Subscribe:

Labels

Saturday, August 18, 2012

Ceritera Syawal

Alhamdulillah , sebulan kita mengumpul amalan di bulan Ramadhan , maka Syawal patut dirai atas kemenangan kita berjihad melawan hawa nafsu sendiri.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini , Syawal dirumah pasti meriah. Selalunya sehari sebelum raya , kami 3 beradik akan bahagi tugas , memandangkan kami ber 3 , seorang akan cuci semua cermin-cermin yang ada , seorang akan bersihkan rumah , seorang lagi ditugaskan untuk cuci kipas-kipas dan jaga api ketupat & rendang. Seminggu sebelum raya pasti semua dah berkumpul , main-main tepung buat kuih. Wajib setiap tahun Almond London (paling susah nak salut coklat, kena buat dengan penuh kesabaran) dan Cornflake madu (yang ni kalau buat , malam tu separuh dah habis). Rumah memang sangat meriah dengan kami , walaupun ber 3 sahaja.

Tapi , itu semua dulu punya cerita. Tahun ni , semua hanya mampu bermain diminda. Bila terfikir , mata terus berkaca , menitiskan butir-butir mutiara yang tersimpan rapi . Hanya mampu mengukir senyuman , penguat kepada bonda dan ayahanda tercinta supaya mereka tidak merasa sedikit kehilangan pada tahun ni. Kakak kini sudah berumah tangga dan pastinya raya pertama dirumah mentua , adik pula berada jauh di rantau orang, mengutip mutiara ilmu di bumi Anbiya, Mesir. Hanya seawal raya ke-4 baru dapat berkumpul , itu pun 2 orang dengan kakak. Adik memang tak dapat la nak balik , jauh. Tak pela , asalkan my parents happy.

For the first time , rumah ni tak raya. Alhamdulillah , ketupat & rendang still buat macam biasa. Itu pun esok akan dibahagikan pada saudara-mara. Siapa larat makan 100 biji ketupat + 9 ekor ayam , raya ber 3 je dengan mak ayah , selalunya kami sekeluarga berlima . Baju raya sememangnya tak beli untuk tahun ni , kuih raya langsung tak buat. Langsir baru? Pun tak ada .. Kan dah kata tak raya . Sambutan tahun ini pastinya berbeza dari tahun-tahun yang lepas, tak raya tak bermakna tak kembali kepada fitrah , maknakan Aidilfitri dengan sesuatu yang berharga. Yang pasti , jangan biarkan 1 syawal anda mensia-siakan ibadah anda selama sebulan di bulan Ramadhan.

Hari ni ada buat kerja editing sedikit , 2 kad raya , from me dan juga my beloved usrah ..

Here it goes . ^^,

 This is from me ^^,

This is my usrah ^^,

Lastly , kullu am wa ntum bikhair. Taqabalallahu minna wa minkum .. ^^,



Monday, July 30, 2012

Warkah buat pejuang

Salam Ramadhan ke-10, penuh kesyahduan , fasa pertama berlalu sudah , kini tiba fasa kedua , iaitu fasa Maghfirah, yakni fasa keampunan.

"Dan hendaklah diantara kamu ada segolongan orang yang  menyeru kepada kebaikan , menyuruh yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung." (Ali-Imran : 103) 

Wahai pejuang agama sekalian , 

Kamu adalah manusia , yang mana Allah pilih untuk melakukan kerja-kerja menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini. Kamu merupakan tapisan Allah , berbahagialah atas pilihan ini. Kadangkala , sebagai seorang pejuang , langkah kamu seakan terhenti. Ujian dan dugaan silih berganti , menemani hidup kamu dari sehari ke sehari. Kamu berasa ingin rebah , mungkin lebih teruk adakalanya kamu rasa ingin berhenti.

Wahai pejuang agama ,

Sekiranya terjadi perasaan yang sebegitu , kembalilah kepada Allah. Perjuangan untuk menegakkan aqidah bukannya mudah. Kamu adalah mata rantai perjuangan Rasulullah dan para sahabat. Tidak dinafikan , dalam berjuang , masa yang ada itu , tidak cukup untuk diri sendiri dan keluarga. Akan tetapi , ingatlah bahawa , Allah telah berfirman : 

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin , baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar dari Allah didalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu,dan demikian itulah kemenangan yang agung." ( At-Taubah : 111 )

Wahai pejuang agama , 

Allah dah beli harta dan jiwa kamu. Maka harta dan jiwa kamu dah menjadi milik Allah. Allah beli , dan ALlah gantikan dengan syurga. Janji Allah itu , sememangnya benar. 

Mari kita soroti sebentar , kisah perjuangan Rasulullah dan para sahabat. Sebagai pembakar semangat untuk kita terus-terusan berjuang.

Teringat ana pada satu kisah , yang ana dapat sewaktu berusrah dengan seorang yang alim. Dikisahkan pada satu hari , seorang sahabat diseksa dengan hebat. Lalu sahabat itu berjumpa dengan Rasulullah. Sahabat itu meminta Rasulullah , agar baginda mendoakan beliau supaya tidak diseksa dengan sebegitu. Maka , apa kata Rasulullah? Rasulullah berkata kepada sahabat tersebut , wahai sahabat, bersabarlah kamu dengan seksaan tersebut. Ini adalah ujian . Umat terdahulu , ada yang diseksa lebih teruk lagi dari sekarang. Mereka diseksa dengan disikat oleh sikat besi , sehingga terkeluar daging-daging mereka ...

