Salam Ramadhan ke-10, penuh kesyahduan , fasa pertama berlalu sudah , kini tiba fasa kedua , iaitu fasa Maghfirah, yakni fasa keampunan.
"Dan hendaklah diantara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebaikan , menyuruh yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung." (Ali-Imran : 103)
Wahai pejuang agama sekalian ,
Kamu adalah manusia , yang mana Allah pilih untuk melakukan kerja-kerja menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini. Kamu merupakan tapisan Allah , berbahagialah atas pilihan ini. Kadangkala , sebagai seorang pejuang , langkah kamu seakan terhenti. Ujian dan dugaan silih berganti , menemani hidup kamu dari sehari ke sehari. Kamu berasa ingin rebah , mungkin lebih teruk adakalanya kamu rasa ingin berhenti.
Wahai pejuang agama ,
Sekiranya terjadi perasaan yang sebegitu , kembalilah kepada Allah. Perjuangan untuk menegakkan aqidah bukannya mudah. Kamu adalah mata rantai perjuangan Rasulullah dan para sahabat. Tidak dinafikan , dalam berjuang , masa yang ada itu , tidak cukup untuk diri sendiri dan keluarga. Akan tetapi , ingatlah bahawa , Allah telah berfirman :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin , baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar dari Allah didalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu,dan demikian itulah kemenangan yang agung." ( At-Taubah : 111 )
Wahai pejuang agama ,
Allah dah beli harta dan jiwa kamu. Maka harta dan jiwa kamu dah menjadi milik Allah. Allah beli , dan ALlah gantikan dengan syurga. Janji Allah itu , sememangnya benar.
Mari kita soroti sebentar , kisah perjuangan Rasulullah dan para sahabat. Sebagai pembakar semangat untuk kita terus-terusan berjuang.
Teringat ana pada satu kisah , yang ana dapat sewaktu berusrah dengan seorang yang alim. Dikisahkan pada satu hari , seorang sahabat diseksa dengan hebat. Lalu sahabat itu berjumpa dengan Rasulullah. Sahabat itu meminta Rasulullah , agar baginda mendoakan beliau supaya tidak diseksa dengan sebegitu. Maka , apa kata Rasulullah? Rasulullah berkata kepada sahabat tersebut , wahai sahabat, bersabarlah kamu dengan seksaan tersebut. Ini adalah ujian . Umat terdahulu , ada yang diseksa lebih teruk lagi dari sekarang. Mereka diseksa dengan disikat oleh sikat besi , sehingga terkeluar daging-daging mereka ...
Allahuakbar , wahai pejuang agama . Mahukah kamu berhenti hanya dengan ujian yang kecil itu? Perjuangan yang kita lalui ini , ujiannya tidaklah sehebat ujian yang diterima oleh umat-umat terdahulu , dan juga para sahabat.
Wahai pejuang agama ,
Teruskanlah langkah perjuanganmu itu. Kejapkan langkah mendepani semua mehnah yang ditimpakan keatas kamu. Senyumlah , teruskan berbakti kepada agama. Tempatmu mungkin sudah tersedia di syurga. Semoga syahid dijalan juang ini. Allahuakbar, allahuakbar , allahuakbar.
Teruskan melangkah , walaupun payah. Umat Islam menantikan kegemilangan Islam itu kembali.
Hingga berjumpa di syurga
Kalam Insan yang Lemah
10 Ramadhan 1433H
9.13 am