Subscribe:

Labels

Thursday, December 15, 2011

Pandang Diri Sendiri

Sepasang suami isteri baru sahaja brpindah ke rumah baru.Setelah memindahkan kesemua perabot dan barangan,si isteri memilih satu sudut yang menghadap tingkap bagi meletakkan meja tulis.

Di situlah nnanti dia akan menghabiskan masanya dengan menulis dan mengemas kini blognya memandangkan dia suri rumah sepenuh masa.
sambil menulis,dia dapat memerhatikan segala gelagat jirannya dari tingkat dua pangsapuri yang disewa.Apatah lagi kawasan yang didiaminya itu terkenal sebagai kawasan yang berpenduduk padat.

Pada suatu hari,dia ternampak jirannya menjemur baju.Tetapi ada sesuatu yang tidak kena.Apabila suaminya pulang,diceritakan kepada suaminya perihal jirannya
itu.

"Saya rasa jiran kita tu tak reti mencuci bajulah,bang," luahnya kepada suami, satu-satunya teman berbual.

"Kenapa sayang cakap macam tu?"

"Sebab saya nampak baju-baju yang dia jemur macam kurang bersih.Masih ada lagi kotoran yang melekat."

"Oh," balas suaminya ringkas sambil mencuri pandang ke arah tingkap.

Setelah seminggu berlalu,si isteri bercerita lagi kepada suaminya,"Jiran kita tu dah reti cuci baju.Saya tengok baju yang dia jemur tu bersih.Tidak macam biasa."
Suaminya terangguk-angguk.

"Masalahnya bukan jiran kita tu tidak tahumencuci baju atau cuci baju ala kadar,tetapi masalahnya ialah tingkap kita yang kotor.Hari Ahad hari tu abang dah cuci tingkap tu sampai bersih berkilat," jelas suaminya.

Pengajaran: Satu jari telunjuk yang menuding ke arah orang lain,hakikatnya empat lagi menunjuk ke arah diri kita sendiri.Sebelum menyalahkan orang lain atas sesuatu yang kita sendiri belum jelas tentangnya,koreksi diri kerana kita juga ada kesalahan sendiri. (Dipetik dari Majalah Solusi isu no 38)

0 comments:

About Me

"Andai diumpama ISLAM seperti sebuah rumah usang yang hampir roboh , maka aku akan berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda...... Aku tak ingin ramainya bilangan mereka Tp aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu.... (As-Syahid Imam Hasan Al-bana)

Followers