Allahuakbar , wahai pejuang agama . Mahukah kamu berhenti hanya dengan ujian yang kecil itu? Perjuangan yang kita lalui ini , ujiannya tidaklah sehebat ujian yang diterima oleh umat-umat terdahulu , dan juga para sahabat. 

Wahai pejuang agama ,

Teruskanlah langkah perjuanganmu itu. Kejapkan langkah mendepani semua mehnah yang ditimpakan keatas kamu. Senyumlah , teruskan berbakti kepada agama. Tempatmu mungkin sudah tersedia di syurga. Semoga syahid dijalan juang ini. Allahuakbar, allahuakbar , allahuakbar.

Teruskan melangkah , walaupun payah. Umat Islam menantikan kegemilangan Islam itu kembali. 

Hingga berjumpa di syurga

Kalam Insan yang Lemah
10 Ramadhan 1433H
9.13 am


Wednesday, July 18, 2012

Study should be FUN !!! ^^,

Alhamdulillah , salam Syaaban semua. Menantikan Ramadhan yang penuh makna .


Study should be FUN , tiba-tiba terasa nak coretkan tentang ini . Alhamdulillah , masih diberi rezeki untuk mengajar part time sebagai guru tuisyen subjek Mathematics. 

Acapkali mendengar keluhan adik-adik ni ( 2 org je pon .. =_=' ) , "kak , apsal lah Math ni susah sangat?" . Hailaaa .. hehe . Oleh kerana budak-budak , ana layan kan aja .

In fact , sebenarnya ana cukup tak suka Math . Gila x suka .. lebih kurang macam tu la . Dulu , waktu ana masih di tingkatan satu , the subject that I hate most is Mathematics. Why??? Because I couldn't find the answer. Lagi-lagi bab algebra tu , ya Allah , memang tak faham . Masuk tingkatan 2 pon sama je . Don't like gilak . Sampai satu hari , ana mencabar diri , buat sampai dapat jawapan. Kebetulan waktu tu ada kokorikulum , kena la turun padang . Hehe , nak mengelat punya pasal , ana bawa buku math , buat latihan kat situ . Sejak daripada tu , ana rasa Math ni tak ada la susah sangat . Banyak juga soalan terjawab. Naik tingkatan 3 , ana pula yang jadi guru Math kat kawan-kawan ... 

Cukup bab sejarah diri . heee


Satu hari ,

Is : Akak , bukak la lagu . Boring la
Ana : Boleh , no problem. Tapi akak ada lagu nasyid je , xpeke?
Is : gulp .. hehe
Ana : Ha , kan bawak fon . Bukak la lagu awak tu
Is : boleh ke?
Ana : Xpe , bukak je la . Tak de masalah . Nak study, kena la happy happy.
Alin : Kaakkkk , tahu x , kitorg kalau kat rumah tak boleh sambil study sambil dengar lagu . Nanti ayah cabut wayar radio.
Is : eeee ,, tahu xpe . Tension tau kak 
Ana : err , yeke? xpla , kalau dengan akak .. bukak je la lagu . Kamu yang nak study , kamu kena la happy waktu study , baru la semangat
Alin : tu la , dah la kitorg kena study sehari tu 4 jam . 4 jam tak boleh keluar bilik
Is : tension tau kak , semua tak boleh . asyik dok kena ngadap buku jee
Ana : ha , dah la .. bukak la lagu tu
Is : boleh ek kak .. saya punye lagu english je
Alin : lady gaga la tu ,, 
Ana : layan je la .. dengar lagu boleh .. jangan trikut-ikut sudaa

Ok la , apa yang dapat disimpulkan ialah , budak zaman sekarang kalau nak belajar , dorong mereka melakukan sesuatu yang mereka suka sewaktu belajar. Ana amat memahami situasi ibubapa. Kebanyakan ibubapa mahukan anak-anak mereka cemerlang. Sebab itu lah mereka akan suruh anak-anak mereka study bagai nak rak . Padahal , anak-anak zaman sekarang hakikatnya tak boleh dipaksa kalau mereka tak nak . Even , ana sendiri pun , kalau nak study , ana hanya bertahan selama 20 minit sahaja . Zaman dulu mungkin lain caranya , tetapi zaman sekarang tidak sama seperti anak-anak zaman dahulu yang mengikut kata orang-orang tua. Give freedom to them .. 

Ana sarankan kepada yang sudah lama berumah tangga, yang baru berumahtangga dan yang akan berumah tangga , sertailah seminar-seminar keibubapaan. Kadang-kadang kita rasa ilmu kita dah banyak , tapi banyak lagi yang perlu kita tahu tentang ilmu kekeluargaan . Kalau anak-anak kita boleh hantar pergi seminar, WHY NOT US??? ^^, 

Tepuk DADA , tanya HATI , apa kata IMAN ...


Aha ,, study should be FUN . Untuk anak-anak VU , jom study kat tepi sungai . Bila la ek dapat wat macam tu .. Ummi je yang boleh drive . ^^,

About Me

"Andai diumpama ISLAM seperti sebuah rumah usang yang hampir roboh , maka aku akan berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda...... Aku tak ingin ramainya bilangan mereka Tp aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu.... (As-Syahid Imam Hasan Al-bana)

Followers