"Hada, tengok siapa datang tu" , "ok, mak !" .. owh , mak teh rupanya . Maila masuk .. Dulu waktu petang, kadang-kadang lepas balik kerja , mak teh datang rumah . Sembang-sembang , semua pun ada. Duduk la kami , berborak-borak bertukar cerita, minum kopi, makan pisang goreng. Mak teh suka minta doa-doa dan minta tuliskan wirid untuknya. Bagi senang dia nak baca.
"Nanti k long nak bertunang, kita masak sama-sama. Kita masak asam pedas". Sewaktu kenduri bertunang, masing-masing sibuk memasak, mak teh yang masakkan asam pedas untuk kenduri haritu , sodapnyeee.
Seronok sangat bila teringat balik , ramai-ramai kumpul , masak-masak , tukar-tukar cerita. Tp , sejak beberapa bulan lepas, senarionya sudah berbeza. Tiba-tiba mak teh hilang selera makan, badan pun susut. Mungkin sebab terlalu penat kot ..
Kalau setahun lalu , mak teh boleh lagi memasak untuk kenduri tunang k long , kini hanya kurang bermaya ketika hari resepsinya. Mak teh dah xlarat , semua org juga. Tapi masih lagi boleh berbual mesra, bergurau senda.
Wajah yang sentiasa ceria itu bertukar sebaliknya 4 bulan yang lalu . Apapun, kami redha jika itu takdirnya. Tak sanggup lihatkan wajah yang ceria itu sekarang terbaring lesu . Saban hari, ku lihat keadaan semakin lemah. Hanya kupanjatkan doa , supaya sakitnya berkurangan.
Takdir Allah , Ahad lepas, mak teh dimasukkan semula ke hospital. Ya, ku xsmpt nk berjumpa dgn beliau. Ahad tu dah terlalu penat sebab memasak dan ada kenduri tunang anak mak teh n aqiqah cucu beliau. Kekangan masa lagi sebagai seorang student dengan jadual yang pack , membataskan diri ini untuk berjumpa beliau.
Alhamdulillah , semalam lecturer dismiss awal. Ada peluang la nak melawat mak teh di hospital. Bila sampai je depan pagar rumah , tengok kereta parent tak ada. Sah , pergi hospital. "Ayah & mak kat hospital ke?" , soalku "Tak, semua kumpul kat rumah mak long.", ujar ayah melalui telefon.
"Hurm, nape kat rumah mak long? Maybe balik hospital kumpul sana kot . Tapi , apa maksud semua ada kat sini ye? tak faham .." ku bermonolog sendiri. Lantas, kakiku mula menekan pedal minyak ke rumah mak long. Alhamdulillah , sampai. Ye, pelik , sangat pelik. Ramai betul orang, sedara dari Pahang pun turun, apa halnya ni? Ku masih terpinga-pinga, layan je apa yang berlaku. Bila tanya , "jap lagi mak teh balik, ambulans hantar" balas mak. Eh, balik? Ambulans? Masih lagi tidak faham situasi sebenar. Tunggu punya tunggu, akhirnya ambulans tiba. Mak teh sudah berada dalam keadaan yang sangat tak larat, pernafasan dibantu dengan oksigen. Dan aku, masih terpinga. Orang mula membacakan yasin, mak teh masih lagi sedar saat aku pulang ke rumah pada malam itu.
Kalau ikutkan hati ini, hari ni tak nak pergi klas. Nak tahu perkembangan mak teh. Tapi, tetap kugagahi juga, menekan pedal minyak membelah kesunyian pagi bagi menuntut ilmu di taman ilmu dan budi. Telah berazam untuk tak datang kelas petang, tapi , pergi jugak. Pukul 1.30 pm sempat telefon ayah bertanyakan keadaan mak teh.Ayah kata, macam semalam.
InsyaAllah, balik kelas nanti , nak pergi jenguk mak teh. Habis kelas pukul 6.30 pm harini , boleh la sampai ke malam tunggu dan berdoa agar kurang sikit sakitnya. Kelas It & Islam berjalan seperti biasa. Ipad menjadi peneman setia. Fon diletakkan dalam silent mode, seperti biasa. Khuatir bunyinya mengganggu kuliah. Habis kelas jam 3.20 pm, sambung pula 3.30 pm. Sambil mengira detik-detik nak pulang ke rumah bersama ahli keluarga yang lain, ku menunggu lecturer datang. Lambat pula sir masuk, cek dulu handphone. Kot la ada mesej yang masuk. Lantas kulihat ada miscall dan mesej.
