Subscribe:

Labels

Saturday, March 20, 2010

Hutan Lipur Sungai Kancing

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini ana ada exam, bersambung lagi 3 paper minggu depan, rabu 1 dan khamis 2.

Semalam ana mengambil kesempatan untuk mereleaskan tension ana di Hutan Lipur Sungai Kancing, di Rawang. Ana ke sana dengan 4 lagi orang kawan ana..sis pija,sis bella,sis rusni dan sis ahda.Sebelum tu kami singgah di cfs dulu nak hantar barang sis rusni, terserempak la ngan sis syu sya,sis atim,sis anith,sis syida.Sembang-sembangla ngan depa dlu sebelum bergerak ke destinasinya..
Atim nak ikut,tp sori la atim,kete ley isi 5 orang je.Lenkali ana bawak van yek..he3.Sampai di cfs tu terserempak ngan sis ahda,kebetulan sis ahda nak balik.Alang-alang ana hantar sekali nanti.Setelah selesai urusan di pj,kami meneruskan perjalanan ke Selayang Mall,nak singgah ke PPD Gombak ngan beli makanan waktu kelah nanti.Tengok jam macam dah tak sempat tapi kami teruskan juga ke destinasi.
Mula-mula kami ke Bukit Lagong tapi ramai sangat orang,tak selesa pula kalau kami nak terjun sekali.Jadi setelah syura,kami bercadang ke Hutan Lipur Sungai Kancing.Setelah 20 minit mengharungi perjalanan, akhirnya kami tiba juga ke destinasi.Dah lama ana tak ke sini sebenarnya,excited macam la sikit.he3..

Mula-mula kami ingat nak mandi dekat atas,tapi penuh.Sepanjang perjalanan tu rasa macam masuk rumah hantu je..he3,ramai sangat peminat kami yang berbulu coklat tu,maklumlah,kami bawa makanan yang agak banyak.Daripada sekor tibe-tibe datang segala 7 keturunan,manenye tak menjerit.he3
Setelah jungle trekking selama 10 minit kami patah balik ke tingkat bawah sebab atas ramai sangat orang.Seronok sangat dapat release tension semalam....rase macam nak pergi lagi.hu3

sedikit gambar untuk dikongsi

















Wednesday, March 17, 2010

Kem Pemantapan Bahasa Arab 2010

Assalamualaikum....alhamdulillah,segala puji bagi Allah dengan limpah kurniaNya dapat juga ana menulis sesuatu untuk entry kali ini.

Alhamdulillah, pada hari Ahad lepas, telah selesai kem pemantapan bahasa arab bertempat di SAM Rawang dengan dihadiri seramai 203 peserta tingkatan 3 daripada SAM Rawang dan SAM Paya Jaras.

Syukur kerana program berjalan lancar. Disini ana mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan urusetia dan fasilitator yang banyak membantu ana dalam program kali ini. Ingin ana nukilkan nama-nama ntum dalam blog ana tanda terima kasih yang tak terhingga dari ana dan juga pihak sekolah.

Timb Pengarah : Nurul Asilah Bt Ahmad Ali (KUIS)
Setiausaha : Mohd Faisal B Yahaya (UKM)
Bendahari : Intan Thuraiya Bt Anuar (KUIS)
Disiplin & Ibadah : Nur Ahda Bt Awalulazmi (UIAM)
Perhubungan : Nur Amalina Bt Misron (UM-NP)
Pengurusan : Mohd Zubair B Azizan (KUIS)
Multimedia : Thaharel B Bahardin (KTD)
Tugasan Khas : Liyana Athirah Bt Harun (KUIS)

Ketua Fasi(L) : Zhafri Amali B Amaladdin (KUIS)
Ketua Fasi(P) : Nabilah Bt Shuhairi (USIM)
Fasilitator : Muhd. Ali Fikri B Muhd Juaini (UIAM)
: Khairul As'ad B Hussain (KUIS)
: Ahmad Farhan Syah B Hasmuddin (UIAM)
: Ammar B Izham (UIAM)
: Ahmad Fakhruddin B Yusof (UIAM)
: Mohd Abrar B Abd Rahman (KUIS)
: Siti Nur Asyrafiah Bt Ahmad Sabri (KUIS)
: Nur Fadzilah Bt Shaari (KUIS)
: Siti Zulaifah Bt Rohizat (KUIS)
: Norshidah Bt Jamalisar (KUIS)
: Nur Sabiela bt Berhanuddin (UIAM)

Tidak lupa juga kepada pelajar tingkatan 5 yang membantu dalam program ini. Terima kasih banyak-banyak daripada ana.

Diharap ukhwah yang terjalin semasa program dapat diteruskan. Ana seronok bekerja dengan ntum semua. Ana dapat rasakan seperti sebuah keluarga walaupun antara kita mungkin ada yang tidak pernah berjumpa.

Salam ukhwah fillah abadan abada.

