Subscribe:

Labels

Friday, February 10, 2012

~CInta~

Assalamualaikum, alhamdulillah, segala puji-pujian buat Allah S.W.T. Yang menciptakan seluruh alam semesta. Selawat serta salam keatas junjungan besar serta kekasih Allah, Muhammad B Abdullah, Rasul terakhir buat seluruh umat.

Rasanya buat pertama kalinya entri ana berkaitan dengan cinta. Kebelakangan ini, bila berbicara bersama sahabat-sahabat mahupun adik-adik, semuanya berkisar tentang cinta ^^, . Ada apa dengan cinta?

Cinta itu adalah anugerah dari Allah. Cinta itu adalah fitrah insani. Fitrah manusia, lagi-lagi remaja, pastinya ingin disayangi dan juga menyayangi. ^^, Agak kelakar kalau nak bincang tajuk ini, sebabnya ana sendiri tak pernah terfikir benda-benda begini. Tapi saja nak kongsikan dengan semua. ^^,

Perkongsian yang sangat menarik disini oleh salah seorang adik saya

http://insan-khilaf-nak-uturn.blogspot.com/2012/01/little-thoughts.html

Perbincangan yang kami bincangkan bersama dari tengah malam hinggalah subuh menjelang ^^,

Cinta itu tak salah. Cinta kepada Allah, kepada Rasulullah, kepada Ibubapa, kepada Sahabat-Sahabat. Nak bercinta? Cinta la pada yang sepatutnya ^^, . Cinta itu adalah sesuatu yang dipanggil perasaan. Perasaan tu tak pernah salah, yang salah adalah macam mana cara kita memenuhi perasaan itu. Perasaan cinta itu juga (bagi ana) sebuah ujian yang Allah bagi kepada hambaNya.

Ada sesetengahnya kecundang dalam ujian ini. Bila hadirnya perasaan cinta, maka mulalah dia cuba meluahkan kepada sang arjuna/puteri. Bila cintanya berbalas maka bermulalah satu episod cinta berbalas. Yang ni la bila mana sang arjuna/bidadari mula bermadu kasih, yang ni ana namakan couple.

Nak couple? Boleh, kawen la dulu. Hehe, couple juga tu sebab dah berdua. Mesti ada yang tertanya, kenapa couple ni tak boleh? Kenapa couple ni haram? Ana pernah ditanya oleh roomate tentang benda ni ^^, Terkedu bha. Kalau bersembang sesama orang yang faham dan mendalami ilmu agama mudah sikit nak terang. Kalau gini, banyak kena guna logik akal ^^, Apapun, alhamdulillah berjaya terangkan kepada roomate dan kini akhirnya dia mula menerima kata-kata untuk cepat bertunang dan mendirikan masjid ^^,

Ada sesetengah pula, yang faham sikit agama ni. Couple tu couple juga, yang ni ana panggil couple Islami. Dimana, arjuna/bidadari ni masih juga berhubung dengan buah hati masing-masing, tetapi menjaga batas-batas pergaulan. Tak keluar dating dan buat macam pasangan kekasih biasa. Kalau mesej pun mesek kata-kata hikmah, ayat-ayat motivasi.

Ni la antara 2 ujian, yang mana panjang lebar ana dan adik ana bincang sehingga subuh ^^,

Ana tak nak ulas panjang lebar, dah banyak yang adik ana kongsikan dalam blognya. Boleh la melawat blog beliau di link yang ana letak diatas tadi ^^,

Pesan ana khusus buat diri ana sendiri,

Wahai diri ini,
Jagalah hati,
Hatimu adalah milik Allah,
Perasaan cinta yang hadir itu juga adalah nikmat dari Allah,
Maka Allah lah yang pertama sepatutnya diri kamu cinta,
Cintailah Dia lebih dari dirimu,
Kerana diri dan nyawamu itu juga adalah kurniaanNya.

Wahai diri,
Jika kamu mencintai diri manusia melebih Allah,
Malulah kamu,
Kerana Allah lah pemilik manusia itu.

Wahai diri,
kebiasaannya, jika kamu mencintai seseorang itu,
pasti kamu akan terbayang wajahnya dan kata-katanya,
Sekiranya dia mesej kamu, telefon kamu,
Pasti kamu akan membalasnya dengan kadar yang segera.

Wahai diri,
Adakah kamu mencintai Allah sehingga tahap itu?
Adakah ketika Allah memanggil kamu untuk berjumpa denganNya,
dengan cepat kamu berwudhu' dan ber'dating' denganNya?
Allahurobbi...

Wahai diri,
Cintailah Allah, sebelum kamu mencintai makhlukNya bagai nak gila
Cintailah Allah, kerana itu lah yang abadi

Wahai diri,
Adakah kamu sudah selesai dengan tanggungjawab kamu sebagai seorang pejuang agama Allah?
Mengapakah kamu biarkan diri kamu lalai dengan cinta manusia sedangkan amanah untuk menegakkan Islam itu belum lagi kamu jalankan sepenuhnya?

Wahai diri,
Cepatlah kamu tersedar,
Sungguh keindahan dan kenikmatan didunia itu hanya sementara
Carilah cintaNya supaya kamu akan bahagia didunia dan akhirat
Yakin dan percayalah bahawa rusukmu itu telah ada pasangannya
Serahkan semuanya kepada Allah, pemilik hati dan nyawamu
Lambat atau cepat, itu adalah urusanNya

Wahai diri
Kembalilah ke jalan perjuanganNya
Allhurobbi....

~ Aku yang hina ~

2 comments:

:::KHALIFATULLAH::: said...

dah baca..:) ^^

'Aisy El Haura said...

nice post , ukhti...
syukran promote blog saya yg biasa ni..
moga cinta dlm diri dipandu melalui jalan keredhaan Ilahi ^_^ =amin=

=Smile is the best medicine in our life=

About Me

"Andai diumpama ISLAM seperti sebuah rumah usang yang hampir roboh , maka aku akan berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda...... Aku tak ingin ramainya bilangan mereka Tp aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu.... (As-Syahid Imam Hasan Al-bana)

Followers