Pak njang call ,, kenapa eh? Then, ada mesej. Owh , mak rupanya. Mungkin nak minta belikan sesuatu dalam perjalanan pulang nanti. Buka mesej, "Mak teh dah pergi meniggalkan kita semua". Rasa tak percaya, cuba call pak njang balik. Nampak amjad, I ask the permission to leave early. He said that, we will have a pop quiz. It's ok, I'll do it first , then I go. But, Amjad, slowly approaching me and said, sister, if u have urgent matter, u can leave. Patutla beria dia suruh balik, that is not a real quiz. ^^,
Sampai di kereta, ambil masa untuk hantar email kepada 3 lecturer memaklumkan kemungkinan esok tidak akan hadir, memandangkan esok ada 2 exam yang perlu dihadapi. Juga sempat call adik di Mesir untuk inform apa yang baru sahaja berlaku. Tak semena-mena, tumpah juga ari mataku. Sekian lama ku tahan , tak mahu orang lain menangis menlihat diriku menangis. Lama juga ambil masa untuk drive balik ke rumah. Protonku membelah laju tanpa mengira kenderaan-kenderaan lain pada waktu itu. Sebab itula orang kata, kalau emosi tak stabil, jangan memandu. Bahaya ..
Setibanya dikawasan rumah mak long, ku lohat kereta berderet, bersusun. Ramainya umat manusia. Lantas ku keluar, dan menapak dengan lajunya. Sempat ditegur oleh seorang mak cik.. Kenapa lambat sangat? Allah, lambat sangat ke aku datang. Langkahku semakin laju, menuju ke rumah mak long. Sampai dipintu masuk, ku disapa oleh si comel Tisya, anak sedara ku.. "Mak Ngah, tok mak tenga mandi". Lantas ku masuk, Ya , memang aku dah lewat! kuletak beg kuliahku , salam sedara mara yang ku jumpa. Terus ku meluru ke dapur, ya , disitulah mak teh dimandikan. Ketika ku sampai, laju sungguh air mata ini mengalir, dan ku sedar, tak elok menangis depan jenazah. Ku kesat-kesat air mata sehingga kering . Ku ikut jenazah ke tempat pembaringan.
Sempat aku membantu dalam proses mengkafankan, wangi sungguh bau mak teh. Air mata kembali mengalir, disaat muka arwah hendak ditutup. Saudara mara pakat mencium dahi, ku juga tak mahu ketinggalan bagi mengucup dahi buat kali terakhir. Paling sedih , bila nenekku yang dah tak berdaya itu mencium awah anaknya sendiri. Maka mengalir air mata semua disitu . Ya Allah, ku tak mampu menahan air mata, melihat kasih ibu, terhadap anaknya. Hati ibu mana tak sedih, anaknya pergi meninggalkannya terlebih dahulu .
Selesai solat, ku iringi juga jenazah ke kubur. Menemani mak dan saudara-mara yang lain. Hajatnya tak mahu dekati kubur, tetapi bila anak mak teh menangis sebab ku menghalang atas sebab tertentu, lantas ku tarik kakakku itu ke tepi liang lahad, melihat jasad itu dkebumikan. Ya, buat kali terakhir kami melihat arwah. Kini, arwah telah bersemadi. Sepanjang perjalanan ku menangis seorang diri. Hanya Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fuanha yang mampu ku sebut sepanjang perjalanan. Memohon keampunan bagi arwah , supaya dia lebih tenang bertemu Kekasih Teragung.
Ya Allah, Kau ampunilah dosanya, sesungguhnya beliau semasa hidupnya suka permudahkan urusan orang lain. maka , kau permudahkanlah jalnanNya ke syurga. Semoga kau makbulkan ya Allah ...
Tribute to my belove mak teh .. Zaiton Bt Shafie 8/11/2012 jam 3:20 pm . Semoga bersemadi dengan aman, kami juga akan pasti bersamamu, cuma tarikhnya , Allah yang tentukan. Semoga berjumpa di Syurga .. Love mak teh lillah ..