok tidak ada siapa pun yang tampil nak membantah.Mungkin orang lain tidak perasan dan tidak berminat untuk baca surat khabar itu.
Siapakah Mustafa Kamal Attartuk Laknatullah ini wahai yang membuat artikel tersebut.Tahukah bahawa Mustafa Kamal Attartuk ini lah penyebab kepada perpecahan negara-negara Islam.Dialah yang meruntuhkan sistem khilafah dan menjunjung sistem yang berorientasikan barat.Islam diletak dibawah,ana pun tidak tahu serendah mana dia meletakkan Islam itu pada dirinya.
Turki sekarang tenat wahai umat Islam sekalian. Azan tidak boleh berkumandang,muslimah tidak dibenarkan memakai tudung,ibubapa dilarang mengajar anak membaca Al-quran,bahasa arab diharamkan,solat juga tidak dibenarkan,pondok-pondok agama ditutup,yang menetang dibawa masuk ke penjara dan diseksa.Adakah ini kemajuan? Sebab inikah anda menyanjung Mustafa Kamal Attartuk? Ana pernah mendengar ceramah,Mustafa Kamal Attartuk Laknatullah ini,mayatnya tidak diterima langit dan bumi,sehinggakan bertan-tan simen dan batu ditimpa ke atas mayatnya supaya mayatnya tertanam didalam bumi.Bagaimakah insan yang dilaknat Allah ini menjadi kebanggaan kamu? Astanghfirullahalazim...ya Allah ampunkanlah kami ya Allah.
Jadi kawan-kawan yang berada diluar sana,sejarah Malayasia kita hafal dan kita baca.Tapi,adakah sejarah Islam hadam dalam kepala kita? Adakah kita ingat siapakah khulafa' rasyidin? Siapakah yang menawan Rom,Parsi,Palestin dan Kostantine? Khilafah apakah yang merupakan khilafah terakhir? Wahai kawan-kawan,sama-samalah kita ingat sejarah Islam dahulu.Supaya kita tidak akan lupa bahawa Islam tetap akan menang.Dahulu,2/3 dunia ini dibawah pemeritahan Islam.Soalan terakhir ana,adakah kawan-kawan semua tahu siapakah manusia ranking pertama antara yang 100 terhebat didunia? Buku yang ditulis oleh penulis barat tapi ana tidak ingat nama penulisnya.Tahu siapa? Dialah Muhammad B Abdullah,rasulullah s.a.w.Jadi sahabat,kajilah sejarah Islam,kalau tak hendak kaji pun,kawan-kawan mesti ingat dan tahu sejarah Islam.Kalau kita hendak semangat nasional sekalipun,janganlah sampai Islam diletak no 2,negara no 1.Nasionalism itu hanyalah idelisme yang di cipta barat supaya umat Islam lebih mencintai negara sendiri berbanding agama...
Wallahua'lam
"Sesiapa yang tidak belajar dari sejarah,dia akan kembali mengulang sejarah itu"
0 comments:
Post a Comment