Subscribe:

Labels

Wednesday, March 31, 2010

Outspoken

Alhamdulillah,syukur diatas nikmatNya yang tidak terhingga. Hari ini sudah selesai segala kerja yang perlu ana setelkan untuk sem ini. InsyaAllah,paper exam terakhir khamis 8 apr 2010,paper math.

Berbalik kepada tajuk, disini ana cuba nak bawa betapa kita ni sebagai manusia perlu cuba untuk outspoken. Means that, kalau boleh apa yang kita tidak puas hati cakap depan, jangan cakap belakang. Dikhuatiri bila cakap belakang kita lebih kepada mengumpat dan berdosa bila kita buat begitu. Ana merasa amat-amat kerdil bila berbicara tentang ini. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita yang kita tidak sedar,sengaja atau tidak sengaja.

Mungkin ada yang cakap, nak buat apa cakap depan-depan, benda dah jadi, tidak boleh nak patah balik. Tapi sebenarnya itulah yang amat penting, terutamanya selepas program. Kalau dalam program ianya dinamakan post mortem. Sewaktu post mortem, kita perlu menyuarakan segala ketidakpuashatian supaya kita dapat mendengar dari banyak pihak. Lebih baik daripada kita cerita belakang dan buat kita bertambah tidak puas hati dan seterusnya akan terputus la ukhwah kita dengan orang yang kita tidak puas hati itu.

Akan tetapi, untuk outspoken pun ada caranya. Lihat pada orang yang kita nak cakap tu, bagaimana sifatnya. Janganlah kita tegur depan khalayak secara terang siapa empunya diri. Pepatah melayu siapa makan cili dia terasa pedasnya. Tidak perlu untuk kita mention siapa orangnya, tambah lagi dalam mesyuarat. Then, tegurlah dia dengan penuh perasaan kasih dan berdoa supaya dia dapat berubah. Apabila menegur, janganlah kita menjadi seperti api yang membara, jadilah api yang sedang mereda. Pandai-pandai lah untuk cool down. Kalau nak tegur berlainan jantina, mintak lah tolong orang tengah takut nanti ada pihak ketiga yang mengganggu perasaan.

Semoga kita dapat mencuba sehabis baik untuk tidak cakap belakang dan cakap depan sememangnya lebih berkesan..

Wallahualam.

Monday, March 29, 2010

Selamatkan Sekolah Agama

Assalamualaikum w.b.t

Sekolah agama merupakan satu institusi yang sangat penting bagi melahirkan para da'ie. Hari ini, terlalu banyak perkara-perkara yang tidak sihat yang kita boleh lihat. Jadi, bagi ana sekolah agama ini perlu kita perkasakan dan protect sekolah agama yang ada.

Saban tahun ana sendiri melihat situasi dimana sekolah-sekolah agama kerajaan negeri di ambil alih oleh kerajaan pusat. Tahun ini bagi ana adalah tahun yang sangat-sangat kritikal bagi sekolah-sekolah agama yang berada dibawah kerajaan pusat. Ini kerana, subsidi yang diberi dikurangkan sehingga pihak sekolah terpaksa mengambil langkah untuk memberi arahan untuk balik pada setiap minggu. Tetapi, atas sebab tertentu ianya ditarik balik dan pelajar akan pulang 2 minggu sekali.

Mungkin ada yang akan melihat ini adalah sebagai perkara yang remeh. Tiada salahnya untuk balik setiap minggu ataupun 2 minggu sekali. Tetapi, bagi ana ini adalah masalah yang sangat besar. Bagi sekolah-sekolah agama,hujung minggu adalah waktu yang paling sesuai untuk program-program tarbiyah. Hujung minggu jugalah kebiasaannya pelajar-pelajar asrama khususnya mencipta ukhwah dengan bergotong-royong dan sebagainya. Apabila pelajar balik setiap minggu atau 2 minggu sekali, jiwa mereka sudah keras untuk ditarbiyah. Ini kerana,bukan semua pelajar datang dari background yang islamic. Mengikut pengalaman ana,segelintir sahaja yang betul-betul mempraktikkan kehidupan sebagai Muslim bila berada dirumah.

Situasi sekarang ini, terlalu banyak hiburan-hiburan yang melalaikan. Contohnya,setiap hari Sabtu di astro ada program akademi fantasia,tv3 pula dengan rancangan mentor,untuk kanak-kanak pula ada tom tom bak dan banyak lagi program-program realiti yang melalaikan. Ini semua adalah agenda dari kaum kafir untuk menjauhkan umat Islam dari menjalani kehidupan yang sebenar. Kita pula, sebagai seorang yang Muslim tidak perlu untuk menyokong mereka. Bagi ana, bila pelajar-pelajar ini balik, dan disaji dengan program-program TV sebegitu kita ibarat membantu orang-orang kafir untuk menjauhkan pemuda-pemuda Islam dari ditarbiyah.

