Subscribe:

Labels

Friday, April 29, 2011

Am I Truly Muslimah II


Alhamdulillah, lama sudah tidak menulis sesuatu di blog ini. Baru-baru ini, ana berprogram bersama adik-adik di SAM Rawang. Alhamdulillah, program berjalan lancar, walaupun ana diserang dengan kesakitan, namun pihak fasilitator Darul Quran dengan pantas men'cover' kerja ana. Tahniah diucapkan kepada krew-krew Nisa' Selayang kak Athirah, kak Hazirah, Kak Is, kak Aza, Liana kerana berjaya mengendalikan slot-slot terpenting dalam program. Terima kasih kepada adik-adik junior yang membantu, Sumaiyah, Saidah dan juga Tim. Akhir Sekali, tahniah dan terima kasih kepada Kelab Fasilitator Darul Quran terutamanya Syukriah, Qamariah dan juga Farah kerana banyak membantu dalam program ini. Semoga ukhwah yang terbina sepanjang program berkekalan hingga akhirnya.

Thursday, December 23, 2010

Kita Serupa

Assalamualaikum, sekian lama, akhirnya dapat memikirkan sesuatu untuk dikongsikan bersama.

Didalam Al-quran, mafhum ayat, semua manusia ni sama, yang membezakan antara manusia ini ialah tahap ketaqwaan.

Jika kita lihat, keadaan semasa sekarang ni, manusia hidup berpuak-puak, hatta orang Islam. Kawan dengan set-setnye sahaja. Apa yang ana maksudkan berpuak-puak disini? Ye, kita tidak sama dengan penganut agama lain. Dalam bangsa lain, memang ada puak-puak tertentu. Puak pemimpin, puak hamba dan sebagainya.

Dalam Islam, tidak diajar berpuak-puak begini. Kita semua adalah serupa. Sebab itulah, jika kita menunaikan haji, semua akan berpakaian sama, akan melontar tempat yang sama, wukuf tempat yang sama dan sebagainya. Ini kerana, antara hikmahnya ialah, semua manusia adalah sama. Tak kisah dia adalah menteri ataupun dia adalah petani, tidak ada bezanya. Hakikatnya, bila dia adalah seorang pemimpin, dialah yang akan bertanggungjawab ke atas orang yang dipimpinnya.

Bukan ini yang ana mahu cerita panjang lebar disini. Ana mahu bercerita dalam konteks diri sebagai seorang pelajar.

Mungkin dalam tidak sedar, kita telah mencipta kasta ini. Contohnya, yang selalu terjadi pada diri ramai pelajar ialah, "Nta budak dean list, sapela ana ni", ataupun "Nta belaja IPTA ana IPTS je", "Yela nta budak pandai, budak baik, tak macam ana". Benda-benda sebegini yang kadang-kadang mencipta jurang yang sangat besar dalam sekelompok pelajar.

Bila sudah begini, akan wujud kelompok
1) Budak-budak pandai sahaja
2) Pemimpin-pemimpin pelajar sahaja
3) Budak-budak berkopiah/tudung labuh sahaja

Benda-benda begini tidak sepatutnya berlaku, bagi ana la. Nak berkawan, kawan dengan semua. Tapi tak semua orang boleh mesra dengan cepat. Point ana kat sini, janganlah kita terlalu nak membanggakan orang lain dan terlampau merendah diri sendiri. Ana tak minta sahabat sekalian untuk meninggi diri tapi cukuplah ianya dapat memotivasi diri kearah yang lebih baik. Sampai bila kita nak membanggakan orang lain? Jangan terlampau membandingkan diri kita dengan orang lain sekiranya ia akan menjatuhkan motivasi kita untuk terus bersaing dengan sihat.

Diri anda, anda mampu untuk mengubahnya!!!

Ingat, yang membezakan kita semua hanyalah taqwa.

Saturday, September 18, 2010

Eid Mubarak


Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa akhirnya ketemu juga Syawal yang mulia. Semoga tarbiyah Ramadhan dapat diteruskan sehingga bertemu lagi Ramadhan akan datang.



Khamis
16 Sept 2010
Kajang-Selayang-Rawang-Serendah-Kundang-Puncak Alam

Bermula dari pukul 8.00 pagi, ambil yana,intan n juga wani terus ke kajang, selesai pada jam 12.00 malam dirumah intan, yang terakhir.11 rumah telah diziarahi. Alhamdulillah, selesai berkonvoi 4 buah kereta.Sempat ke rumah Ust Mustazila & Ust Zamri (Mari mengaji), Ust Zaimah & Ust Haider dan juga Ust Haslina & Ust Yusri.

Kepada teman-teman sekalian, terima kasih, best sangat walaupun ada yang bila balik kena tazkirah, forum perdana or what so ever lagi.InsyaAllah tahun depan kita berkonvoi lagi ye.Asalnye bukan konvoi, tapi sebab ramai yang nak ikut jadilah konvoi.Maaf kepada sesiapa yang terasa,bukan tak nak ajak tetapi perkara yang tidak dirancang, tu yang balik pukul 12 malam tu.InsyaAllah, tahun depan boleh buat proper sikit.

Kepada kembar Amalina dan Amanina Roslee, takziah kepada kalian atas pemergian ayahanda tercinta.Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasa kematian.Berdoalah supaya arwah tenang disana.Sesungguhnya doa anak yang soleh akan sampai kepada ibubapanya.

Wallahua'lam.Destinasi untuk beraya esok hari (19 September 2010) ialah di parlimen bersama Bella, Anis dan Abg Daus.

About Me

"Andai diumpama ISLAM seperti sebuah rumah usang yang hampir roboh , maka aku akan berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda...... Aku tak ingin ramainya bilangan mereka Tp aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu.... (As-Syahid Imam Hasan Al-bana)

Followers