Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, akhirnya ter'update' juga blog ini. Post kali ini ana dedikasikan buat rakan seperjuangan Fatimah Zurwanti Bt Zulkifli yang baru sahaja menemui pencipta yang agung pada 16 Jun 2010 bersamaan 3 Rejab.
Ana mengenali arwah pada sem 2 semasa di cfs pj dulu. Arwah seorang yang peramah, funny juga. Sepanjang perkenalan di uia pj, ana memang tak la rapat sangat dengan arwah. Ada la beberapa kali ana terlibat bekerja bersama dengan arwah, arwah sangat komited dengan kerjanya. Kali terakhir ana bekerja dengan arwah lebih kurang sebulan yang lepas, di hulu selangor. Tak disangka itulah pertemuan terakhir kami Banyak saat manis sewaktu bekerja di hulu selangor bersama arwah dan beberapa rakan lain.
Ana teringat mesej terakhir arwah kepada ana, 'syu, macam mana syu boleh kuat ye?'. Ana faham maksudnya, beri semangat apa yang termampu. Ana rasa sangat sedih kerana ada sesuatu yang arwah nak sangat buat, tetapi Allah terlebih dahulu menjemputnya pulang. Minggu depan pasti ana akan terasa sangat ketiadaannya, kerana itulah saat yang ditunggu oleh arwah.
Atim, kami sangat merasai pemergianmu.Walaupun kita tak pernah rapat, tapi hati kita telah disatukan dibawah kalimah Lailahaillallah.Pemergianmu tetap dirasa.Semoga dengan pemergianmu, akan lahir lebih banyak jundi yang cekal sepertimu...Al-fatihah
Terima kasih Allah
-
Dalam helaan nafas yang masih ada ini
Aku memuhasabah diri
Berapa banyakkah amalan yang aku persembahkan kepadamu
Kau adalah Raja segala Raja
Aku adalah ham...
6 years ago
0 comments:
Post a Comment