Thursday, March 4, 2010

Belajar Dari Sejarah

Assalamualaikum...rasanya dah lama tidak mencoret sesuatu dalam blog ni.
Alhamdulillah,hari ini ana masih lagi bernafas di bumi Allah, diberi kudrat lagi untuk terus menggalas misi sebagai seorang jundi.Lama berdiam diri sebenarnya untuk mengubat hati yang agak tersentuh dengan tulisan sebuah akhbar yang menjadi bahan bacaan ana setap hari dan juga terlalu banyak kewajipan yang ana perlu laksanakan,yang lebih penting dari update blog ini.
Belajar dari sejarah tajuk yang ana pilih kali ini.Ini kerana gara-gara tulisan sebuah akhbar yang menjadi teman mahasiswa kerana harganya yang murah.Ana tidak ingat sepenuhnya tajuk artikel dalam akhbar,tetapi secara ringkasnya menceritakan tentang kemajuan di Turki.
Ana tidak tahu siapa penulisnya,kerana ana sangat-sangat teruja bila ada cerita tentang Turki.Ana nak sangat kenal Turki ini bagaimana dari segi sistem pemerintahan,sistem pembelajaran dan lain-lain lagi.Tambah lagi,ana teringin hendak tahu perkembangan Turki setelah berabad-lamanya jatuhnya sistem khilafah.
Perenggan pertama lagi telah menyentap hati ana.Perenggan pertama mengatakan bahawa Mustafa Kamal Attartuk Laknatullah yang membawa perubahan yang sangat mengagumkan di Turki.Dia yang membawa kemodenan,mengeluarkan rakyat Turki dari kemunduran dari segi politik,sosial dan sebagainya.Itulah yang ana dapat rumuskan dari pembacaan ana pada perenggan pertama,yang memuji dan menyanjung tinggi Mustafa Kamal Attartuk Laknatullah.Ana tidak boleh nak teruskan pembacaan ana kerana ana tidak dapat nak bertahan apabila orang mengangungkan orang yang menjadi punca kepada kejatuhan sistem khilafah islamiyyah.Ana mengambil masa yang agak panjang untuk recover dari serangan emosi yang sangat dahsyat.Tapi,ana tengok tidak ada siapa pun yang tampil nak membantah.Mungkin orang lain tidak perasan dan tidak berminat untuk baca surat khabar itu.
Siapakah Mustafa Kamal Attartuk Laknatullah ini wahai yang membuat artikel tersebut.Tahukah bahawa Mustafa Kamal Attartuk ini lah penyebab kepada perpecahan negara-negara Islam.Dialah yang meruntuhkan sistem khilafah dan menjunjung sistem yang berorientasikan barat.Islam diletak dibawah,ana pun tidak tahu serendah mana dia meletakkan Islam itu pada dirinya.
Turki sekarang tenat wahai umat Islam sekalian. Azan tidak boleh berkumandang,muslimah tidak dibenarkan memakai tudung,ibubapa dilarang mengajar anak membaca Al-quran,bahasa arab diharamkan,solat juga tidak dibenarkan,pondok-pondok agama ditutup,yang menetang dibawa masuk ke penjara dan diseksa.Adakah ini kemajuan? Sebab inikah anda menyanjung Mustafa Kamal Attartuk? Ana pernah mendengar ceramah,Mustafa Kamal Attartuk Laknatullah ini,mayatnya tidak diterima langit dan bumi,sehinggakan bertan-tan simen dan batu ditimpa ke atas mayatnya supaya mayatnya tertanam didalam bumi.Bagaimakah insan yang dilaknat Allah ini menjadi kebanggaan kamu? Astanghfirullahalazim...ya Allah ampunkanlah kami ya Allah.
Jadi kawan-kawan yang berada diluar sana,sejarah Malayasia kita hafal dan kita baca.Tapi,adakah sejarah Islam hadam dalam kepala kita? Adakah kita ingat siapakah khulafa' rasyidin? Siapakah yang menawan Rom,Parsi,Palestin dan Kostantine? Khilafah apakah yang merupakan khilafah terakhir? Wahai kawan-kawan,sama-samalah kita ingat sejarah Islam dahulu.Supaya kita tidak akan lupa bahawa Islam tetap akan menang.Dahulu,2/3 dunia ini dibawah pemeritahan Islam.Soalan terakhir ana,adakah kawan-kawan semua tahu siapakah manusia ranking pertama antara yang 100 terhebat didunia? Buku yang ditulis oleh penulis barat tapi ana tidak ingat nama penulisnya.Tahu siapa? Dialah Muhammad B Abdullah,rasulullah s.a.w.Jadi sahabat,kajilah sejarah Islam,kalau tak hendak kaji pun,kawan-kawan mesti ingat dan tahu sejarah Islam.Kalau kita hendak semangat nasional sekalipun,janganlah sampai Islam diletak no 2,negara no 1.Nasionalism itu hanyalah idelisme yang di cipta barat supaya umat Islam lebih mencintai negara sendiri berbanding agama...

Wallahua'lam

"Sesiapa yang tidak belajar dari sejarah,dia akan kembali mengulang sejarah itu"

About Me

"Andai diumpama ISLAM seperti sebuah rumah usang yang hampir roboh , maka aku akan berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda...... Aku tak ingin ramainya bilangan mereka Tp aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu.... (As-Syahid Imam Hasan Al-bana)

Followers