Ana tiba-tiba terfikir, apa guna kita terpekik terlolong berdemonstrasi tentang palestin, tentang penghinaan terhadap Rasulullah tetapi kita secara tidak langsung membantu mereka menghakis sedikit demi sedikit Islam yang ada pada pemuda-pemuda kita.

Cuba kita hayati sejarah kegemilangan Islam dahulu. Lihat pada zaman khilafah uthmaniyah dahulu. Bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh dapat mengalah empayar Rom dan menakluki kota costantine? "Sebaik-baik raja,sebaik-baik tentera,sebaik-baik rakyat",itulah janji Rasulullah jika nak takluk kota costantine.Al-Fateh memegang kata-kata itu. Askar-askarnya dan rakyatnya ditarbiyah dengan begitu hebat. Akhirnya, Al-Fateh menguasai juga kota costantine. Ana nak cerita disini, Al-Fateh dan tenteranya berkampung diluar kota costantine dengan begitu lama. Al-Fateh berasa amat hairan,mengapa beliau masih tidak dapat lagi menguasai kota costantine. Lalu beliau meronda pada waktu malam dan terjumpa salah seorang tenteranya sedang minum arak. Tapi beliau tidak marah, malah menyalahkan diri sendiri. Ini kerana,tentera yang minum arak itu baru masuk Islam,dan rindu pada keluarganya.Untuk hilangkan rasa rindu,tentera itu minum arak.

Dari apa yang ana dapat simpulkan, umat Islam tidak akan menang selagi mana ada seorang dari kalangan umat Islam tidak amalkan kehidupan Islam dengan sempurna.Keduanya, yang ana dapat simpulkan bahawa tarbiyah itu sangat penting untuk membina kekuatan umat Islam dan juga untuk mendapat keredhaan Allah.Ketiganya,pemimpin tidak boleh menyalahkan orang yang dipimpin. Mungkin kesalahnan yang di lakukan tu puncanya adalah dari pemimpin sendiri.

Wallahua'lam....Tarbiyah adalah sangat penting bagi memastikan Islam kuat di bumi ini. Tawakkal kepada Allah sahaj tidak cukup jika tidak disertai dengan usaha.

Saturday, March 20, 2010

Hutan Lipur Sungai Kancing

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini ana ada exam, bersambung lagi 3 paper minggu depan, rabu 1 dan khamis 2.

Semalam ana mengambil kesempatan untuk mereleaskan tension ana di Hutan Lipur Sungai Kancing, di Rawang. Ana ke sana dengan 4 lagi orang kawan ana..sis pija,sis bella,sis rusni dan sis ahda.Sebelum tu kami singgah di cfs dulu nak hantar barang sis rusni, terserempak la ngan sis syu sya,sis atim,sis anith,sis syida.Sembang-sembangla ngan depa dlu sebelum bergerak ke destinasinya..
Atim nak ikut,tp sori la atim,kete ley isi 5 orang je.Lenkali ana bawak van yek..he3.Sampai di cfs tu terserempak ngan sis ahda,kebetulan sis ahda nak balik.Alang-alang ana hantar sekali nanti.Setelah selesai urusan di pj,kami meneruskan perjalanan ke Selayang Mall,nak singgah ke PPD Gombak ngan beli makanan waktu kelah nanti.Tengok jam macam dah tak sempat tapi kami teruskan juga ke destinasi.
Mula-mula kami ke Bukit Lagong tapi ramai sangat orang,tak selesa pula kalau kami nak terjun sekali.Jadi setelah syura,kami bercadang ke Hutan Lipur Sungai Kancing.Setelah 20 minit mengharungi perjalanan, akhirnya kami tiba juga ke destinasi.Dah lama ana tak ke sini sebenarnya,excited macam la sikit.he3..

Mula-mula kami ingat nak mandi dekat atas,tapi penuh.Sepanjang perjalanan tu rasa macam masuk rumah hantu je..he3,ramai sangat peminat kami yang berbulu coklat tu,maklumlah,kami bawa makanan yang agak banyak.Daripada sekor tibe-tibe datang segala 7 keturunan,manenye tak menjerit.he3
Setelah jungle trekking selama 10 minit kami patah balik ke tingkat bawah sebab atas ramai sangat orang.Seronok sangat dapat release tension semalam....rase macam nak pergi lagi.hu3

sedikit gambar untuk dikongsi

















About Me

"Andai diumpama ISLAM seperti sebuah rumah usang yang hampir roboh , maka aku akan berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda...... Aku tak ingin ramainya bilangan mereka Tp aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu.... (As-Syahid Imam Hasan Al-bana)

Followers